Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 8 Januari 2014

Tips Anak suka belajar dengan ibu bapa

 

Tengah fikir dan mencari ilham bagamana nak buat anak-anak happy belajar dengan mak sendiri...payoh jugak ni..kata orang anak orang senang je nak ajar ,bila nak ajar anak sendiri banyak je halangannya
 

1. Suasana selesa itu penting.
Ajak la belajar dengan cara yang meyeronokkan macam sambil bermain juga. Kata kan jom kite main cikgu-cikgu awak Dan ibu kita sama-sama c
ikgu dan  murid.. Ajar dia. Kemudian kita pulak buat-buat tanya konon nye dia cikgu kita murid. Cakap yang kita tak tahu tolong tunjuk kan. Nanti dia sudah tunjuk kite buat lah excited Kata kan WOW.. Pandai nye awak. Buat macam kawan yang sama umur dengan nya.


2. Ibu bapa tidak boleh terlalu pentingkan diri sendiri.... agenda dan aktiviti anak juga mesti dimasukkan ke dalam kalendar... ibu bapa kena memahami apa kehendak anak dan jangan  menolak mentah- mentah pendapat atau cadangan anak..... kita juga mesti mendengar masalah anak jika mahu anak mendengar cakap kita.....

3. Ikhtiar lain...doa penerang hati mohon lah kelembutan hati anak dari Allah... Insya Allah...

4.kena jadikan laman FB dan Blog serta Wechat sebagai salah satu medan tempat nasihat dan meluahka perasaan untuk anak-anak...mungkin dia orang baca dapat jugak terkesan di hati...yelah zaman sekarang segalanya IT.

5.  ibubapa mesti membantu anak anak untuk menetapkan matlamatnya...mungkin anak belum faham atau belum terdedah sepenuhnya tentang kehidupan... kena  anak bersiar-siar di kawasan yang berkaitan dengan  kerjaya atau masa depan.... berikan contoh contoh kepada anak tentang kejayaan atau kecemerlangan sesuatu bidang..bilanak mula ni..

6. Sabarlah dengan karenah dia orang,mak dulu boleh sabar dengan kita ,jadilah kita kini kenalah sabar dengan anak kita pulak kan..

7.Nak kena buat report kad macam kat sekolah jugak...bila ada peningkatan bagi token hadiah sebagai ransangan..

8.Lawak jenaka kena sentiasa adalah...biarlahkan asal anak kita happy memanjang..terkadang lawak bodohpun lawak bodohlah...kerana mak sayang korang tanpa syarat...!!.Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

9. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

10. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

11. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...


12. Seperti  teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?




Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.


Tahukah kita bahawa.. :

1. Anak tunggal selalunye lambat cakap.
2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki
3. Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka
4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan ayah. Main bola, pergi padang. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch dia akan suka bergaduh dengan adik-adik  dia







5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parent.
6. Anak-anak pun stress sebab tak keluar rumah.  cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.
7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)
8. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka
9. Kanak-kanak yg mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik
10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.
 

(sumber ibu bapa mithali)


 p/s : menulis dan terus semestnya bisa menenangkan hati ...

Petua galakan pelajar PPKI minat belajar Penjodoh Bilangan

 
Cara KREATIF dan TIDAK MEMBOSANKAN untuk galakkan anak-anak kita supaya minat sangat  belajar Penjodoh Bilangan atau Perkataan Baru (BM atau BI)
 1. Buat ujian EJAAN (perkataan susah atau penjodoh bilangan)
 2. Minta pelajar lukis makna EJAAN tadi
 3. Minta pelajar fikirkan perkataan lain yang dia
 (3a) sudah tahu maknanya 
 (3b) tapi mempunyai 'bunyi' yang sama (di hujung perkataan) dengan perkataan yang baru dipelajari (atau   penjodoh bilangan) tadi 
 4. Minta pelajar GABUNGKAN perkataan lama dengan yang baru supaya jadi sesuatu yang TIDAK MASUK AKAL. 
# kaedah ini jauh lebih berkesan daripada kita minta pelajar ulangsebut perkataan yang baru dipelajari sebanyak 10 kali! 

Alhamdulillah cubalah ya..

Sumber Rujukan:
Home Tutor kongsi TIPS & TOOLS anak Cemerlang.