Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 5 April 2012

Rindu Kalian Rindu Cikgu jua


I miss you
 

Semalam tika kaki melangkah keluar pintu kereta,kelihatan kelibat Haider dan Mastura berlari-lari anak mendapatkan diriku.Ternyata dua hari tidak ke sekolah menyebabkan mereka tercari-cari .Sayang jugak dia orang ni kat saya.
Sampai di PPKI ramai yang peluk...terharupun ada..terasa juga mereka tanpa diri ini di sisi.Siap luahkan perasaan..bila saya rindu cikgu saya tengok je kedai cikgu..Cikgupun rindukan kalian cuma dua hari yang berlalu itu cikgu betul-betul tidak berdaya.Terasa bersalahpun ada bila cikgu cuti.Kalau boleh cikgu nak hari -hari dapat menatap wajah kalian.Kalian menjadi punca utama rezeki Cikgu tau.
Tersentuh jugak hati,bila dengarkan keluhan Ariana yang merindui mak yang pergi selamanya.Sebenarnya dari dulu lagi simpati pada dia ni..bila mak dah takde,perasan juga dia banyak meluahkan perasaannya padaku.Mungkin aku suka mendengar apa yang diluahkan.    Terkadang dia anggap macam mak dia.Cuma aku sentiasa berfikiran waras jangan menunjukkan terlalu baik pada seseorang anak murid sahaja ,bimbang nanti murid-murid lain rasa kecil hati.Aku mahu biar semua merasakan diri ini begitu sayang pada mereka semua.
Gembira juga semalam mendengar Mastura sudah membayar baju seragam sekolahnya hasil bekerja dirumahku hari Sabtu dan Ahad yang lepas.Alhamdulillah..satu masalah dah selesai..
Terpaksa nokhtah kan dulu di sini...nanti  sambung lagi..