Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 11 Januari 2012

Di pantai ini..

Di pantai ini
Pernah suatu ketika kususuri...
Menikmati sejuk air ombak..
yang datang dan pergi
Menyentuh kaki..
Di pantai ini
Pernah aku mencari
diri sendiri 
yang hilang tanpa arah kemudi
kerana rendah diri terlalu banyak menguasai..
Di pantai ini
Sentiasa jemari menitip bicara
pada pepasir putih yang sentiasa bersedia
pada luahan hati yang sentiasa kecewa
kerana perjalanan remaja sentiasa berduka..
Di pantai ini..
Semangat dan azam tinggi membara
Pengorbanan harus bermula
demi sebuah kebahagiaan yang bakal tercipta..
Dan..
Di pantai ini
Hari ini aku berdiri
Melepaskan lelah 
Melepaskan kepuasan di dada
Kerana
Semalam ..dan hari ini 
cukup berbeza
Airmata duka kini senyuman bahagia
Semoga itu penamat segala..
Tapi harus sentiasa bersedia
Dugaan dan cabaran
akan sentiasa melanda.
Terima kasih Pantaiku
Kerana menjadi teman dulu,kini dan selamanya..
-Anak Pantai-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!