Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 9 Julai 2015

Makanan dan Hari Raya..Ada Kenangan Tersendiri

Raya semakin hampir.Hanya tinggal seminggu je lagi panjangumur dapatlah sambut raya kan.Bercakap tentang raya teringat pulak jenis-jenis makanan yang buat aku terkenang sampai sekarang dan terlalu dekat di hati.Kalau tak ada bende ni rasa macam tak lengkap pulak raya...itu akulah..

Makanan yang pertama adalah:;

Tapai pulut...

rasa tak lengkap kalau tak ada tapai pulut kat rumah.Teringat masa arwah ayah masih ada..terlalu suka ayah menghirup air tapai tika tu.kini bila melihat tapai hati begitu sayu terkenang beraya kali kedua tanpa ayah lagi.Tentang tapai ni biasanya dari dulu-dulu aku cukup tunggu mak buatkan tapai ni.kerja aku masa tu raut lidi dan potong lidi pendek-pendek.lepas tu laplah pulak daun jambu atau daun getah untuk mak bungkus tapai tu nanti.Masa aku kecik ,mak cukup pantang kalau kami bising ketika dia bungkus tapai kerana kalau bising tapai akan jadi merah.Satu lagi kalau perempuan yang datang bulan juga tidak dibenarkan membungkusnya bimbang perkara yang sama akan berlaku.Bila aku meningkat dewasa tugas membungkus aku dan Kak Jan yang buatkan hinggakan beleh mata sebab terlalu lama untuk siapkan.namun sejak aku merantau peluang membungkus tapai dengan keluarga dah tak de...Hanya tahu makan je...rindu sebenarnya suasana bungkus tapai ni..sambil bungkus sambil telinga melayan lagu raya yang dimainkan di corong radio.

Image result for tapai terengganu

Ketupat Nasi dan Kuah Kacang

Image result for ketupat sate

Ini juga salah satu menu yang perlu ada kalau aku ada kat kampung..Ketupat nasi bersama kuah kacang.entah kenapa inilah yang aku suka. nak tahu kenapa ..kerana aku suka kesibukan melihat mak mengayam ketupat satu demi satu dan aku pula asyik je memerhati,...gelagat mak mengayam ketupat tulah yang aku nantikan..lepas tu rebus pula ketupat kat tanah guna dapur kayu.rasa kesibukan menjelang raya itulah yang aku suka.mana tidaknya nak buat kuah kacang perlu dahulu goreng dan buang kulit nya.Aroma kacang yang digoreng menyelinap setiap ruang rumah cukup aku suka..dulu masa belum ada blender tugas menumbuk kacang adalah tugas aku atau kakak..tapi aku suka buat tu semua sebab aku nak rasa suasana sambut raya.

Satay
aku cukup suka buat satay bila tiba hari raya.namun peluang membuatnya tak sentiasa ada,ini kerana buat satay leceh sedikit,perlukan banyak tenaga untuk mencucuk dan membakar.selalunya bila buat satay aktiviti membakarnya bermula pada pukul 2 atau 3 pagi..satu rumah berbau dengan satay...bila pergi solat raya mulalah mata merah dan bengkak.





Ketupat Pulut

Image result for ketupat pulut palas

Ini juga makanan yang aku suka dan perlu ada tika hari raya.Mak tak pernah pun buat ketupat pulutni..Selalunya mak akan tempah dari orang.Dulu waktu bulan puasa pasti aku pergi beli ketupat ni dekat dengan rumah aku..memang ketupat dia antara yang paling sedap.seronok tengok orang ramai menunggu membeli ketupat dia.Ketupat ni aku suka makan dengan rendang ayam ke daging ke..Selalunya di pagi raya .ketupat pulut inilah yang menjadi mangsa pertukaran kuih ke rumah jiran-jiran .tugas hantar kuih itu pula biasanya tugas aku dan kak Janlah..Tapi aku suka buat kerja ni kerana ada setengah jiran sempat lagi hulurkan duit raya pada kami..kata orang sambil menyelam sambil minum air..sambil hantar kuih dapat duit raya.Biasanya di hari raya pertama kurang sikit mendapat sambutan ketupat ni..bila raya kedua barulah masing-masing mencari bila mak buka daun dan goreng balik ketupat ni hingga jadi garing..itu biasa terjadi setiap tahun..

Rendang Ayam /daging

Image result for rendang ayamSeingat aku,rendang daging atau ayam aku yang buatkan dulu.jadi tiap kali aku balik mak suruh aku buatkan rendang ni..tak sangka juga rupanya mak suka rendang yang aku buatkan..bila dah berjauhan adik-adik pula yang mengambil alih..kiranya bila aku dah mulakan rendang di pagi raya rupanya dia berterusan hingga kini.malam raya bagi kami adalah malam yang paling sibuk.selalunya masa tidur cukup sedikit.yelah mana nak masak rendang ,mana nak buat roti jala,mana nak buat nasi minyak dan gulai ayam..manalagi nak sediakn balang kuih dan isi biskut raya.mana lagi nak pasang langsir..Ituulah suasana dulu ..

Nasi Minyak.


Ini makanan tradisi keluarga kami.dari kecik bila tibanya raya nasi minyaklah yang mak buatkan.Hingga kini walaupun aku dah pandai buat sendiri tapi bila hari raya tetap nak rasa mak yang buatkan..Air tangan mak kan..cukup sedap walaupun tak cukup bahannya.Mungkin lidah dah biasa dengan segala jenis masakannya.