TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.
DEWAN HOTEL PEN VIEW ,KUCHING.
18 NOV 2014
1st announcement
ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA
TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN
DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA
KASIH.
2sd announcement
HADIRIN DA HADIRAT YANG
DIHORMATI SEKALIAN
KERJASAMA
PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA
SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI .
HADIRIN
SEKALIAN JUGA DIINGATKAN AGAR BERDIRI APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU
KEHORMAT DAN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEBELUM TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS.
1.PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
MENGUMUMKAN
KETIBAAN YANG BERBAHAGIA
CIKGU
VENDERY MILLAH NATA.
KETUA
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS .KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.
2. NYAYIAN LAGU NEGARAKU/IBU PERTIWIKU/DEMAK
GEMILANG
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN DIJEMPUT BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU,IBU PERTIWI DAN LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN. YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA DAN HADIRIN
DIPERSILAKAN DUDUK.
3.ALUAN PENGACARA MAJLIS.
HOTEL PENVIEW MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PPKI TAHUN INI.
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PPKI TAHUN INI.
PPKI SMK DEMAK BARU tersohor indah
Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa
Selamat datang kata bermadah
Terukir kata buat semua.
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK
YANG BERBAHAGIA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK
YANG BERBAHAGIA
CIKGU
VENDERY MILAH NATA
KETUA
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK
YANG BERUSAHA
CIKGU
HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA
SMK DEMAK BARU
YANG BERUSAHA
____________________________
GURU
BESAR SK ASTANA
YANG BERUSAHA
____________________________
GURU
BESAR SK MATU BARU
YANG BERUSAHA
____________________________
GURU
BESAR SK RAMPAGI
YANG BERUSAHA
EN BUSMAN
RAMLI
YANG
DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK
BARU
YANG BERUSAHA
________________________________________________
WAKIL
PENGARAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
MALAYSIA
NEGERI
SARAWAK
YANG DIHORMATI
EN
JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
PENOLONG
KANAN PPKI SMK DEMAK BARU
BARISAN
PENOLONG KANAN .
BARISAN
KETUA BIDANG
IBU BAPA
,
GURU-GURU ,PPM DAN STAF SMK DEMAK BARU
SERTA
PARA PELAJAR PPKI YANG DIKASIHI SEKALIAN
Songket direntang bersulam intan
Tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke Majlis Motivasi dan Kecemerlangan
Mengiktiraf pelajar menjulang kejayaaan
MAJLIS MENGUCAPKAN
SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKALIAN KE
MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH
KECEMERLANGAN PPKI SMK DEMAK BARU 2014 YANG BERTEMAKAN HITAM DAN PUTIH.
4.BACAAN DOA
HADIRIN YANG
DIHORMATI
Dalamnya muara Sungai Samarahan
Ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan
persaudaraan
Semoga ianya berakhir dengan kebaikan
BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MALAM INI,DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN AL FADZIL USTAZ BADROL HISHAM BIN MAJID UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN.
AAMIN,AAMIN
YA RABBAL ALAMIN..
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPA TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADROL HISHAM BIN MAJID DI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
5.UCAPAN ALUAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,MEERUSKA ACARA
PADA MALAM INI,
MAJLIS DEGAN SEGALA SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK
BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH DI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
6.UCAPAN PERASMIAN
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,
CEMPAKA SARI
WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN KETUA SEKTOR MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN KETUA SEKTOR MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.
MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH
HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA CIKGU
PN VENDERY MILAH NATA.
KETUA
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
NEGERI SARAWAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS MOTIVASI
DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU
BAGI TAHUN 2014.
.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA .
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA .
MOHON YANG
BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH
NATA KEKAL DIPENTAS BAGI ACARA
SETERUSNYA.
SETERUSNYA.
SIMBOLIK PERASMIAN
HADIRIN
SEKALIAN,
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN
PADA MALAM INI,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG
BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID DAN YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE
PENTAS UNTUK BERSAMA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY BAGI ACARA TERSEBUT.
DIPERSILAKAN
YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH
NATA UNTUK ACARA PEMOTONGAN PULUT KUNING.
TERIMA KASIH
DIUCAPKAN.
