Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 9 Mac 2010
Papan Kenyataan Lembaga Disiplin
Kesibukan di sekolah memang tak dapat diciter...Nasib baik ada bloq nie..dapat jugak luah perasaan..Gambar diatas adalah papan kenyataan yang aku buat untuk lembaga disiplin sekolah..Maklum tugas setiausaha disiplin lah katakan terpaksalah buat kerja nie...Lepas nie pulak terpaksa fikir papan kenyataan PKBP dan Lembaga Pengawas lak..(ada sesapa nak komen...hehe)
Mural Kelas PKBP 2
Mural di atas adalah di dalam kelas PKBP 2 .Guru kelas dia Cikgu Khatijah.Puas rasa hati tengok mural nie walau tak cantik tapi inilah satu-satunya mural yang aku lukiskan dan warnakan bersama rakan-rakan dan anak murid yang lain selama perkhidmatan 13 tahun di bidang perguruan.Jika di imbas masa sekolah dulu ...aku hanya pandai lukis rumah yang buruk je...Betul lah kata orang bila dah terjun ke bidang pendidikan nie terutamanya Pendidikan Khas secara tak langsung kekreatifan tu terus datang...Berbakat ke aku nie...Hehe..
Bilik Mesyuarat PKBP SMK Demak Baru
Buat Cikgu Diana di SMK Sri Nering ,Terengganu...inilah bilik mesyuarat Pendidikan Khas yang kak ita buat...Ada idea tak nak tolong cantikkan mana yang patut..(rindu sangat masa kita sama-sama kat Demak dulu...penuh giler-2.Paling tak lupa masa kita pergi beraya sama2 ketika suami kita jauh kan..)
Gambar Terbaru Aimy buat Nenek.
Buat nenek...cheksu..acik...Pok jo ,Tokki ..Aimy rindu kat kalian semua...Semoga kita dipertemukan di bulan Jun nanti....
Langgan:
Catatan (Atom)