Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 13 Julai 2016

KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN PEMBELIAN PERALATAN UNTUK MENYERTAI KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MURID BERKEPERLUAN KHAS PERINGKAT DAERAH KLANG

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEicdDv_u5oPwSlCdZDu2fa_p6W_EJyPqHUzzN4qRvqTt0iu8_3-ATLUBJ3y1MrlUPelCNk6GugyxJCmFEhFtesP040vhJj8E2tOQmyJZrT93Ex6T3RxQF4gi0xTZP4jvxpPcsWE5Cg8FjiF/s1600/SMK+KAMPUNG+JAWA.jpg
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI 
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
JALAN RAJA NONG
KLANG





KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN  PEMBELIAN PERALATAN  UNTUK MENYERTAI  KARNIVAL KESENIAN  DAN KEBUDAYAAN
MURID BERKEPERLUAN KHAS
PERINGKAT DAERAH KLANG




SENI ITU INDAH



DISEDIAKAN OLEH
PN NORZITA MOHAMED



1.0  PENGENALAN

 Pejabat Pendidikan Daerah Klang akan menganjurkan Karnival Kesenian dan Kebudayaan. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 11 Ogos 2016 (Selasa) di Kompleks Rakan Muda ,Klang.Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya ialah tarian tradisional kreatif, mencanting batik,melukis,nyanyian solo dan batu seremban. PPKI SMK Kampong Jawa telah bersetuju untuk menyertai semua acara  yang dipertandingkan.Para peserta adalah terdiri daripada pelajar berkeperluan khas yang telah dikenal pasti bakat mereka oleh guru-guru .
           
2.0       RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan   daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa untuk membeli peralatan kesenian   murid-murid berkeperluan khas   menjalankan aktiviti kesenian dan kebudayaan dengan lancar. Dengan sumber peralatan yang lengkap akan membolehkan murid-murid berkeperluan khas ini melengkapkan diri mereka untuk menghadapi pertandingan dengan lebih mantap dan seterusnya menaikkan imej PPKI SMK Kampong Jawa .




3.0 SASARAN
Bilangan guru dan murid PPKI PPKI SMK Kampong Jawa yang terlibat dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan adalah:
            3.1- 6 orang guru PPKI
            3.2- 16 orang murid PPKI yang telah dikenalpasti  
           (Rujuk Lampiran)
           

4.0 OBJEKTIF
Penyertaan pasukan PPKI SMK Kampong Jawa bertujuan mencapai objektik-objektif berikut :

4.1  Mencungkil bakat-bakat  pelajar berkeperluan khas dalam  bidang seni tarian dan kebudayaan sekaligus mengetengahkan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. 

4.2  Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan memperlajari asas seni tari,nyayian, serta kebudayaan yang lain.

4.3 Memperkembangkan minat dan bakat dalam bidang muzik,mencanting batik,permainan tradisional ,melukis dan menari  dalam kalangan murid berkeperluan khas.

4.4 Menonjolkan bakat pelajar berkeperluan khas kepada ibu bapa dan sekolah lain sebagai kumpulan pelajar yang mampu untuk bersaing dan aktif dalam seni kebudayaan.

4.5 Mewujudkan semangat kesenian budaya,setiakawan dan persaingan secara sihat antara pelajar berkeperluan khas SMK Kampong Jawa dengan pelajar berkeperluan khas dari sekolah yang lain.



5.0       TARIKH/MASA 
Tarikh                    : 11 Ogos 2016
Hari                       :  Selasa
Tempat                  :  Kompleks Rakan Muda Klang



 6.0 JAWATANKUASA INDUK
           Pengerusi                 : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
             (Pengetua SMK Kampong Jawa)

Timbalan Pengerusi  : Puan Normala binti Misman
              ( Penolong Kanan Pendidikan  Khas)

            Naib Pengerusi 1     : Pn Latifah  bt Ahmad
                                               ( Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kg Jawa)

            Naib Pengerusi 2     : Pn Puziah  bt Tuban
                                            ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kg Jawa)

            Naib Pengerusi 3     : Tn Hj Muzikir bin Mohamad
                                               ( Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kg Jawa)
            Naib Pengerusi 4     : En Amir Saifuddin bin Abdul Majid
                                               ( Penolong Kanan Petang SMK Kg Jawa)

            Penyelaras Program : En Hairudin Md Zain
            Setiusaha                  : Pn Suhana Hussin

6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi                             : Tuan Haji Mohammed Nashan B Singgan
                         (Pengetua SMK Kampong Jawa)

Timbalan Pengerusi             : Puan Normala binti Misman
                          ( Penolong Kanan Pendidikan  Khas)

Setiausaha                           : Pn Norzita Bt Mohamed

Bendahari                             : Pn Haniezana Bt Wahid

JK Tarian                               : 1.Pn Faridah binti Abd.Rahman
                                                2. Pn Norzita Mohamed

JK Nyanyian Solo                   : Pn Pn Miti Fateema Yusliza Bt Mohd Yusof

JK Batu Seremban             : Pn Auni Bt Amin

JK Mencanting Batik               : En Zawawi Bin Abdullah

JK Melukis                            : Pn Nor Afifah Bt Yaakob

           JK Dokumentasi                   : En Muhd  Faried Shah Md Nor

                                                 
                                                 
7.0       SKOP DAN KOMPONEN PERALATAN DAN KEPERLUAN SERTA ANGGARAN KOS
Anggaran perbelanjaan bagi pembelian peralatan  adalah seperti butiran berikut :

BIL
BUTIRAN
KUANTITI
JUMLAH(RM)
1.
Pakaian Tarian/Aksesori
Pakaian 8 orang Penari
Kelengkapan tarian

8 x RM 100.00

RM 800.00
RM 150.00
RM 950.00
2.
Mencating Batik
 1 set
RM 240.00
3.
Batu Serembang
10 x RM 5.00
Rm   50.00
4.
CD Lagu
2 x RM 30.00
RM   60.00
5.
Peralatan Melukis

RM  100.00
          JUMLAH KESELURUHAN

RM1450.00
           

8.0  SUMBER KEWANGAN
Semua perbelanjaan untuk membiayai bagi pembelian di atas adalah daripada peruntukan PCG Elektif (Muzik) PPKI  SMK Kampong Jawa sebanyak RM 1450.00.

9.0       PENUTUP

Kami berharap pihak sekolah dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesunguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu PPKI sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi murid bertepatan dengan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan . Harapan kami juga,dengan adanya peruntukan ini,pasukan  kesenian PPKI SMK Kampong Jawa akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat yang lebih tinggi.


Disediakan oleh,                                                     


.........................................                     

(PN NORZITA MOHAMED)                                               
Setiausaha
Karnival Kesenian Dan Kebudayaan
SMK Kampung Jawa





Disokong / Tidak Disokong oleh,



.............................................
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK  Kampung Jawa




Dilulus / Tidak Lulus oleh,



`````````````````````````````````````````````````````````````````
(TUAN HAJI MOHAMMED NASHAN B.SINGGAN)
Pengetua
SMK Kampong Jawa