Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Terima Kasih Atas Kunjungan

Pengikut

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya

Ahad, 16 November 2014

Contoh Teks Pengacara Majlis Motivasi dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi ,SMK Demak Baru 2014



TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.

DEWAN HOTEL PEN VIEW ,KUCHING.
18 NOV 2014

1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SATU MALAYSIA.
PARA TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,
TERIMA KASIH.

2sd announcement

HADIRIN DA HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN

KERJASAMA PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA SILENT MODE,KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR SAHAJA LAGI .

HADIRIN SEKALIAN JUGA DIINGATKAN AGAR BERDIRI APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT DAN TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEBELUM TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS.

1.PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA
CIKGU  VENDERY MILLAH NATA.
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS .KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.


2. NYAYIAN LAGU NEGARAKU/IBU PERTIWIKU/DEMAK GEMILANG

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN DIJEMPUT BERDIRI UNTUK BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU,IBU PERTIWI DAN LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN. YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA DAN HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.






3.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

HOTEL PENVIEW MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PPKI  TAHUN INI.

PPKI SMK DEMAK BARU tersohor indah
Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa
Selamat datang kata bermadah
Terukir kata buat semua.



BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK

YANG BERBAHAGIA
CIKGU  VENDERY MILAH NATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG BERUSAHA
____________________________
GURU BESAR SK ASTANA

YANG BERUSAHA

____________________________
GURU BESAR SK MATU BARU

YANG BERUSAHA

____________________________
GURU BESAR SK RAMPAGI


YANG BERUSAHA
EN BUSMAN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU



YANG BERUSAHA
________________________________________________
WAKIL PENGARAH  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
NEGERI SARAWAK

YANG DIHORMATI
EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU

BARISAN PENOLONG KANAN .

BARISAN KETUA BIDANG
IBU BAPA , GURU-GURU  ,PPM  DAN STAF SMK DEMAK BARU
SERTA PARA PELAJAR PPKI  YANG DIKASIHI SEKALIAN

Songket direntang bersulam intan
Tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke Majlis Motivasi dan Kecemerlangan
Mengiktiraf pelajar menjulang kejayaaan


MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS  MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN  PPKI  SMK DEMAK BARU 2014 YANG BERTEMAKAN HITAM DAN  PUTIH.



4.BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI
Dalamnya muara Sungai Samarahan
Ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan persaudaraan
Semoga ianya berakhir dengan kebaikan

BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA MALAM INI,DENGAN SEGALA  HORMATNYA DIPERSILAKAN   AL FADZIL USTAZ  BADROL HISHAM BIN MAJID UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN.

AAMIN,AAMIN YA  RABBAL ALAMIN..
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPA TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADROL HISHAM BIN MAJID DI  ATAS   BACAAN DOA ITU TADI.

5.UCAPAN ALUAN

 HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,MEERUSKA ACARA PADA  MALAM INI, 
MAJLIS DEGAN SEGALA SUKACITANYA   MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA  CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH  DI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.  



6.UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

CEMPAKA SARI WARISAN SEJATI
MENJADI KEBANGGAAN SEISI NEGERI
UCAPAN KETUA SEKTOR MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI.
MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA  CIKGU PN VENDERY MILAH NATA.
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI  SARAWAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN  MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2014.
.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA .
MOHON YANG BERBAHAGIA CIKGU  VENDERY MILLAH NATA  KEKAL DIPENTAS BAGI ACARA
SETERUSNYA.



SIMBOLIK PERASMIAN
HADIRIN SEKALIAN,
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN PADA MALAM  INI,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID DAN  YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE PENTAS  UNTUK BERSAMA  YANG BERBAHAGIA  CIKGU VENDERY BAGI ACARA  TERSEBUT.

DIPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA  CIKGU VENDERY MILLAH NATA UNTUK ACARA PEMOTONGAN PULUT KUNING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
DENGAN POTONGAN  ITU TADI MAKA RASMI SUDAH  MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.

7. PERSEMBAHAN PELAJAR
SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN RAMPAIAN OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI .UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TARIAN RAMPAIAN INI TELAH MEMENANGI TEMPAT KETIGA KATEGORI TARIAN RAMPAIAN DAN TEMPAT KETIGA KESELURUHAN.
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN BERIKAN SATU TEPUKAN YANG GEMURUH UNTUK PENARI-PENARI YANG AMAT BERBAKAT INI.





8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL

DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN YAG DIHORMATI   ENCIK JAMAL SHUKURI BOLHASSAN  MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.






