Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 9 Februari 2010

Andai bulan dapat bicara



[17678-bigthumbnail.jpg]
Andainya malam dapat berbicara.....pastinya akan dikhabarkan tentang perasaan seseorang....
Pastinya akan menceritakan 
Ada insan yang diulit lena dibuai oleh mimpi indah
Ada insan yang terganggu tidurnya kerana bayangan masalah
Ada insan yang sedang berduka menanti tiba nya siang kerana tidak mahu tinggalkan malam...
kerana malam baginya ada cerita disebaliknya....
Bagiku malam terlalu banyak ertinya...
Terasa begitu dekat diri ini dengan Yang Maha Esa
KeranaNyalah diri ini seperti ini sekarang
walaupun terkadang diri ini alpa oleh kebahagiaan yang Kau kurniakan
Malam juga bagiku amat bererti
kerana ku tahu
Ada insan yang mengingati diri ini
bila tibanya malam
Aku juga begitu terlalu rindu .......
Rindu pada semua yang aku sayangi 
Dan aku juga mengharapkan 
Sentiasa ada insan yang menyayangiku dan merinduiku...