Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Isnin, 23 Ogos 2010
Mak...Keranamu Kupulang
Sambil beistirehat bersama anak-anak ,aku dan suami berbincang tentang aktiviti serta peruntukan untuk digunakan ketika balik ke kampung halaman nanti.Sesekali mata asyik memerhati gelagat Aimy yang begitu mencuit hati.dalam masa yang sama rupanya tangan suami mendail no hp mak ..Lantas kedengaran suara mak . yang amat ceria .Mak dengan suara gembira mengatakan kami akan balik kg.Suami berpura-berpura bertanyakan darimana mak dapatkan sumber berita.Dengan penuh yakin mak memberitahu dia dapat tahu daripada Kak Jan.Dalam hati terus terdetik memamg benarlah sesiapapun yang menjadi ibu pasti mengharapkan semua anak-anaknya pulang ketika hari yang mulia ini.Sekarang ini pun aku sudah cuba membayangkan suatu ketika nanti perasaan resah gelisah pasti akan aku rasa seperti mana mak rasa kini bila berjauhan dengan anak-anak.Sekurang-kurangnya aku masih dapat membahagiakan mak untuk kali ini.Semestinya pulang kami adalah kerana mak..Sebenarnya aku amat terharu dengan pengorbanan suami kerana begitu mengambil berat perasaan mak dan aku...Sanggup juga menghadiahkan hari raya pertama untukku beraya di rumah sendiri sedangkan mengikut giliran tahun ini adalah giliran kami beraya di Kota Bharu.Terima kasih daun keladi..Mak...semoga kita diberikan kesempatan dipanjangkan usia agar dapat kita berjumpa pada 5 September 2010 dan seterusnya menyambut raya bersama..
Langgan:
Catatan (Atom)