DENGAN POTONGAN ITU TADI MAKA RASMI SUDAH MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.
7. PERSEMBAHAN
PELAJAR
SETERUSNYA
KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN RAMPAIAN OLEH PELAJAR-PELAJAR
PPKI .UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TARIAN RAMPAIAN INI TELAH MEMENANGI TEMPAT KETIGA
KATEGORI TARIAN RAMPAIAN DAN TEMPAT KETIGA KESELURUHAN.
SAMA-SAMA
KITA SAKSIKAN.
DEMIKIANLAH
TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK
KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN BERIKAN SATU TEPUKAN YANG
GEMURUH UNTUK PENARI-PENARI YANG AMAT BERBAKAT INI.
8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL
DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN YAG
DIHORMATI ENCIK JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH
FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU KE PENTAS
UNTUK MENYEMPURNAKAN ACARA
TERSEBUT.
DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
KEDUDUKAN DALAM KELAS
KITA MULAKAN DENGAN PENCAPAIAN KADEMIK TERBAIK SETIAP KELAS.
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS PPKI 2
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 3
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 4
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 5
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 6
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 7
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS
DARI KELAS
PPKI 8
TEMPAT KETIGA :________________________________________
TEMPAT KEDUA :________________________________________
TEMPAT PERTAMA :________________________________________
KELAS INKLUSIF TING 2 :________________________________________
KELAS INKLUSIF TING 3 :________________________________________
KELAS INKLUSIF TING 5 :________________________________________
KEHADIRAN TERBAIK
SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL BAGI KEHADIRAN TERBAIK 2014 .
DIPERSILAKAN ADIK____________________________________________KE PENTAS
UNTUK MENERIMA HADIAH.
DIPERSILAKAN.
SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA ADALAH ACARA
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN .PADA TAHUN INI SERAMAI 16 ORANG PELAJAR
YANG BAKAL MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL DAN CENDERAMATA. DIMULAKAN
DENGAN
1.SAPARINA BT DAUD
SETERUSNYA
2. HEIDI ARIANA BT ABU ISHAK
DIPERSILAKA KE PENTAS
3. JACKY AK JEFFERY
SETERUSNYA
4. FARAH DAMIA BT SHAMSUDIN
DIIKUTI
5. DEBRA SOFIA AK KENEDY
SETERUSNYA PULA
6.PETRUS AK ACAKE
TIDAK KETINGGALAN DIPERSILAKAN
7.MUHAMMAD SHAMIZUL BIN MUHAMMAD SHAZ
SETERUSNYA PULA
8.NAJMI FAKRULLAH BIN MOHD NAIM
DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA
9.NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM
10.NALIZA BT SAHARI
SETERUSNYA
11.NURUL HIDAYAH BT ZULKIFLI
12.MOHD RIDZUAN BIN NORAZALAN
DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA
13.NOOR RIZAL BIN BAHAR
14. NUR AZIELA BT ARIFFIN
DIPERSILAKAN
15.ZARHARI BIN APANDI
DAN AKHIR SEKALI
16.MUHD NUR AZAM BIN ABDURAHMAN
KEPADA
SEMUA YANG TELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU,DOA DAN HARAPAN
KAMI AGAR KALIAN TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI DI MANA SAHAJA
BERADA.INTAILAH KAMI JIKA RINDU DATANG BERTAMU.MAAFKAN KAMI WARGA PENDIDIK YANG
SEMEMANGNYA ADA KELEMAHAN KETIKA MEMBERI ILMU DAN DIDIKAN PADA KALIAN. JAGALAH
DIRI HIASI PERIBADI KEBANGGAAN AYAH DAN IBU.
9.
PERSEMBAHAN PELAJAR (HORAY-HORAY)
HADIRIN
SEKALIAN,
SETERUSNYA
KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN HORAY-HORAY OLEH PELAJAR-PELAJAR
PPKI ..
SAMA-SAMA
KITA SAKSIKAN.
DEMIKIANLAH
TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK
KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN
10. JAMUAN MAKAN
apa diharap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah dimakan pipit melayag
sedia sudah aneka hidangan
di depan mata jauhnya tidak
sudilah kira tuan mulakan
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN DENGAN JAMUAN MAKAN MALAM.SEMASA
MENIKMATI JAMUAN,PARA HADIRIN AKAN DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH NYAYIAN
DARIPADA PELAJAR PPKI DAN GURU YANG
BERBAKAT.
UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS
DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR
YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN
·
NYANYIAN
ADIK MUHD NUR HAZIQ BI RAZALI
MALAM INI KITA AKAN DIHIBURKAN NYAYIAN LAGU ADIK MUHD NUR HAZIQ BIN RAZALI.
TERIMA KASIH DIUCAPKA KEPADA MUHD NUR HAZIQ KERANA
MENGHIBURKAN KITA SEMUA.
SETERUSNYA DIPERSILA EN SAIEE BISUNI,KETUA BIDANG
BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SAIEE BISUNI
ATAS NYAYIAN SEBENTAR TADI.
·
SETERUSNYA PULA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG
DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE
PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SATU LAGU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
11.CABUTAN BERTUAH ( 1)
HADIRIN SEKALIAN
KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.
KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.
MAJLIS
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN KERANA SUDI MENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN KEPADA PEMENANG..
12.PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI
DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PELAJAR
YANG AKTIF KOKURIKULUM , ANUGERAH OLAHRAWAN DAN OLAHRAWATI PPKI DAN ANUGERAH
KHAS
DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH
HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARUMENGIRINGI YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH
NATA KE PENTAS UNTUK MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.
DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
PENERIMA SIJIL BAGI PENGLIBATAN
PERINGKAT ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN
1.DIPERSILAKAN ADIK MUHD.ARIF BIN AZMI TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS
MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA PINGGAT PERAT BAGI
ACARA LARIAN 200 METER DAN PINGAT GANGSA
BAGI ACARA LOMPAT JAUH.
2.DIPERSILAKAN ADIK HAMDAM
BIN YUSUF TELAH MENYERTAI
KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA
PINGGAT PERAT BAGI ACARA MELONTAR PELURU
DAN PINGAT GANGSA LARIAN 200
BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN BARAT DI
KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.
3. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
MUHD ZUL ADLY MAJENI
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH
DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M,
DAN 4 X 400 M.
JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X
400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.
4.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK NAJMI
FATHULLAH BIN MOHD NAIM.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN
KEBAJIKA MASYARAKAT DI KUALA TERENGGANU
MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 4X 400 METER,PERAK BAGI ACARA LARIAN 200
METER DAN GANGSA DALAM ACARA LONTAR PELURU.
5.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
NADZZALRUDDIN BI MOHD SYAWAL TELAH MEGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN SUKAN
PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS DALAM ACARA MELEMPAR CAKERA,MELONTAR PELURU
DAN MEREJAM LEMBING.
6. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
AZMAN SABRI TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL
PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PENANG.
7. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
MUHD.FADHILAH YAKUB BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MENGUKIR
BUAH DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.
8.DIPERSILAKAN JUGA ADIK HEIDI
ARIANA BINTI ABU ISHAK .MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN 4X 400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS
PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT DI TERENGGANU.MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI
ACARA 4 X 100M DAN LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN
PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.
9.DIPERSILAKAN JUGA ADIK FARAH
DAMIA BINTI SAMSUDDIN . MEMPEROLEHI EMAS 4X 100 METER DAN PERAK BAGI ACARA 200 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT
KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
DI TERENGGANU.
10. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
SAPARINA DAUD BELIAU TELAH MENYERTAI
PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN TRADISIONAL DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA
11. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK
ROSMAWATI SIMO @ ABD RAHMAN TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA INDIVIDU DAN
NAIB JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD
KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.
DAN AKHIR SEKALI
12.DIPERSILAKAN ADIK NUR
NADHIRAH SYAMSOL .TELAH BERJAYA LAYAK KE SUKU AKHIR PETANQUE BEREGU PEREMPUAN DI KARNIVAL PERMAINAN
PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.
