Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 26 Jun 2010

Soon Ann

Soon Ann itulah nama seorang insan yang pernah menceriakan hari-hariku semasa menjadi pendidik di SMK Pandan Jaya..Seorang insan yang aku langsung tidak mengenalinya tiba-tiba menjadi peminat aku yang setia selama aku di Pandan Jaya..
Dalam diam dia menyayangiku walau aku tidak mengajarnya ketika itu..Setiap hari pasti akan kelihatan kelibatya menunggu ku berhampiran pejabat sekolah..Yang paling buat ku terharu saban tahun dia sentiasa memberikan kukejutan apabila Hari Guru dan Hari Jadiku..Soon Ann walau di mana cikgu berada..Cikgu tetap mengingati Soon Ann..terima kasih Soon Ann.
Nota ini masih Cikgu simpan walau tahun telah lama beredar..Harapan semoga Soon Ann berjaya dalam hidup.
Memori-Memori kita bersama..tetap dalam ingatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!