
Perkataan tidak dapat mengambarkan bagaimana perasaan kita,apa yang kita rasa dan alami...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Hari ini perjumpaan dengan ibu bapa murid bagi membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka..Aku bersama Cikgu Rohana untuk kelas PPKI 8..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Soon Ann itulah nama seorang insan yang pernah menceriakan hari-hariku semasa menjadi pendidik di SMK Pandan Jaya..Seorang insan yang aku langsung tidak mengenalinya tiba-tiba menjadi peminat aku yang setia selama aku di Pandan Jaya..
Petang tu terdetik di hati untuk kuselak album yang lama..Album itu kubuka satu persatu dan ada seorang yang membuatkan aku teringin untuk berjumpa dengannya..ZAINONI..