Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 11 Januari 2012

Sambal Mangga buat emak

Mak..tertiba ingatan ini pada mak ..Terimbas kembali ketika balik cuti hari tu..Seronok saya lihat mak makan sambal mangga yang saya buatkan untuk mak.Sememangnya mak suka segala bentuk masakan kerabu.Hari itu mak makan dengan berselera sekali.Hati saya berbunga riang sebab dapat membangkitkan selera makan mak...Sejak itu hari-hari mak suka kalau sambal mangga ini saya buat untuk mak.Masih saya ingat hari yang berikutnya mak cuba membuatnya sendiri dan saya pula yang merasanya..Sememangnya sambal mangga ini berlainan sedikit dengan yang di semenanjung.Sebab hanya menggunakan belacan,cili ,ikan bilis dan sedikit gula bisa membangkitkan selera yang teramat.
Mak ,tika dan saat ini saya rindukan masakan mak..rindu sangat-sangat.Apakan daya mak jauh di sana.Semoga mak sihat -sihat selalu.Salam rindu di angin lalu.

Di pantai ini..

Di pantai ini
Pernah suatu ketika kususuri...
Menikmati sejuk air ombak..
yang datang dan pergi
Menyentuh kaki..
Di pantai ini
Pernah aku mencari
diri sendiri 
yang hilang tanpa arah kemudi
kerana rendah diri terlalu banyak menguasai..
Di pantai ini
Sentiasa jemari menitip bicara
pada pepasir putih yang sentiasa bersedia
pada luahan hati yang sentiasa kecewa
kerana perjalanan remaja sentiasa berduka..
Di pantai ini..
Semangat dan azam tinggi membara
Pengorbanan harus bermula
demi sebuah kebahagiaan yang bakal tercipta..
Dan..
Di pantai ini
Hari ini aku berdiri
Melepaskan lelah 
Melepaskan kepuasan di dada
Kerana
Semalam ..dan hari ini 
cukup berbeza
Airmata duka kini senyuman bahagia
Semoga itu penamat segala..
Tapi harus sentiasa bersedia
Dugaan dan cabaran
akan sentiasa melanda.
Terima kasih Pantaiku
Kerana menjadi teman dulu,kini dan selamanya..
-Anak Pantai-



Selamat Panjang Umur...Teman

Happy Birthday  
Teman..
Dikesempatan ini..pastinya tak lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir buatmu..Doa dan harapan semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki..berjaya dalam kerjaya..
Terima kasih teman kerana menjadi sahabat dan teman saya.Sesungguhnya cerita hidup kita sama .Walaupun berlainan rasa.
Semoga gembira di hari bahagiamu teman.
Sekali lagi Selamat Hari Lahir buat mu.

Selamat Hari Lahir Acik

Hari ini ulang tahun kelahiran..Acik..Doa dan harapan agar Acik dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki dan cepat mendirikan rumahtangga...Alya,Alif, Adam ,Aimy dan Azib mendoakan yang terbaik dalam hidup Acik..
16.gif