Pagi Isnin..3.00 pagi rutin harian pasti aku terkejut masa tu..Dah jadi kebiasaan membuat aktiviti surirumah macam orang lain.Seperti biasa tugas pertama aku ambil semua baju dan masukkan dalam mesin basuh.Sementara baju dalam proses pembersihan capai pulak barang-barang dapur yang belum dicuci dan aku cucikan.Bersihkan dapur dan kemundian beralih keruang tamu..Susun bantal sofa yang berselerak,pastu kucapai lidi menyapu debu dan sampah yang ada.Saat berkemas aku terperasan beg laptop terbuka.Isi dalam berselerak..Dalam hati geram nak marah anak-anak .Mungkin angkara dia orang nie..Pastu aku mencari laptop yang aku letak atas almari..Tiada..Dalam hati mungkin semalam suamiku bawa ke tingkap atas,Tapi hairan jugak bila masa dia pakai speker sekali..Naik atas semua bilik aku pergi cari di mana laptopku..Hampa ...terpaksalah kejutkan suami untuk tanyakan di mana dia letakkan laptop ku..Dengan yakin dia cakap ada kat bawah..bila aku beritahu laptop takde sepintas kilas dia bangkit dari tidur dan terus buka pintu rumah.Apalagi terpandanglah kunci tersangkut dipintu..sahlah..rumahku dimasuki pencuri.Dari maklumat jiran yang kudapat pencuri itu datang bertiga.
Tali kasut bowling suamiku digunakan untuk mengikat besi di galah.
Manga rumah yang ditinggalkan.
Tapak kaki salah seorang pencuri.
Tingkap pintu yang diumpil..
Dua orang pegawai polis yang datang menyiasat.
Laporan polis yang telah dibuat..
Apapun segala yang berlaku walaupun nampak biasa je tetapi banyak memberikan pengajaran buatku