Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Mac 2011

Terima Kasih WAHIDA atau Adrenalin


16297.jpg 
Terima kasih pada Wahida@Adrenalin kerana sudi mengikuti Blog memori seorang guru..semoga terus berjaya dalam segala lapangan..
-Anak Pantai-

Aduh...aku dah jemu makan nie....


 Sup Ayam dengan sayur sawi

Setiap hari nielah makanan tengahari aku dan petang tika berpantang nie..Walaupun hari nie baru masuk hari yang ke-9 ,tekak rasa macam dah tak boleh terima dah..tapi nak buat camana kerana pembedahan bukan bersalin semulajadi terpaksalah aku sabor lok..Hari nie perut dah rasa ngilu nie sebab tersalah makan.Rasanya akibat makan kuih kosui yang ada kelapa tu..

 Bubur Nasi
Bubur nasi nie kosong takde rasa...terkadang tengah makan terbayang kalau lah ada ikan bilis k...bawang goreng k...ikan masin k..barulah laju aku makan..Hik,hik...aduh aku terseksa mengadap makanan kosong nie...

 Sunsweet
Sunsweett ni orang kata bagus untuk memulihkan luka..Sekarang nie makanan nielah yang paling sedap untuk aku..Kalau sebelum nie jangan aku nak telan...kalau pergi pasaraya mata hanya menjeling je...nak ambil jauh sekali..

 Biskut Marrie
Dulu masa kecik aku sukalah biskut marrie nie..Bukannya apa biskut nilah yang selalu mak beli..Nak beli biskut lain mahal lak...tapi dalam pantang makpun suka makan ni cicah dengan air kopi..Akupun antara yang tidak ketinggalan turut serta habiskan makanan dalam pantang mak..selepas tu aku lupakan biskut marrie...Tapi bila berpantang nie..biskut nilah yang aku cari balik...Tapi yang syoknya suami dan anak-anak pulak yang turut serta habiskan biskut marrie nie..Suami siapkan makanan orang pantang nie nampak sedap je...isk-isk..

 Milo Cocorunch
Nie...antara makanan ku ketika tak tahu nak buah apa..mengunyah dan terus mengunyah...tetapi kini aku dah rasa jemu lak..

 Horlicks dan Kacang Soya
Minuman nie pulak tertiba je jadi kegemaran aku..pada hal sebelum nie sama jangan harap dapat kutelan suka-suka..bila minum benda ni aku bayangkan aku minum air teh tarik..atau kepekatan kopi o dicicah dengan biskut dan cair dalam mulut...Aduh sedapnya..seseskali terdetik gok nak buat air kopi..Tapi bila terbaca kesan minum air kopi akan pergi pada baby..Baby kita tak boleh tidur..ada gangguan tidur gitu...so...dengan rela hati ,rela kupujuk hati ini...tunggulah pada masanya nanti aku dapat merasa air kegemaran ku...

 Milo
Hari nie..aku takut nak buat air milo..sedang mencari info dalam internet adakah minum milo nie memberi kesan sakit kuning pada babyku..Ada orang kata milo nie panas betul k..

 Susu Anmum
Susu anmum ni lagi lawak..bersungguh aku suruh suam belikan..Tapi aku bukan suka sangat minum susu nie..nak telan susu macam nak telan ubat..Bila keinsafan datang barulah aku buat susu ni..Terkadang terfikir gok minum mesti fikir faedah untuk baby gok..


Demi Baby Azib yang tersayang..... Hari ni dah masuk hari ke-9...apapun aku cuba lakukan yang terbaik demi memastikan anakku sihat..

Harap Azib cepat sembuh...

Get Well Soon 
Hari nie..baby Azib masih berada dalam tahap kuning yang mmbimbangkan..Pagi-pagi dah jemurkan dia dengan cahaya matahari. Mandikan dia dengan daun dukung anak .Bagikan dia minum sedikit susu kambing. Tengahari nanti lepas dia bangun nak bagi dia minum air anggur hijau lak..Harapan lepas nie adalah keajaiban yang Allah berikan..

Terima Kasih Wan Rosdan Wan Mahmud

Thanks fo Add Graphic #29 
Terima kasih pada Wan Rosdan Wan Mahmud kerana mengikuti Blog Memori Seorang Guru..
Kunjungan anda dihargai...
-Anak Pantai-

Azib- Hari Keenam-Kelapan Usiamu

 Azib-Hari ke-6

 Azib-Hari Ke-7
 Azib-Hari Ke-8


Semalam Isnin, Aku ke hospital lagi.Selain temujanji untuk aku,termasuk juga temu janji untuk pemeriksaan tahap kuning Azib..
Dalam hati bergetar dan berdebar..Takut bila fikir untuk tarikan benang diperutku...Sakit ke nanti..Tapi aku lebih memikirkan Azib..Tingginya kebimbangan lebih pada dia..Tengok bahagian matanya yang kuning dapat aku merasakan kuningnya semakin meningkat..Sangkaaan ku benar kuning Azib bertambah menjadi 14.5.Tapi menurut Doktor belum tahap ditahan di bawah sinaran lampu .Kalau 18 barulah dijalankan prosedur berkenaan..
Sebenarnya aku sedikit fobia kalau anak kuning nie..Yang sulung di tahan  seminggu dan tahap kuning yang amat tinggii hampir-hampir untuk ditukarkan darah.Yang kedua dan ketiga seminggu jugak aku ulang alik ke hospital setiap hari untuk diambil darahnya.Hanya Aimy anakku yang keempat sahaja yang terselamat daripada kuning.Aku juga kehilangan anak saudara kerana sakit hati akibat penyakit kuning...Itu yang menambah lagi ketakutan dan kerisauan aku..Hinggakan semalam aku rasa kurang lapar..bila lebih banyak memikirkan Azib..
Menurut doktor,kerana aku ada sejarah anak-anak yang kena kuning,dia meminta aku berjaga-jaga pada Azib..Datang ke hospital jika aku merasakan kuning Azib semakin meningkat.Kalau ikut temujanji pada 29  Mac nie Azib kena di bawa lagi ke hospital.
Semalam bil penuh rawatan aku dikeluarkan..Hampir nak pengsan jugak sebab lari dari jangkaan sebenar.RM6538..Tapi jika diikutkan sedikit murah berbanding ketika aku bersalinkan Aimy dulu iaitu RM8625.Kesian kat suami habis duit dia.demi memastikan keselesaan pada aku dan anak.Apapun aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada doktor dan staf kat Hospital Pakar Normah..terutama Dr Suria dan Dr Geogre dengan layanan mesra mereka..