DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI ,PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU KE DEWAN.
MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.
ALU-ALUAN
Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Yang Berusaha Encik Rambli bin Hj Hasbi
Pengetua SMK Demak Baru ,Kuching
Yang Dihormati Pn Misia Hj Zain
Penolong Kanan Pentadbiran
En Razalie Badar
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
En Selamat Masuni
Penolong Kanan Kokurikulum
En Jamal shukuri Bolhassan
Penolong Kanan PPKI
En Bolhari Bojeng
Wakil PIBGj
Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bertemakan I Malaysia 1 Ummah, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam SMK Demak Baru.
BACAAN DOA
MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.
Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.
Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.
UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG
Hadirin sekalian,majlis menjemput ustazah Raesah binti Akeng, Ketua Bidang Kemanusiaan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Raesah binti Akeng di atas ucapan yang telah disampaikan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Bolhari bin Bojeng,selaku wakil PIBG SMK Demak Baru.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Bolhari Bojeng atas ucapan itu tadi.
UCAPAN PERASMIAN
BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT
MARI DIMUAT DI ATAS PETI
BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT
BESAR NIAT DI DALAM HATI
Tibalah masa yang dinantikan.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En Rambli bin Hj Hasbi,untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh hormat dan takzim,majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan .sebagai simbolik majlis maulidur rasul pada pagi ini dipersilakan Tn pengetua diiringi oleh penolong-penolong kanan,wakil PIBG bagi acara memotong pulut kuning(gimik di atas pentas/tayangan audio visual)....satu tepukan untuk kita semua.
Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Pengetua atas perasmian itu tadi.
BACAAN AI -QURAN
Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izzat dan ditafsirkan oleh adik Zulhelmi Majeni. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.
BACAAN BERZANJI/MARHABAN
Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi.
PERSEMBAHAN NASYID
Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar Pendidikan Khas dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar Pendidikan Khas atas persembahan itu tadi.
Para guru dan pelajar sekalian.
Seterusnya tibalah masa ke acara penyampaian hadiah dan Anugerah Maulidur Rasul.Pihak majlis mempersilakan En Rambli Hj Hasbi diiringi oleh penolong-penolong kanan ke pentas bagi menyempurnakan upacara.Dipersilakan..
HADIAH PERTANDINGAN BANNER
Tempat ketiga...................................................
Tempat kedua...................................................
Johan.................................................................
Untuk pengetahuan markah diberikan berdasarkan kreativiti dan kekemasan.Tahniah diucapkan kepada persatuan/kelab.............................................
HADIAH BERCERITA KISAH NABI
Dipersilakan tempat ketiga di menangi oleh adik...............................................dari tingkatan....................
Seterusnya tempat kedua dimenangi oleh...........................................dari tingkatan...................................
dan Johan pertandingan bercerita kisah nabi diberikan kepada adik....................................dari tingkatan.........................
Tahniah diucapkan.
HADIAH BACAAN SAJAK/PUISI
Dipersilakan tempat ketiga bagi pertandingan bacaan sajak/puisi dimenangi oleh..........................................dari tingkatan.....................................
Naib Johan........................................................dari tingkatan........................................................
dan Johan........................................................................dari tingkatan............................................
Seterusnya kita beralih ke Anugerah yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah maulidur Rasul 2001.Penerima akan menerima sijil,piala dan wang tunai sebanyak RM150 sumbangan PIBG.Anugerah pada tahun ini diberikan kepada Adik...............................................................atas sumbangan dan khidmat bakti beliau yang tidak berbelah bagi terhadap sekolah.
Dipersilakan Adik.............................................untuk menerima anugerah..
Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah dan anugerah pada pagi ini.Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penerima hadiah dan anugerah.Semoga ianya menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar yang lain.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,maka berakhir maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAH
MENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBAT
SEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAH
SEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.
INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.
sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku.
SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.