Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 8 September 2020

Mekarkan kembali kasih sayang ini

 Terima kasih Mr budu...membuat kejutan pada diri ini...kejutan yang berlainan daripada tahun lepas..Hanya Allah yang Tahu .terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yang terbaik untukku dan anak-anak.

Luahan hatiku

 lama sungguh jari jemari ini tidak menitip bicara di blog ini...sungguh kubiarkan ianya sepi dari bicara lubuk hati kerana kini bicara ini hanya kutitipkan dalam hati..Namun ingatan dan kasih sayang pada blog ini tidak pernah terhakis..

disinilah untuk aku meluahkan segala yang terbuku dihati..meratapi kesedihan berkongsi suka kadang pengalaman yang manis dan pahit untuk kalian yang membacanya mengambil sedikit pengajaran dan iktibar.Jua diri ini ingin membantu dari segi pengacaraan kerana aku pasti ramai dikalangan kita yang sentiasa terlibat dengan dunia emcee ini...tidak lupa perjalanan dan ilmu menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang kadang dipandang sebelah mata oleh orang lain..tapi itu semua mana bisa mematahkan jiwaku pada dunia anak-anak istimewa...


aduhai kenapa aku tidak meneruskan catatan ini.ada sedikit kesyahduan..kepiluan yang bermain di hati...mungkin ujian yang silih berganti yang aku tempuh..hanya aku rasakan diri ini sahaja yang mengerti..

teman...ingin aku titipkan pesanan ...andai ini berguna untuk mu

dalam hidup mu jadikan keikhlasan itu dalam semua yang kamu lakukan.ikhlas melakukan apapun tanpa kau fikirkan untuk terima balasan,In Sha Allah aku pasti kau akan temui satu titik ketenangan yang hanya kamu yang dapat rasa nikmatnya.

biar kita dipandang buruk atau dikeji orang tapi jangan kita yang melakukannya

tiap rezeki yang dirimu ada berbagilah dengan ahli keluargamu jangan berkira kerana Allah akan menambahkan lagi apa yang kamu ada,

Buatlah kebaikan setiap masa yang berjalan kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang membantu kita bila kita sudah tiada.

jika kita tidak mampu dari segi wang ringgit namun berusahalah sentiasa untuk menjadi penyokong kepada usaha lain yang dilakukan pada orang lain.

tersenyumlah saat diuji itulah kekuatan 



Contoh Senarai Semak Aktiviti Kemahiran PPKI

 

PPKI SMK KAMPONG JAWA

SENARAI SEMAK  INDIVIDU AKTIVITI MEMBUAT JAMBANGAN BUNGA

(KEUSAHAWANAN)

 

Nama Murid                  : ……………………………………………………………..

Kelas                                 :………………………………………………………………

 

BIL

KEMAHIRAN

MENGUASAI

( / )

TIDAK MENGUASAI

( X )

1.

Boleh mengingati bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jambangan bunga.

 

 

2.

Boleh menghasilkan satu jambangan yang kemas dan menarik

 

 

3.

Memahami arahan dan boleh membuat jambangan bunga mengikut citarasa sendiri

 

 

 

4.

Boleh membuat satu jambangan bunga menggunakan aksesori yang lain seperti coklat,buah dan lain-lain.

 

 

5.

Tahu membuat ikatan reben.

 

 

 

 

 

 

6.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan perasaan kamu tentang pengajaran dan pembelajaran pada hari ini,

Seronok

Tidak

seronok