Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 8 Jun 2013

Hujan diluar Hujan di hati

Apa yang harus saya nyatakan
kesedihan mula terasa menunggu hari esok yang pasti akan mengalirkan airmata
tika ini hujan mula menitis membasahi bumi..seakan sama turut dalam jiwa dan hati ini menangis kerana beratnya rasa hati nak melepaskan mak dan adik pulang ke kampung,
melihat kemesraan anak-anak dengan nenek dan bapa saudara hati bertambah syahdu..
Pasti lepasni azib anakku yang kecil yang akan terasa kehilangan mereka berdua.
Pasti soalannya akan bertanya
Mak mana nenek
Mak..mana Pok jo..
aduh dia tak faham dan tak akan tahu yang sebenarnya mak dia ini sudah sedih dan pilu..Menangis dan kalau boleh nak hentikan masa.
Tunggulah sekejap
berilah peluang pada diri ini untuk merasa kasih sayang mak
Semalam bertambah bahagia dan tersentuh ya hati tahkala mak menyapu minyak dikepala ini dan mengurutnya tika aku sakit kepala.
Rasanya saat itu aku nak bgahu mak..
janganah balik.

Nak merasa tahun ni kita pergi sembahyang terawih sama-sama
tapi suara hati tidak bisa diri ini lontarkan
Walau apapun ..walau dimana mak berada saya mengharapkan mak bahgia hendaknya.
Kita diitakdirkan berpisah lagi..
Terima kasih mak dua bulan mak bersama untuk kali ini memang baanyak meinggalkan kesan di hati..


KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
KOLEKSI PANTUN PENGACARA MAJLIS
( Rujukan dari blog-blog)

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Jejaran mengkudu berbias kesuma
Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua

Pergi berhuma di Tanjung Rokan
Sebelum pulang mengail ikan
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan


Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian hadiah selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Membawa dulang beralas sutera
Berisi hadiah buat pemenang
Terengganu dijulang semangat membara
Muga bertuah hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan
Hiasan tersohor dato Bahaman
Peserta ASAT sentiasa berangan
Menjulang kemenangan Terengganu Idaman

Majlis ASAT dirai bersama
Kemenangan diidam menjelma lagi
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali




Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan sena
Guru cemerlang negara terbilang
Menjunjung setia seiring tema

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan perutusan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Rotan melilit tepian pokok
Rimbun sebelah pohon seraya
Katakan tak nak pada rokok
Ia pemusnah mengundang bahaya

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Guru Pembina Negara Bangsa
Menabur ilmu berkhidmat bakti

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan pengetua selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra


Lemang dihidang enak rasanya
Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Nasi beriyani menu utama
Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara

Terbang rendah burung tempua
Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera


Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Satu Malaysia Satu Bangsa
Perpaduan disemai demi pertiwi

Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai
Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
Permaisuri NurZahirah menguntum salam

Terbang helang di hujung salang,
Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua

Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru bergolek;
Kami bersyukur kepada Tuhan,
Rakyat Malaysia semuanya baik
Satu Malaysia satu bahasa,
Menjadi penghubung pelbagai ungkapan;
Berbagai agama berbilang bangsa,
Rakyat didahulukan pencapian diutamakan.


Ke Pekan Sudah, Ke Maran Pun Sudah,
Cuma Ke Tenum Sahaja Yang Belum;
Ucapan Sudah, Pelancaran Pun Sudah,
Makan Dan Minum Sahaja Yang Belum.

Gulai Cendawan Hidangan Masakan,
Rasanya Enak Tidak Terperi;
Sidang Dewan Dipersilakan Makan,
Jangan Dibiar Perut Berbunyi.
BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,
HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN

KAIN YANG CARIK CUMA DUHUJUNG
DIBUAT ALAS MENGELAP KENDI
BUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNG
TAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGI