Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 18 Ogos 2013

Rindunya Pada Mak...

 
Hati tertiba terusik bila menatap gambar ni...fikiran terus melayang ingatan pada mak yang jauh dimata
Terimbas segala pengorbanan mak membesarkan semua anak-anaknya
sakit lelah diabaikan demi mencari sesuap nasi.
bagiku yang kecil dan remaja ketika itu apalah sangat yang mampu membantu cuma hanya sekadar sahaja terkadang juga melawan suruhan mak jugak..
mak..betapa sepanjang hidup mak menderita.diuji dengan pelbagai rintangan..
namun mak berjaya menempuhnya dengan sabar.
Pengorbanan mak tak terbalas
Kasih sayang  mak tiada ganti
Kesabaran mak terlalu tinggi tak dapat saya saingi
rindunya pada mak..
moga mak hadir dalam mimpi malam ini...
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ikhlas itu Indah...

 
Ikhlaskan hati dalam semua perkara yang kita lakukan..
Ingatlah Allah Maha Melihat ..
Keikhlasan kita akan terbalas dengan pelbagai perkara
pujian orang kerana hasil yang baik
doa orang lain untuk kita
ketenangan hati yang diperolehi
rahmat dari Rabbul Izzati
 
-Anak Pantai-
 
 
 

Sekitar Kenduri Kahwin Cikgu Hafizan (Guru Khas SK Astana)





















Resepi Lepat Pisang Kasih Sayang..(Sebab buat dari hati )hihi

Petang tadi ,selepas buat kerepek seaweed..tertiba hujan turun dengan lebatnya..dalam hati bagus je kalau saya buatlepat pisang ..buat kejutan sikit untuk en suami sebab bila dia bangun tidur lepat pisang dah terhidang atas meja....sebab pagi tadi masuk je en suami kat dapur permintaan dia nak suruh saya buat lepat pisang..sebenarnya permintaan dia sama dengan keinginan saya ..serasi betulalh.selalunya kami macam nilah apa yang terlintas saya nak masak itu yang akan terlintas difikirannya jugak..



Bahan-Bahan
12 biji pisang (sukahatilah pisang apapun janji pisang bukan betik ya.opps.)

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan

secubit garam
telur(kalau suka tak letakpun tak apa)




Cara Membuatnya   

  • Panaskan kukusan/salai daun pisang supaya lembut
  • Lecek pisang .
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengok kalau adunan sudah pekat tidak perlulah  habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  • Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  • Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
Atur lepat dalam loyang pengukus.Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.
Cubalah ya..yang penting buat dengan kasih sayang...
En suami..awak suka tak..
Kih-kih..
-Anak Pantai-
  
 

Resepi Kerepek Seaweed (Pertama Kali Mencuba)

Sejujurnya sejak duduk kat Kuchinglah saya  mengetahui benda alah ni..memang sebelum ni langsung tidak mengenali.Rupanya kerepek ini sangatlah sedap dan yang pentingnya lagi buat dia sangat senang..bila lihat anak-anak rupanya suka begitu dengan en suami saya ni...
Menjadi rupanya ..tak rugi duduk kat saraawak ni banyak ilmu yang dipeolehi...
Jomlah cuba...kalau dah rasa pasti nak lagi..
 Inilah rupa seaweed
Kulit popia 
 Terlebih sapu telurlah pulak

 Seaweed



 Anak dara ni yang sama membantu dan sorang tu tukang menyibuk
Potongkan jadi kecil .Potongan sukahati...
 Goreng dengan kepanasan yang sederhana
Siap untuk di makan..

Di bawah ini saya kongsikan resepinya..

Bahan-Bahan
kulit popia
seaweed
serbuk lada sulah(kalau taknak letakpun tak apa)
 telur

Caranya:
1. Pukul telur dengan serbuk perasa sehingga sebati. Ini diguna sebagai pelekat kulit popia nanti'
2. Sediakan kulit popia, sapukan telur yang telah dicampur perasa dengan menggunakan berus atau sudu
3. Susunkan seaweed dan sapukan sekali lagi telur dan lekatkan dengan sehelai kulit popia seperti dalam gambar di atas.
4. Setelah itu guntingkan kecil-kecil dan goreng.

  sedia untuk di makan.
-Anak Pantai-