Telah lama nak tulis berkaitan dengan makanan yang dipanggil otak-otak.Sangat terkenallah kat negeri Terengganu.Aku nak citer bukan kerana kesedapannya tetapi kenangan aku dengan otak-otak nie..Dulu masa aku sekolah rendah..zaman susah tu..inilah yang memberi rezeki sesuap nasi untuk aku dan kelaurga.Tiap-tiap petang mak akan bakar otak-otak nie tepi jalan .Kira laku jugaklah mak aku jual masa tu..Teringat masa nak buat persediaan sebelum jual.Hari-hari mesti cari daun kelapa dan lidi.Tukang lap daun sampai bersih dengan potong lidi adalah antara kerja-kerja yang aku kena buat..(tika nie rindu nak makan otak-otak mak)Mak...takku nafikan kesusahanmu itu menjadi satu pengajaran buat diri ini)
Selain otak-otak mak selalu jugak buat halwa betik untuk dijual kat sekolah.Masa tu perasaan malu kena tolak tepi ....Yang sedihnya ada jugak member yang hutang dan tak bayar.....
Goreng pisang nie pulak yang paling banyak le berjasa buat aku..sEbab tu lah kalau tanya apa makanan yang paling aku suka.mestilah goreng pisang.berpuluh tahun mak membesarkan aku kerana goreng pisang nielah..duit goreng pisang jugaklah yang buat aku belajar kat U.Rasanya goreng pisang mak aku lah yang paling sedap tak boleh ganti dengan goreng pisang orang lain.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 13 Mac 2010
Happy Birthday MaK LoNg
Happy Birthday Kak Long.....................
- Sentiasa dimurahkan rezeki,dipanjangkan umur dan di bawah kerahmatan llahi...
- Aku sentiasa menyayangimu walau tidak kau tahu
- Semoga dirimu tabah dengan segala ujian dariNYa.
- Sabar dengan karenah dan tingkahlaku insan-insan yang kau sayangi...
- Semoga kita kekal bahagia di dunia dan di akhirat.
.,TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
SMK DEMAK BARU 2010.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.BT.
DIMULAKAN LAFAZ DENGAN NAMA ALLAH TUHAN ILAHI
DIPOHONKAN LIMPAHAN BERKAT AKAN SEGALA NIKMAT YANG DIBERI
DIUCAPKAN PUJI-PUJIAN KEPADA ALLAH RABBUL IZZATI
DIIRINGI SANJUNGAN DENGAN KESYUKURAN YANG AMAT TINGGI
SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN,KEPADA SAHABAT SEKALIAN TERMASUK PENGIKUTNYA HINGGA KE AKHIR ZAMAN.
12 RABIUL AWAL MENJELMA LAGI
HARI KEPUTERAAN NABI SAW YANG DIINGATI
OLEH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEJATI
SELURUH DUNIA HIDUP DIBERKATI
SEGALA ACARA DISUSUN TELITI
DEMI MEMULIAKAN KELAHIRAN NABI
PERARAKAN DIMULAKAN DI PAGI HARI
PERTANDINGAN SEPANDUK TURUT DIADILI.
,
YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI,PENGETUA SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI
YANG DIHORMATI
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
EN MADZALAN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
EN SELAMAT MASUNI,PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM..
EN JAMAL SHUKURI BIN BOLHASSAN PENYELARAS PKBP
GURU- GURU ,KAKITANGAN SMK
DEMAK BARU DAN RAKAN-RAKAN YANG DI RAHMATI ALLAH SEKALIAN.
DIPANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI,LANTARAN DENGAN KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA ,KITA DAPAT MENGADAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEMPENA MEMPERINGATI JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W BERTEMAKAN MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH.
ALUNAN ASMA UL HUSNA.
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
MAJLIS PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI AKAN DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT HADIRIN SEKALIAN UNTUK BERSAMA-SAMA MENGALUNKAN ASMA UL HUSNA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA HADIRIN SEKALIAN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MENGALUNKAN ASMA UL HUSNA ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENADAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL FATIHAH KITA LAFAZKAN
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
DENGAN NAMA ALLLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA, MARILAH BERSAMA-SAMA MEMOHON TAUFIK DAN HIDAYAH MEMOHON RESTU DARIPADA ILAHI TERHADAP USAHA MURNI YANG KITA LAKUKAN.
UNTUK ITU, DIJEMPUT SAUDARA MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN UNTUK MEMBACAKAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA MOHD FAZRUL IZWAN BIN DAHLAN ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL QURAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT QARI SAUDARA MOHAMMAD JAZLAN BIN JUNIDI UNTUK MEMPERDENGARKAN BACAAN AYAT SUCI AL QURAN.DIPERSILAKAN..
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MOHAMAD JAZLAN BIN JUNIDI.
