Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 12 April 2010

Aktiviti Hari Ini

6monday32.gif
Ada beberapa perkara yang berlaku hari ini....
  •  Lewat bangun pagi tadi..Akhirnya aku sampai kat sekolah lewat 15 minit.Sib baik pengetua belum sampai..
  • Pagi- pagi lagi  Jemaah Nazir dah datang jumpa aku bincang pasal pengurusan disiplin.Alhamdulillah berjalan lancar.Cuma dia minta aku sediakan buku loq untuk disiplin bagi memudahkan aku membuat data kes salah laku..Fuh lega...
  • Hari ini ada persediaan untuk pertandingan nasyid untuk esok hari...Aku kena praktiks baca teks bersama dengan Cgu Saei,Bandah dan Cgu Mariana...Harap semuanya ok esok.
  • Petang ada pulak perjumpaan terakhir dengan jemaah nazir..Tahan jelah telinga dengar teguran kalu ada.
Semoga hari-ini segalanya berjalan seperti apa yang di rancang.

Bingkisan Hati Buat Yang Kusayangi

4.gif 
 Sepi malam ini...hati sedikit tersentuh...ingin kulakarkan beberapa rasa yang bermain di minda.......

Terasa ingin kucoretkan beberapa ayat buat insan yang kusayangi di sana.......
Buat mak.....terkadang hati ini sentiasa pilu memikirkan dirimu..moga sihat sentiasa dan ceria hendaknya...
Rindu padamu tak pernah berakhir,biarpun jauh mak sentiasa dekat di hati...
Buat ayah..aku mula merasa rindu padamu...tiada lagi dendamku pada mu ayah...Hati ini mula dapat menerimamu dan kau jua tetap ku rindu sama dengan mak walau mungkin kau tak akan tahu isi hatiku....Moga aku dapat menebus segala kesilapanku padamu Ayah...Terima kasih kerana mu ayah... aku ada di dunia ini..
Buat darah sedagingku...hilai tawa ,gurau senda antara kita selalu terbayang di mata...terkadang antara kita seperti kawan yang sentiasa ada cerita suka dan duka untuk kita kongsikan...Apa yang kubimbangkan janganlah diantara kita ada yang bermasam muka ,jangan renggangkan hubungan erat kita walau apapun kedudukan kita suatu hari nanti...Aku sayang semuanya...
Buat suamiku...terima kasih kerana ada aku dihatimu..terima kasih kerana menerimaku dalam apa jua keadaan..Sesungguhnya hanya kamu yang sentiasa mengerti perasaanku...sentiasa melayan karenah keanakkanku biarpun terkadang hatimu tercalar dengan sikapku..Pengorbananmu selama ini teramat kuhargai..kusanjung tinggi..terima kasih kerana sentiasa menerima keluargaku seadanya...
Buat anak-anakku...kasih ,sayang ini tak pernah habis buat kalian...Cuma maafkan mak kerana mungkin diri ini masih gagal mendidikmu sebaik ibu mithali..Jadilah anak yang solehah yang sentiasa tempatkan ayah dan mak di hati kalian...walaupun suatu hari nanti ada insan yang kalian sayangi...Doa mak sentiasa mengharap kalian menjadi anak yang solehah,berjaya di dunia dan di akhirat...
Buat temanku.....Aku bangga menjadi temanmu..kerana kau sahabat sejati yang sentiasa ada dalam hati ini...

Contoh-Contoh Pantun Untuk Majlis Perasmian


Burung tempua hinggap merata
Sayang Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Awal BismilLah pembuka bicara.


Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,

Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepian gelanggang

Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.


Kalau pergi ke Kg  Keramat
Janganlah lupa membeli tongkat
Bersama Kita memohob rahmat
Moga majlis mendapat berkat.


Pergi ke laut menangkap ikan
Membawa pulang si ikan tenggirii
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.


Tenung benang menjadi sari
Di atas papan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami


Wahai pelajar jauhilah dadah
Janganlah cuba walau sekali
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali.

(Ini beberapa contoh pantun yang aku reka....untuk sesapa yang selalu jadi emcee macam ni ...)