KEDUDUKAN DALAM KELAS

KITA MULAKAN DENGAN PENCAPAIAN KADEMIK TERBAIK SETIAP KELAS.
PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS PPKI 2
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________


PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 3
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 4
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 5
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 6
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 7
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________

PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 8
TEMPAT KETIGA               :________________________________________

TEMPAT KEDUA                :________________________________________

TEMPAT PERTAMA          :________________________________________


KELAS INKLUSIF                TING 2  :________________________________________

KELAS INKLUSIF                TING 3  :________________________________________

KELAS INKLUSIF                                TING 5  :________________________________________



 KEHADIRAN TERBAIK

SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL BAGI KEHADIRAN TERBAIK 2014 .
DIPERSILAKAN ADIK____________________________________________KE PENTAS UNTUK MENERIMA HADIAH.
DIPERSILAKAN.

SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA  ADALAH ACARA PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN .PADA TAHUN INI SERAMAI 16 ORANG PELAJAR YANG BAKAL MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU.

DIPERSILAKAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL DAN CENDERAMATA. DIMULAKAN DENGAN
1.SAPARINA BT DAUD

SETERUSNYA

2.  HEIDI ARIANA BT ABU ISHAK

DIPERSILAKA KE PENTAS

3.  JACKY AK JEFFERY

SETERUSNYA

4. FARAH DAMIA BT SHAMSUDIN

DIIKUTI
5.  DEBRA SOFIA AK KENEDY

SETERUSNYA PULA

6.PETRUS AK ACAKE

TIDAK KETINGGALAN DIPERSILAKAN

7.MUHAMMAD SHAMIZUL BIN MUHAMMAD SHAZ

SETERUSNYA PULA

8.NAJMI FAKRULLAH BIN MOHD NAIM
DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA

9.NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM

10.NALIZA BT SAHARI

SETERUSNYA

11.NURUL HIDAYAH BT ZULKIFLI

12.MOHD RIDZUAN BIN NORAZALAN

DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA

13.NOOR RIZAL BIN BAHAR

14. NUR AZIELA BT ARIFFIN

DIPERSILAKAN

15.ZARHARI BIN APANDI

DAN AKHIR SEKALI

16.MUHD NUR AZAM BIN ABDURAHMAN

KEPADA SEMUA YANG TELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU,DOA DAN HARAPAN KAMI AGAR KALIAN TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI DI MANA SAHAJA BERADA.INTAILAH KAMI JIKA RINDU DATANG BERTAMU.MAAFKAN KAMI WARGA PENDIDIK YANG SEMEMANGNYA ADA KELEMAHAN KETIKA MEMBERI ILMU DAN DIDIKAN PADA KALIAN. JAGALAH DIRI HIASI PERIBADI KEBANGGAAN AYAH DAN IBU.



9.   PERSEMBAHAN PELAJAR  (HORAY-HORAY)

HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN HORAY-HORAY OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI ..
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN

10. JAMUAN MAKAN

apa diharap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah dimakan pipit melayag
sedia sudah aneka hidangan
di depan mata jauhnya tidak
sudilah kira tuan mulakan


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN DENGAN JAMUAN MAKAN MALAM.SEMASA MENIKMATI JAMUAN,PARA HADIRIN AKAN DIHIBURKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH NYAYIAN DARIPADA PELAJAR PPKI  DAN GURU YANG BERBAKAT.


UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR  YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN

·         NYANYIAN ADIK MUHD NUR HAZIQ BI RAZALI
MALAM INI KITA AKAN DIHIBURKAN  NYAYIAN LAGU ADIK MUHD NUR HAZIQ BIN RAZALI.
TERIMA KASIH DIUCAPKA KEPADA MUHD NUR HAZIQ KERANA MENGHIBURKAN KITA SEMUA.

SETERUSNYA DIPERSILA EN SAIEE BISUNI,KETUA BIDANG BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SAIEE BISUNI ATAS NYAYIAN SEBENTAR TADI.

·          SETERUSNYA PULA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI  EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SATU LAGU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN










11.CABUTAN BERTUAH ( 1)

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN MISIA  HJ ZAIN KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIHORMATI PN MISIA HJ ZAIN  KERANA SUDI MENYAMPAIAN  HADIAH CABUTAN  KEPADA PEMENANG.. 


12.PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PELAJAR YANG AKTIF KOKURIKULUM , ANUGERAH OLAHRAWAN DAN OLAHRAWATI PPKI DAN ANUGERAH KHAS

DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN    YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARUMENGIRINGI YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.


PENERIMA SIJIL BAGI PENGLIBATAN PERINGKAT ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN

1.DIPERSILAKAN  ADIK MUHD.ARIF BIN AZMI  TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA PINGGAT PERAT BAGI ACARA  LARIAN 200 METER DAN PINGAT GANGSA BAGI ACARA LOMPAT JAUH.

