Burung tempua hinggap merata
Sayang Merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Awal BismilLah pembuka bicara.
Negeri Sarawak aman sentosa,
Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa
Kita mulakan atucara pertama,
Bermain galah di tepian gelanggang
Ada yang menang ada yang kalah
Itulah dia adat pertandingan.
Kalau pergi ke Kg Keramat
Janganlah lupa membeli tongkat
Bersama Kita memohob rahmat
Moga majlis mendapat berkat.
Pergi ke laut menangkap ikan
Membawa pulang si ikan tenggirii
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.Tenung benang menjadi sari
Di atas papan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami
Wahai pelajar jauhilah dadah
Janganlah cuba walau sekali
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali.
(Ini beberapa contoh pantun yang aku reka....untuk sesapa yang selalu jadi emcee macam ni ...)
Assalamualaikum. saya juga seorang guru, saya sangat kagum dengan usaha cikgu. terima kasih cikgu. Teluk Intan, Perak.
BalasPadamterima kasih ya...semoga kita sama2 jadi guru yang disayangi kerana jasa kita..
Padamterima kasih atas perkongsian yang sangat2 membantu (^__^)
BalasPadamsama2..:0
Padamtq, banyak membantu dlm skrip ucapan
BalasPadamSalam.
BalasPadamSaya berminat dan tertarik dengan ayat-ayat cikgu.
Saya diberi tugasan untuk membuat teks ucapan awam.
Oleh itu, saya ingin meminta jasa baik cikgu untuk menyemak teks ucapan yang telah dibuat. Boleh ke cikgu bantu saya?
ya blh...add fb saya Cikgu Ita ya
PadamTerima kasih byk2 kerana sudi kongsi bersama.saya biasa jd emcee kat sek.blh lah dirujuk.tq
BalasPadamBolehlah kita kongsi mana yg dapat membantu
PadamRima akhir pantun abab. Rima akhir syair aaaa. Kalau jadi hakim pesta pantun, perlu peka ttg ini...dan jika kita berpantun...
BalasPadamRima akhir pantun abab. Rima akhir syair aaaa. Kalau jadi hakim pesta pantun, perlu peka ttg ini...dan jika kita berpantun...
BalasPadam