13.NURUL FAKIRA
14.ADLY ZUL HUSNI
ANUGERAH OLAHRAGAWAN PPKI 2014
BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT
LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH
DILAHIRKAN PADA 29.09.1995 DIKUCHING.TINGGAL DI KG TELAGA AIR.BERMULA
ALAM PERSEKOLAHAN DI SK TELAGA AIR .SEBELUM KE PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU
BERSEKOLAH DI SMK SANTUBONG .SEPANJANG BELIAU DI PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU
BEGITU AKTIF DIBIDANG SUKAN TARIAN DAN NASYID.PADA TAHUN INI PELBAGAI KEJOHANAN
TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH BELIAU.ANTARANYA.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH
DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M,
DAN 4 X 400 M.
JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X
400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.
TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT EGERI
SARAWAK DI SAREKEI,JUGA PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI
SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.
MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 1500METER,DAN 800METER ,PERAK ACARA 4X 100 METER DAN 4 X 400METER ,DI
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU
NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID NEGERI SARAWAK .
TEMPAT KETIGA TARIAN KESELURUHAN DAN TEMPAT KETIGA TARIAN RAMPAIAN DI KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI IPG KAMPUS BATU LINTANG
ANUGERAH OLAHRAWAN PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK MUHD ZUL ADLY
BIN MAJENI
ANUGERAH OLAHRAGAWATI PPKI 2014
BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT
LATAR BELAKANG
DILAHIRKAN PADA 30.12.1995 DIKUCHING.BERMULA ALAM PERSEKOLAHAN DI SK
RAMPAGI DAN MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN KE PPKI SMK DEMAK BARU .SEPANJANG BELIAU DI
PPKI SMK DEMAK BARU PELBAGAI KEJOHANAN TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH
BELIAU.ANTARANYA.
MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI
SAREKEI.
JOHAN KATEGORI DOUBLE PEREMPUAN DI PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN
KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.
MEMENANGI PERAK BAGI ACARA LOMPAT JAUH, ACARA 4 X 400METER ,4 X
400METER ,GANGSA BAGI ACARA 100METER DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN
KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU.
MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN 4X
400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.
MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI ACARA 4 X 100M DAN
LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD
KEBANGSAAN DI PERLIS.
ANUGERAH OLAHRAWATI PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK.
ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN
ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN.TAHUN INI ANUGERAH
IBU BAPA PRIHATIN DIBERIKAN KEPADA EN
RAHMAT BIN MAN ,BAPA KEPADA HAMZAH BIN MAN.
DIPERSILAKAN KE PENTAS EN RAHMAT
BIN MAN UNTUK MENERIMA ANUGERAH.
ANUGERAH JASAMU DIKENANG
SETERUSNYA BERALIH KE ANUGERAH JASAMU DIKENANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN
KEPADA PELAJAR YANG BEGITU KOMITED DALAM MEMBANTU GURU DAN RAKAN DI SEKOLAH.
PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG INI MERUPAKAN SEORANG YANG RAJIN.
SERING MEMBERIKA BANTUAN KEPADA GURU WALAUPUN TANPA DIMINTA.SEORANG YANG PANDAI
MEMASAK DAN BELIAU JUARA BERKUMPULAN PETANQUE KATEGORI PEREMPUAN DAN SEORANG PENARI
YANG BERBAKAT.
AHLI JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH ADIK SAPARINA DAUD BAGI
MENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG.
DIPERSILAKAN KE PENTAS BAGI MENERIMA ANUGERAH INI.
ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS PADA MALAM INI TURUT MENYEDIAKAN SATU KATEGORI KHAS IAITU ANUGERAH
TERBAIK KESELURUHAN. PEMILIHA PEMENANG UNTUK AUGERAH INI ADALAH BERDASARKAN BEBERAPA
CIRI YANG TELAH DITETAPKAN.
SEBELUM ITU DIBACAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH
INI.DILAHIRKAN PADA 3 OKTOBER 1995 DI KUCHING.MULA BERSEKOLAH DI SK ASTANA DAN
MEYAMBUNG PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU.DI SEKOLAH BELIAU DIAMANAHKAN
MENJADI PENGAWAS DAN SENTIASA MEMBANTU GURU-GURU .
BELAJAR DIKELAS INKLUSIF DAN PADA TAHUN INI MENGAMBIL PEPERIKSAAN
SPM.SELAIN TERLIBAT DI DALAM KURIKULUM,JUGA BERGIAT AKTIF DIDALAM
KOKURIKULUM.PERNAH MEWAKILI MALAYSIA DI KEJOHANAN FLOOR HOKEY DI PHEONG
CHANG,DAN MEMBAWA PULANG PINGAT GANGSA PADA TAHUN LEPAS.
