Burung tempua terbang melayang
Terbang bersama burung helang
Kalau hati tidak lagi sayang
Segala rasa semuanya hilang...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 31 Oktober 2016
Pantun kasih sayang
Takdir buatku
Kuatur langkah kaki
Melangkah pergi
Kerana kusedar diriku tidak lagi diperduli
Walaupun terkilan rasa dihati
Kau curangi diri ini
Dalam keterpaksaan kuturutkan jua
Lontarkan segala rasa
Sayangku dulu kini nenjadi benci
Aku mengerti hadir dirinya
Mengubah segala yang ada.
Kau bohongi diriku
Kau hancurkan harapanku
Kau perrmainkan kejujuranku
Kau insan yang buatku terluka
Tanpa kata.
Kini kuakui......kasihmu.sayang mu
Padaku...hanyalah sandiwara
Kupasrahkan segalanya pada Dia
Semoga disuatu hari
Ada insan yang mengerti dan menyanyangiku
Sepenuh hati
Dan menjadi kekasih abadi....
Untukmu terima kasih kuucapkan
Atas kelukaan yang kau berikan
Moga bahagia mu menemani sepanjang jalan hidupmu
Tiada lagi aku dan tiada lagi kamu
Kututup memori cinta bersamamu
Bersama waktu yang berlalu...
Nukilan : Anak Pantai
30 Oktober 2016