Aktiviti cetakan menggunakan bawang..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 7 Julai 2015
Panadol teman setia
Dua biji panadol setiap hari bisa melegakan kaki yang sakit ini..semakin hari semakin bisa yang dirasakan...menganggu segala rutin harian dan juga menganggu emosi...berminggu sakit ini aku hadapu tidak berkurang malah sakit ini semakin bertambah...
Nasib baik panadol...kini menjadi peneman setia...
Ketentuan
Detik waktu terus berputar
Degup jantung terus berdenyut
Namun kenapa fikiran ini kosong
Tiada apa yang bermain dalam minda
Rasa hati yang tawar
Kemanisan kian berlalu
Kemesraan menjadi kaku
Kepercayaan hilang dibawa angin dan jauh pergi entah kemana
Langkah kaki haruskah diayun tinggalkan segala nya.
Persoalan demi persoalan kian menghimpit minda
Jawapan pasti masih belum kutemui..
Yang kabur dan samar itu sudah pasti
Hati menyimpul rasa
Tinggalkan segalanya...
Lupakan masa silam..pandang ke depan fikirkan perasaan sendiri
-Anak Pantai-
Bila Hati Mula Berbicara
Bila hati mula berbicara
Timbul pelbagai rasa
Pahit manis semua ada
Memori suka duka datang silih berganti
Hati berbisik
Betullah cerita hidup kita tak semua indah dan tersusun seperti pelangi
Ada kala datang pula ribut dan kilat yang sekejao sahaja mengubah suasana..kecelaruan .kekusutan semua ada
Cuma harus yakin pada diri..tetapkan hati sabarkan diri...itulah dugaan dan asam garam dalam hidup..ujian suka mahupun duka akan silih berganti.
Menulis untuk sekian kali
Pagi yang hening ...terjaga dari mimpi ...malam ini seolah Allah menunjukkan satu rahsianya padaku insan yang cuba menganiya diri ini...mimpi susukan seorang bayi dan bayi itu diberikan olehnya...
Baik di luar jahat di dalam rupanya...
Stress kembali melanda selepas New Deal..sehari dua je dapat tenangkan fikiran.otak kembali berfikir ligat merancang dua program untuk persaraan pengetua.ikutkan hati banyak benda nak dilakukan demi mengembirakan hati ketua..yelah mengenangkan seorang majikan yang begitu baik seharusnya aku salah seorang pekerja dapat membalasnya balik....hati bercelaru bagaimana nak buat kertas kerja.perlaksanaannya..masalah kewangan untuk adakan program ini.minta PIBG banyak manalah dapat bantu.duit Kelab bukan semua guru yang membayarnya.Belum lagi nak minta kerjasàma ....pengalaman sebelum ini bukan hanya rekaan.apa yang aku bingung nak guna duit sendiripun rasanya waktu tu mungkin masàlah kewangan melanda maklum gaji dapat awal..baru pula lepas perayaan dan balik kg halaman.kalau tak seperti biasalah..tak perlu nak tulis kat sini nanti jadi tak ikhlas.
Melihat orang lain dapat tukar...teringin juga untuk bertukar...menunggu saat itu...satu posisi tak sabar rasanya nak bwrpindah .bila mana ditambah dengan mimpi pula malam ini membuktikan ada insan yg tidak suka aku tinggal lama di sini..tapi bila mengenangkan disinilah paling lama aku berkhidmat.banyak bakat terpendam tercungkil di sini dan juga mengajar ku nilai kasih sayang....sungguh berat untuk ku terima satu hari aku akan pwrgi..dan pergi meninggalkan mereka yang aku sayangi di Bumi Kenyalang ini..biarpun perit tapi realiti itu pasti akan berlaku.