
7.50 pagi..
Tertiba di panggil oleh Cikgu Jamal Penolong Kanan PPKI untuk satu taklimat khas berkenaan kenaikan DG41 ke DG 44 dan DG 48. Bila dengar taklimat daripada beliau nampaknya terpaksalah tunggu 2014 untuk
memohon ke gred DG 48.Waktu ni agak-agak masihkah di bumi Kenyalang ini lag!!
Perbincangan dan taklimat selesai pada pukul 9.00 pagi.Kembali ke meja terasa ingin mengisi borang LNPT.Baru mencapai borang Cikgu Badrul dan Ustaz datang ..Tertangguh lagi.beralih ke topik semasa.Sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 9.30 pagi.Bermakna kelas Kemahiran Manipulatif untuk PPKI 2.Rindu dengan murid-murid kelas ni walaupun kelas yang paling aktif dan bermasalah tetapi kelas inilah yang menghiburkan hati.Telatah Diana Amira yang manja.Hendry yang tanpa suara tapi sentiasa minta perhatian.kenakalan Azuan yang menguji kesabaran serta suara merdu Azhar yang sentiasa bernyanyi kecil.Sentiasa mencuit hati..paling tak lupa hari-hari tubuh ini akan dipeluk dan pipi ini akan menerima sebuah ciuman daripada Aziemah..tak hadir pulak dia hari ini.Dalam kesibukan mengajar nada sms menandakan ada mesej yang baru diterima.Eh...lama betul tak dengar khabar berita kawan saya seorang ni..Mimpi apa hari ini tanya khabar..Inilah saya terkadang saya rasa antara yang bertuah ramai kawan-kawan yang masih mengingati saya..
pukul 10.50 dah boleh menarik nafas lega.Kelas untuk hari ini dah tamat..apalagi..buka laptop dan terhasillah cerita di atas.
Hari ini kembali semula ke sekolah setelah becuti seminggu.Bahagia rasa dapat berpeluang bersama anak-anak dengan masa yang panjang.Seronok melihat telatah Azib yang mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik dan kelakar..Azib pula rupanya dah betul-betul mengenali aku ibunya.tengok dari jauh dah mula menangis. Seronok tengok gelagat Aimy yang suka mandi dan berlawa rupanya.Rupanya dalam sehari kalau tidak dihalang 7kalilah jawabnya Aimy mandi. Selama ni tak tahu apa yang berlaku.keluar pagi balik petang.Rupanya Aimy ni suka tukar-tukar baju kat rumah ,jadi dia gunakan alasan nak mandi.Yang syoknya Kak Diah pembantu mengikut je kata budak Aimy ni.Kadangkala sikap Aimy gerampun ada..Yelah selalu nak kenakan Azib dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi dengan karenah Aimy ni..