PADA TAHUN INI BELIAU MENYERTAI
KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI SAREKEI.
TURUT TERLIBAT DALAM FUTSAL DI PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS
NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.
MEMENANGI PERAK BAGI ACARA 4 X
100 METER ,4 X 400METER ,GANGSA BAGI ACARA 200METER DA MELAYAKKAN DIRI DI FINAL
DALAM ACARA 400 METER DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT
NEGERI SARAWAK DI SIBU.
MEMPEROLEHI EMAS BAGI ACARA 4X 100 METER, PERAK BAGI ACARA 200 METER DAN GANGSA BAGI ACARA LOTAR PELURU DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT
KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
DI TERENGGANU.
NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID
PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK .
JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM BAGI MENERIMA
ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA
PENERIMA ANUGERAH .
13.PENYAMPAIAN CENDERAMATA
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU PN VENDERY MILAH NATA.KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU PN VENDERY MILAH NATA.KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG
BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID DAN CIKGU VENDERY MILLAH NATA .
14.PERSEMBAHAN PELAJAR (NYAYIAN ADIK ERY AFIZI)
HADIRIN
SEKALIAN ,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH JUARA NYAYIAN KARAOKE DI
PERTANDINGAN KARIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK
2014.
DIPERSILAKAN
KE PENTAS ADIK ERY AFIZI BI MOHD ZIN DENGAN TAJUK LAGUNYA KEHILANGAN.
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK ERY AFIZI YANG MENYANYIKAN LAGU DENGAN PEUH
PERASAAN.
15.PERSEMBAHAN ALL ABOUT THE BEST.
SETERUSNYA
KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN GELAGAT-GELAGAT PELAJAR PPKI MELALUI SATU
PERSEMBAHAN DENGAN TAJUK ALL ABOUT THE BEST.
DEMIKIANLAH
TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN PENGARAH BERBAKAT CIKGU SITI
HAIDA BINTI MOHD NANEK.MAJLIS BERHARAP AGAR PARA HADIRIN TERHIBUR
16.CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA
HADIRIN SEKALIAN
KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KEDUA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BI RAMLI KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.
KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KEDUA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BI RAMLI KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA
KASIH KEPADA YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BI RAMLI KERANA SUDI MENYAMPAIAN HADIAH CABUTAN BERTUAH KEPADA PEMENANG..
17.NYAYIAN BERAMAI-RAMAI
HADIRIN
SEKALIAN
TERIMALAH
PERSEMBAHAN TERAKHIR DARIPADA SEMUA PELAJAR-
PELAJAR PPKI .SEMUA PELAJAR DIMINTA NAIK KE PENTAS UNTUK MENYANYIKAN DUA BUAH LAGU YANG BERTAJUK “KENANGAN TERINDAH” DAN “DOA
PERPISAHAN” .DENGAN KAN LONTARAN SUARA TERAKHIR PARA
PELAJAR YANG MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN DI MAJLIS MOTIVASI PADA TAHUN INI.
DIPERSILAKAN
DIMINTA
SEMUA PELAJAR MENUNGGU DI ATAS PENTAS UNTUK SESI BERGAMBAR.
18.SESI BERGAMBAR
SEBAGAI
TANDA KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY DAN TETAMU
KEHORMAT YANG LAIN KE PENTAS UTUK SESI BERGAMBAR.
19. PENUTUP
HADIRI
DAN HADIRAT SEKALIAN
Pantai damai indah berseri
Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Terima kasih daun keladi.
Dari mana hendak ke mana
Panjang rumput darilah padi
Tempat sama bulan yang sama
Tahun
depan berjumpa lagi
SEBELUM
KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA
ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA
KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN
MAAF .
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta
BERSYUKUR
KE HADRAT ILAHI ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA MALAM INI.
TERIMA
KASIH,SELAMAT MALAM DA JUMPA LAGI
DIPERSILAKAN
YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YANG
BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA SERTA TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN UNTUK MEINGGALKAN
MAJLIS.