2.DIPERSILAKAN  ADIK HAMDAM  BIN YUSUF  TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA PINGGAT PERAT BAGI ACARA MELONTAR PELURU  DAN PINGAT GANGSA   LARIAN 200
BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN BARAT DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.

3. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK MUHD ZUL ADLY MAJENI
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.

JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

4.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK NAJMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKA MASYARAKAT DI KUALA TERENGGANU

MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 4X 400 METER,PERAK BAGI ACARA LARIAN 200 METER DAN GANGSA DALAM ACARA LONTAR PELURU.

5.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK NADZZALRUDDIN BI MOHD SYAWAL TELAH MEGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS DALAM ACARA MELEMPAR CAKERA,MELONTAR PELURU DAN MEREJAM LEMBING.

6. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK AZMAN SABRI TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PENANG.

7. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK MUHD.FADHILAH YAKUB BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MENGUKIR BUAH  DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.

8.DIPERSILAKAN JUGA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK .MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN  4X 400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI ACARA 4 X 100M DAN LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

9.DIPERSILAKAN JUGA ADIK FARAH DAMIA BINTI SAMSUDDIN . MEMPEROLEHI EMAS   4X 100 METER DAN PERAK BAGI ACARA 200 METER  DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.

10. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK SAPARINA DAUD BELIAU  TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN TRADISIONAL DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA

11. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK ROSMAWATI SIMO @ ABD RAHMAN TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA INDIVIDU DAN NAIB JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.

DAN AKHIR SEKALI

12.DIPERSILAKAN ADIK NUR NADHIRAH SYAMSOL .TELAH BERJAYA LAYAK KE SUKU AKHIR PETANQUE  BEREGU PEREMPUAN DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.

13.NURUL FAKIRA

14.ADLY ZUL HUSNI


ANUGERAH OLAHRAGAWAN PPKI 2014

BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH
DILAHIRKAN PADA 29.09.1995 DIKUCHING.TINGGAL DI KG TELAGA AIR.BERMULA ALAM PERSEKOLAHAN DI SK TELAGA AIR .SEBELUM KE PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU BERSEKOLAH DI SMK SANTUBONG .SEPANJANG BELIAU DI PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU BEGITU AKTIF DIBIDANG SUKAN TARIAN DAN NASYID.PADA TAHUN INI PELBAGAI KEJOHANAN TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH BELIAU.ANTARANYA.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.

JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.
TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT EGERI SARAWAK DI SAREKEI,JUGA PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 1500METER,DAN 800METER ,PERAK  ACARA 4X 100 METER DAN 4 X 400METER ,DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU

NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID NEGERI SARAWAK .

TEMPAT KETIGA TARIAN KESELURUHAN DAN TEMPAT KETIGA TARIAN RAMPAIAN  DI KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI IPG KAMPUS BATU LINTANG


ANUGERAH OLAHRAWAN PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK MUHD ZUL ADLY BIN MAJENI

ANUGERAH OLAHRAGAWATI PPKI 2014
BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG
DILAHIRKAN PADA 30.12.1995 DIKUCHING.BERMULA ALAM PERSEKOLAHAN DI SK RAMPAGI DAN MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN KE PPKI SMK DEMAK BARU .SEPANJANG BELIAU DI PPKI SMK DEMAK BARU PELBAGAI KEJOHANAN TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH BELIAU.ANTARANYA.

MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI SAREKEI.
JOHAN KATEGORI DOUBLE PEREMPUAN DI PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI PERAK BAGI ACARA LOMPAT JAUH, ACARA 4 X 400METER ,4 X 400METER ,GANGSA BAGI ACARA 100METER DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU.

MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN  4X 400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.

MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI ACARA 4 X 100M DAN LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

ANUGERAH OLAHRAWATI PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK.





ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN

ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN.TAHUN INI ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN DIBERIKAN KEPADA EN RAHMAT BIN MAN ,BAPA KEPADA HAMZAH BIN MAN.
DIPERSILAKAN KE PENTAS EN RAHMAT BIN MAN UNTUK MENERIMA ANUGERAH.

ANUGERAH JASAMU DIKENANG
SETERUSNYA BERALIH KE ANUGERAH JASAMU DIKENANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG BEGITU KOMITED DALAM MEMBANTU GURU DAN RAKAN DI SEKOLAH.
PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG INI MERUPAKAN SEORANG YANG RAJIN. SERING MEMBERIKA BANTUAN KEPADA GURU WALAUPUN TANPA DIMINTA.SEORANG YANG PANDAI MEMASAK DAN BELIAU JUARA BERKUMPULAN  PETANQUE KATEGORI PEREMPUAN DAN SEORANG PENARI YANG BERBAKAT.
AHLI JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH ADIK SAPARINA DAUD BAGI MENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG.

DIPERSILAKAN KE PENTAS BAGI MENERIMA ANUGERAH INI.

ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS PADA MALAM INI TURUT MENYEDIAKAN SATU  KATEGORI KHAS IAITU ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN. PEMILIHA PEMENANG UNTUK AUGERAH INI ADALAH BERDASARKAN BEBERAPA CIRI YANG TELAH DITETAPKAN.
SEBELUM ITU DIBACAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH INI.DILAHIRKAN PADA 3 OKTOBER 1995 DI KUCHING.MULA BERSEKOLAH DI SK ASTANA DAN MEYAMBUNG PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU.DI SEKOLAH BELIAU DIAMANAHKAN MENJADI PENGAWAS DAN SENTIASA MEMBANTU GURU-GURU .

BELAJAR DIKELAS INKLUSIF DAN PADA TAHUN INI MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM.SELAIN TERLIBAT DI DALAM KURIKULUM,JUGA BERGIAT AKTIF DIDALAM KOKURIKULUM.PERNAH MEWAKILI MALAYSIA DI KEJOHANAN FLOOR HOKEY DI PHEONG CHANG,DAN MEMBAWA PULANG PINGAT GANGSA PADA TAHUN LEPAS.

PADA TAHUN INI BELIAU  MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI SAREKEI.
TURUT TERLIBAT DALAM FUTSAL DI PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI PERAK BAGI ACARA  4 X 100 METER ,4 X 400METER ,GANGSA BAGI ACARA 200METER DA MELAYAKKAN DIRI DI FINAL DALAM ACARA 400 METER DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU.

MEMPEROLEHI EMAS BAGI ACARA 4X 100 METER, PERAK  BAGI ACARA 200 METER  DAN GANGSA BAGI ACARA LOTAR PELURU  DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.

NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID  PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK .


JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH  NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM BAGI MENERIMA ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN.
 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH .

13.PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA  CIKGU PN VENDERY MILAH NATA.KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI  SARAWAK

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID DAN CIKGU VENDERY MILLAH NATA .





14.PERSEMBAHAN PELAJAR (NYAYIAN ADIK ERY AFIZI)

HADIRIN SEKALIAN ,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH JUARA NYAYIAN KARAOKE DI PERTANDINGAN KARIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK 2014.

DIPERSILAKAN KE PENTAS ADIK ERY AFIZI BI MOHD ZIN DENGAN TAJUK LAGUNYA KEHILANGAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK ERY AFIZI YANG MENYANYIKAN LAGU DENGAN PEUH PERASAAN.

15.PERSEMBAHAN ALL ABOUT THE BEST.

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN GELAGAT-GELAGAT PELAJAR PPKI MELALUI SATU PERSEMBAHAN DENGAN TAJUK ALL ABOUT THE BEST.


DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN PENGARAH BERBAKAT CIKGU SITI HAIDA BINTI MOHD NANEK.MAJLIS BERHARAP AGAR PARA HADIRIN TERHIBUR












16.CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KEDUA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BI RAMLI KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BI RAMLI  KERANA SUDI MENYAMPAIAN  HADIAH CABUTAN  BERTUAH  KEPADA PEMENANG.. 

17.NYAYIAN BERAMAI-RAMAI

HADIRIN SEKALIAN
TERIMALAH PERSEMBAHAN TERAKHIR DARIPADA SEMUA PELAJAR-    PELAJAR PPKI .SEMUA PELAJAR DIMINTA NAIK KE PENTAS UNTUK MENYANYIKAN  DUA BUAH LAGU  YANG BERTAJUK “KENANGAN TERINDAH” DAN “DOA PERPISAHAN” .DENGAN KAN LONTARAN SUARA TERAKHIR   PARA PELAJAR YANG MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN DI MAJLIS MOTIVASI PADA TAHUN INI.

DIPERSILAKAN
DIMINTA SEMUA PELAJAR MENUNGGU DI ATAS PENTAS UNTUK SESI BERGAMBAR.

18.SESI BERGAMBAR

SEBAGAI TANDA KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY DAN TETAMU KEHORMAT YANG LAIN KE PENTAS UTUK SESI BERGAMBAR.





19. PENUTUP

HADIRI DAN HADIRAT SEKALIAN

Pantai damai indah berseri
Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Terima kasih daun keladi.

Dari mana hendak ke mana
Panjang rumput darilah padi
Tempat sama bulan yang sama
Tahun depan berjumpa lagi


SEBELUM KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF .

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA MALAM INI.
TERIMA KASIH,SELAMAT MALAM DA JUMPA LAGI

DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA SERTA TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN UNTUK MEINGGALKAN MAJLIS.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Bekas Anak murid SIF

Bekas Anak murid SIF

Bersama saudara mara

Bersama saudara mara

11 Sept 1998

11 Sept 1998