Sepi malam ini...hati sedikit tersentuh...ingin kulakarkan beberapa rasa yang bermain di minda.......
Terasa ingin kucoretkan beberapa ayat buat insan yang kusayangi di sana.......
Buat mak.....terkadang hati ini sentiasa pilu memikirkan dirimu..moga sihat sentiasa dan ceria hendaknya...
Rindu padamu tak pernah berakhir,biarpun jauh mak sentiasa dekat di hati...
Buat ayah..aku mula merasa rindu padamu...tiada lagi dendamku pada mu ayah...Hati ini mula dapat menerimamu dan kau jua tetap ku rindu sama dengan mak walau mungkin kau tak akan tahu isi hatiku....Moga aku dapat menebus segala kesilapanku padamu Ayah...Terima kasih kerana mu ayah... aku ada di dunia ini..
Buat darah sedagingku...hilai tawa ,gurau senda antara kita selalu terbayang di mata...terkadang antara kita seperti kawan yang sentiasa ada cerita suka dan duka untuk kita kongsikan...Apa yang kubimbangkan janganlah diantara kita ada yang bermasam muka ,jangan renggangkan hubungan erat kita walau apapun kedudukan kita suatu hari nanti...Aku sayang semuanya...
Buat suamiku...terima kasih kerana ada aku dihatimu..terima kasih kerana menerimaku dalam apa jua keadaan..Sesungguhnya hanya kamu yang sentiasa mengerti perasaanku...sentiasa melayan karenah keanakkanku biarpun terkadang hatimu tercalar dengan sikapku..Pengorbananmu selama ini teramat kuhargai..kusanjung tinggi..terima kasih kerana sentiasa menerima keluargaku seadanya...
Buat anak-anakku...kasih ,sayang ini tak pernah habis buat kalian...Cuma maafkan mak kerana mungkin diri ini masih gagal mendidikmu sebaik ibu mithali..Jadilah anak yang solehah yang sentiasa tempatkan ayah dan mak di hati kalian...walaupun suatu hari nanti ada insan yang kalian sayangi...Doa mak sentiasa mengharap kalian menjadi anak yang solehah,berjaya di dunia dan di akhirat...
Buat temanku.....Aku bangga menjadi temanmu..kerana kau sahabat sejati yang sentiasa ada dalam hati ini...
Sebagai teman...ku tumpang sama berbangga menjadi teman mu.
BalasPadamtima kasih anak laut...
BalasPadam