Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Ahad, 26 Mei 2013
Kacang Jawa...
Pagi nie ....bangun pagi emak dah rebuskan kacang tanah ni...dengan jagung yang dibeli Serikin semalam.
Sebenarnya kacang tanah ni ada kenangan tau...Nak tahu citer k..
Dulu masa zaman sekolah ,masa tu susah .Mak jual goreng pisang,sambil-sambil tu mak jual jugak jagung rebus dengan kacang tanah ni..
Aduh saya paling tension kalu mak balik dari pasar ada jagung atau kacang tanah..menyampahya...Dalam hati tanya kenapa hari ini ada benda alah ni..mulalah mulut saya memuncung dan kumat kamit marahkan mak...
terukkan...saya marah bukannya apa letih oii kalu ada jagung dan kacang tanah ni..mula-mula kena cuci betul-betul sebelum rebus.guna pulak tu air telaga bukannya air paip..so lengan ni lenguh usah nak citer.Basuh kacang tanah pulak tu tepi telaga .Panas terik mentari..jadikan wajah saya ni berkilat cantik....kulit hitam comel je hihi..kalu basuh sedikit tak pelah pulak ni banyak giler.Lepas cuci tu kena hidupkan kayu api dan angkat air letak dalam periuk yang besar...dan tunggu masak pulak,kayu api mesti selalu ada..kalu tak siaplah dengar leteran mak...penat bila ingat mak jual kacang dan jagung ni..
saya nie bukannya malas tapi dah tak terlarat kerja bertimbun tambah lagi dengan kerja tambahan tu kudrat saya ketika itu dah maksima ..dah termampu...Bila mak tak jual je..saya rasa bersyukur sangat dapat rehat lebih...
Apapun itulah kenangan perit tapi lening buat saya jadi rindu pada semua tu...sebab saya dapat bersama mak ..menolong mak semaksima yang mampu saya buat..kini semuanya dah berubah...
Alhamdulillah....
Sesungguhnya blog ini sudah tidak sunyi lagi..
sepanjang masa ada kunjungannya..
Sebenarnya terwujudnya blog ini adalah untuk satu perkongsian ilmu..mana yang ada pada diri ini sebolehnya ingin dikongsikan bersama
Mana yang baik jadikan panduan dan mana yang tak sepatutnya itu jadikan pengajaran agar hidup anda lebih bermakna daripada saya.
terima kasih
hanya itu yang mampu saya ucapkan...
Senyumlah kerana senyum itu terapi
Selamat berhujung minggu dan Selamat bercuti pada rakan-rakan guru yang sealiran dengan saya..
Buat suami yang berada di Kota Bharu..
Selamat bercuti ya..gunakan masa yang terhad ini sebaiknya.
Pastinya tersenyum lebar kerana Kelanatan menang dengan jaringan yang banyak menewaskan Terengganu dalam separuh akhir pertama ni..
tahniahlah ya...
Sayapun senyum jugak ni walaupun negeri saya tewas..
hahahahaha
Senyum walau apapun yang terjadi kan.....
Bagus betul kata-kata kat atas tu kan..
Kata-kata itu telah lamapun saya praktikkan sejak dibangku sekolah lagi..
Lontarkan senyuman walau dalam hati tersimpan kelukaan dan keperitan.
Terkadang apa yang kita rasa dan alami tidak boleh digambarkan dengan tuturkata.
Satu lagi..senyum itu terapi yang amat berkesan dalam hidup kita...lihat orang tersenyum pada kita itu adalah satu terapi ketenangan dan tanda pada kita orang menghargai kita;
Apapun senyumlah walau apapun yang terjadi...
*En suami..kuatnya ingatan ini pada awak...pejam mata je terus awak berada dalam mimpi saya...kenapa hati saya lain macam je bila tak sempat bersalam dengan awak semalam ekkk
Langgan:
Catatan (Atom)