Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Jumaat, 27 Ogos 2010
Kacang Panjang dan Terung
Pagi tadi aku dengan PPM Nilip serta mak pelajar masuk kebun pertanian kami..Terkejut jugaklah lama tak melawat rupanya kacang panjang kami telahpun mengeluarkan hasil .Begitu jugak pokok-pokok terung..Buah -buah terung juga telah munculkan diri..Seronok tak terkata.
PPM Nillip Dan Mak IzaniBayam juga tak ketinggalan ada hasilnya.
Aktiviti Membuat Popia Bersama Anak Murid
Waktu kokurikulum hari tu ,kita orang ambil kesempatan buat popia simpul dan gulung bersama dengan murid-murid.Intinya Cikgu Zaimah masak sendiri.Rasanya puas hati jugaklah sebab popia ikan ni sedap daripada beli kat kedai...
Kad Raya Pertama Kuterima
Dahulu kalau tiba bulan puasa,maka banyaklah kad-kad raya yang aku terima baik daripada kawan-kawan ,adik beradik dan tak lupa daripada seseorang yang begitu istimewa..Bila tiba hari raya pulak kad-kad itu aku letakkan dibawah meja,gantung di tiang dan tak lupa di tampal didinding.Kekadang ada juga tetamu yang datang beraya membelek-belek membaca kad raya kami.Tapi itu dulu.Sekarang nie susah dah nak terima kad raya lagi.maklum sms,facebook,email cukup sebagai pengganti kad raya..Tapi bagiku kad raya lebih bererti dan paling istimewa.
Tahun ini aku dapat kad raya yang sungguh istimewa.Rasanya kad raya ini yang pertama dan terakhir untuk hari raya tahun ini.Istimewa kad ini kerana selama 4 tahun bersama pelajar istimewa baru tahun ini dia buat kad raya sendiri dan diberikan kepadaku dengan kata-kata yang asli tidak dikutip oleh mana-mana.Aku tunjukkan pada ayah pelajar tersebut,terharu beliau dengan sikap anaknya.
Rasanya kad raya ini pertama dan terakhir aku dapat daripada pelajar yang bernama Rahmat ni kerana tahun depan dia sudah tamat persekolahan..Terima kasih Rahmat kerana tak lupa kat cikgu.

Langgan:
Catatan (Atom)