BACAAN TERJEMAHAN
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,
SEBENTAR TADI KITA TELAH DIPERDENGARKAN BACAAN AYAT SUCI AL QURAN.NAMUN TIDAK LENGKAP RASANYA TANPA KITA MENGETAHUI MAKSUD YANG TERKANDUNG DALAM AYAT SUCI BERKENAAN. UNTUK ITU MAJLIS MENJEMPUT SAUDARI NOR AZELA OTHMAN UNTUK MEMBACAKAN TAFSIRANNYA. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI NOR AZELA .
UCAPAN PENGETUA.
SETERUSNYA MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN . MAJLIS MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERUSAHA ,EN RAMBLI BIN HJ HASBI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.
CERAMAH.
SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
TANPA MELENGAHKAN MASA,MARILAH KITA SAMA-SAMA MENDENGAR DAN MENGHAYATI CERAMAH MAULIDUR RASUL YANG BERTAJUK KEUNGGULAN PERIBADI NABI MUHAMMAD S.AW. YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH USTAZ IBRAHIM BIN HALING.
MAJLIS MEMPERSILAKAN.
PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA
HARTA BANYAK PENUH ACUAN
KATA INDAH TIDAK TERKATA
BICARA BERNAS JADI PANDUAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA USTAZ IBRAHIM BIN HALING .SEMOGA KITA SEMUA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR DAN PANDUAN BERGUNA DARIPADA CERAMAH TERSEBUT.
PERTANDINGAN AZAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
PADA SAMBUTAN MAULIDURASUL KALI INI,KITA JUGA MENGADAKAN PERTANDIGAN AZAN TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR LELAKI ISLAM .DENGAN ITU TANPA MEMBUANG MASA ,MAJLIS MENJEMPUT PESERTA PERTAMA MEMULAKAN PERTANDINGAN AZAN DIPERSILAKAN ……………………………………..DARI TINGKATAN………………….
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.…SETERUSNYA PESERTA KEDUA ….DIJEMPUT………………………………………….DARI TINGKATAN UNTUK MENGALUNKAN AZAN. DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA………………………………….
PERSEMBAHAN NASYID
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KINI TIBALAH MASANYA PERSEMBAHAN NASYID DENGAN LAGU “BERBATU-BATU” YANG AKAN DINYAYIKAN OLEH KUMPULAN PYANG DIBERI NAMA “SEMANGAT BARU” TERDIRI DARIPADA PELAJAR –PELAJAR SMKK DEMAK BARU.DIPERSILAKAN.
DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN NASYID YANG TELAH DIBAWAKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR SMK DEMAK BARU DIBAWAH PIMPINAN UZTAZ AZWAN BIN RAZALI TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
DEKLAMASI SAJAK
SETERUSNYA PULA KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN DEKLAMASI SAJAK YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH TIGA ORANG PELAJAR DARI 2PERDANA IAITU IFFA NOOR SHEDATULL SALMI KAMAL, NURUL HANISAH BAGANI DAN RUBIANA SYAHIERA HASBI DI BAWAH BIMBINGAN USTAZ IBRAHIM BIN HALING.
DIPERSILAKAN..
BEGITULAH KEASYIKAN SAJAK YANG TELAH DISAMPAIKAN.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MEREKA.
PENYAMPAIAN HADIAH
KINI,SAMPAILAH KITA KE ACARA PENYAMPAIAN HADIAH.SEBELUM ITU MAJLIS MENJEMPUT EN RAMLI BIN HJ HASBI DIIRINGI OLEH PN RAESAH AKING UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PEMENANG.
PENYAMPAIAN HADIAH DIMULAKAN DENGAN PERTANDINGAN KAIN SEPANDUK TERBAIK. DINILAI BERDASARKAN KREATIVITI DAN KERJASAMA ANTARA KUMPULAN.
SAGUHATI DIPERSILAKAN…………………………………………………….DAN SAGUHATI KEDUA……………………………………………………………….
TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH………………………………………………..
TEMPAT KEDUA PULA DI MENANGI OLEH…………………………………………DAN JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK TERBAIK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DIMENANGI OLEH……………………………………………………………………….
SETERUSNYA PERTANDINGAN AZAN.
SAGUHATI……………………………………………………
KETIGA………………………………………………………
KEDUA………………………………………………………
PERTAMA ………………………………………………….
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PEMENANG DAN TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMLI BIN HJ HASBI ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH ITU TADI.
ALHAMDULILLAH DENGAN BERAKHIRNYA PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI, MAKA SEMPURNA SUDAH MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PADA HARI INI.
MEWAKILI PENGELOLA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ,MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN SEANDAINYA ADA KEKURANGAN SERTA KELEMAHAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI MAJLIS AKAN DATANG.
.TERIMA KASIH.SEKIAN
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
Langgan:
Catatan (Atom)