Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 12 Februari 2015

Resepi Ayam goreng Berempah

Ini adalah resepi rekaan saya ..simple dan mudah je

Sebungkus rempah peladang
Garam
Bahan perasa
Serbuk kunyit.
Bawang putih yang diblender
Daun kari
Minyak masak

Caranya
1.panaskan minyak
2.letakkan daun kari tunggu hingga garing
3.goreng ayam selama 10 minit menggunakan api yang sederhana
Siap untuk dihidang

Resepi Masak Lemak ikan tenggiri jeruk pucuk paku

Ini pun saya guna resepi sendiri

Bahan
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
Setengah inci kunyit hidup
5 biji cili halus
Semua di atas di tumbuk atau diblender
Seiikat pucuk paku
Ikan jeruk tenggiri direndam seketika
Ubi keledek di potong dan masukkan sedikit air dan letakkan diatas api supaya ubi empuk.
Asam keping
Gula dan garam secukup rasa.

Caranya
Masukkan semua bahan yang ditumbuk kedàlam periuk tadi.masukkan santan .asam keping gula dan garam
Masukkan ikan tenggiri masin
Dan
Akhit sekali masukkan pucuk paku
Biarkan hingga mendidih dan boleh dihidangkan.

Resepi kacang panjang goreng berlada

Bahan-bahan
6 batang kacang panjang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1biji cili besar
1 sudu cili boh
1 sudu minyak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

Caranya
Panaskan minyak
Tumiskan cili boh
Tumiskan Bawang besar dan bawang putih yang telah diblender
Masukkan garam.gula .sedikit air dan asam jawa
Masukkan cili besar yang dihiris
Masak seketika dan bolehlah dimakan

Tiada yang mustahil

Dalam hidup ini tiada yang mustahil untuk kita.carilah...usahalah untuk mencapai apa yang kita impikan...abaikan kata nista herdikkan sinis orang .jadikan itu sebagai ransangan untuk kita terus melangkah maju...

biarlah jauh dari menghampiri.....