Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Sabtu, 12 April 2014

Mak...


Mak...tiap kali mata ini menatap wajah mu
Pastinya rasa sayu Akan terus hadir di hati...
Rindu segalanya tentang dirimu
Segala- galanya..
Maafkan saya mak...Hanya dari kejauhan dapat menatap mak tanpa Kita dapat bersentuhan..sudah takdirnya mak ...terkadang diri ini begitu cemburu pada darah daging saya mak..dapat bersama mak sepanjang masa...menjaga mak ketika sakit membantu mak di saat mak memerlukan...
Mak..tiap titip bicara
Tiap titipan nasihat mak sentiasa dalam minda ingatan.
Mak,saya sayang mak
Walaupun Jarak memisahkan kita...mak sentiasa dekat dihati...
Maafkan saya mak mungkin saya tidak sebaiknya anak yang mak harapkan tapi saya sentiasa berusaha untuk membahagiakan mak.

Sesekali Kita renung


Ilmu itu apabila ditinggalkan Akan menjadi berguna kepada sesiapa yang memerlukan...Jikalau di manfaatkan pahalanya Akan sentiasa berterusan.justeru jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang berguna..
Masya Allah...Allah sentiasa memberi Kita jalan untuk menambahkan pahala tanpa mengeluarkan wang ringgit..