Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 1 Jun 2011

Jun-bulan untuk insan yang dipanggil Ayah

Hari ini  permulaan Jun 2011.Ini bermakna bulan untuk memperingati antara insan yang paling istimewa iaitu insan yang kita panggil  ayah atau bapa dan sebagainya.Alhamdulillah ,saya masih lagi mempunyai ayah di dunia ini jika dibandingkan dengan kawan yang telah kehilangan ayah yang pergi buat selamanya,saya masih beruntung dan seharusnya saya bersyukur pada Dia Yang Maha Esa.
Sepatutnya saya tidak mempersiakan masa berlalu begitu saja tanpa mengisi dengan kenangan-kenangan indah dengan ayah.Saya ingin lakukan itu..Jauh disudut hati ,saya nak menjadi anak yang paling baik pada pandangan mata ayah saya.Tapi saya tiada kekuatan .Terkadang jiwa saya saling tak menentu..Mungkin perasaan kecewa saya pada ayah belum dapat saya buang sepenuhnya..Inilah ujian Allah pada saya.Tapi saya taknak rasa terkilan apabila ayah saya tiada.Biarlah masa lalu yang penuh suram itu berlalu seiring dengan putaran masa..Tapi itulah sesekali saya berjaya membuang perasaan kecewa tetapi sesekali jua saya tewas dan tika itu perasaan marah saya membuak-buak. Ya..Allah lembutkanlah hati aku ni..Hilangkan semua rasa kecewa dan gelisahku ketika bersama dia yang kupanggil ayah.