Buat Azib..akan sentiasa mak abadikan gambar Azib selagi diberi peluang.Semoga suatu hari nanti menjadi tatapanmu hasil daripada garapan mak buat azib..ketika ini dirimu berusia 44 hari..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 28 April 2011
Aimy dan Vakum
Aimy anak aku yang no 4 nie memang lain sedikit jika dibandingkan dengan kakak dan abang-abangnya.Dari umur seawal sehari keaktifannya telah terlihat.dalam masa 40 hari memang payah nak pakai kan pampers kalau tiada yang membantu.Biasanya adik ipar akulah(ceknor) yang akan membantu..Perkembangannya pulak memang cepat ,umur 7 bulan dah boleh berjalan.Kini umur Aimy dah 2 tahun.mulut bagai bertih jagung.Ayat-ayat yang digunakan macam orang dah besar panjang.Sesekali buat aku tergelakpun ada.terkadang menguji tahap kesabaran dengan sikapnya..Aimy ni kalau tengok abang dan kakak nak vakum rumah pastilah dia yang dulu nak buat.Kalau tak bagi siaplah mengamuk.Tapi Aimy kalau buat kerja tak payah suruh..tau je kat mana nak di vakumkan..buktinya nilah gambar yang terakam.Dia tahu tempat-tempat yang perlu di bersihkan
Kenangan Sa Bersama Azib
Sedar tak sedar dah hampir 3 bulan anaksedara tinggal bersama kat Kuching nie..Sejak belum melahirkan Azib hinggalah Azib kini dah berusia 45 hari.tapi tanggal 4Mei nanti akan terasa kesunyian bila mak dan sa kembali semula ke kg. Terasa begitu pantas masa beredar,kalau boleh jauh di sudut hati biarlah mak duduk kat Kuching ni lama-lama.
Sa bersama baby Azib
Langgan:
Catatan (Atom)