Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 22 Ogos 2016

Contoh Teks Pengumuman dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan

Teks Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan SMK Kampong Jawa 2016




DATARAN SMK KAMPONG JAWA.
22 OGOS  2016
TERIMA KASIH ADIK PENGACARA MAJLIS.

 Bismillahirrahmanirrahim. ALAMUALAIKUM WARAMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA

1.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

YANG BERUSAHA
TN HJ MOHAMMED NASHAN BIN SINGGAN
PENGETUA SMK KAMPONG JAWA

YANG DIHORMATI

PN LATIFAH BINTI AHMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PN PUZIAH TUBAN
PENOLONG KANAN HEM
SMK KAMPONG JAWA

 TN HAJI  MUZIKIR BIN MOHAMMAD
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SMK KAMPONG JAWA.

PN NORMALA BINTI MISMAN
,PENOLONG KANAN PPKI

BARISAN KETUA BIDANG.,
RAKAN-RAKAN GURU ,PPM
DAN PARA  PELAJAR  YANG CIKGU KASIHI SEKALIAN





2. PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

PADA PAGI INI ADA DUA PERKARA YANG INGIN CIKGU SAMPAIKAN

YANG PERTAMA ADALAH BRKAITAN DENGAN PPKI.
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA PADA 16 OGOS 2016 PPKI SMK KAMPONG JAWA TELAH MENGHANTAR 4  ORANG PELAJAR PPKI BERSAMA 2 ORANG GURU  MENGAMBIL BAHAGIAN DI PERTANDINGAN PETANQUE PERINGKAT DAERAH YANG DIADAKAN DI SMK TELOK GADONG DALAM KATEGORI INDIVIDU LELAKI  INDIVIDU  PEREMPUAN  DAN BEREGU CAMPURAN. NAMUN BEGITU,NASIB TIDAK MENYEBELAHI BAGI KATEGORI INDIVIDU LELAKI DAN BEREGU CAMPURAN NAMUN KITA MENDAPAT TEMPAT UNTUK KATEGORI WANITA .

PADA 2 OGOS HINGGA 12 OGOS 2016 ,SALAH SEORANG PELAJAR PPKI SMK KAMPONG JAWA BERSAMA SEORANG GURU IAITU CIK NORAZUWANA BINTI ISMAIL  TELAH TERLIBAT DENGAN  SUKAN PARALIMPIK IAITU DALAM ACARA  BOWLING PADANG YANG DIADAKAN DI KUCHING ,SARAWAK. PELAJAR YANG TERLIBAT  ADALAH ADIK  NURUL SHAFIKA BT SAPRISAL.

DI KEJOHANAN INI,ADIK NURUL SHAFIKA TELAH DIBERIKAN PENGHARGAAN KHAS DARI SELURUH NEGERI ATAS SEMANGAT YANG DITUNJUKKAN OLEH BELIAU  SEPANJANG KEJOHANAN BERLANGSUNG. DAN ADIK NURUL SHAFIKA JUGA SANGAT ISTIMEWA KERANA UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,ADIK NURUL SHAFIKA MERUPAKAN ATLIT KEDUA  DI DUNIA YANG MENYERTAI KEJOHANAN BOWLING PADANG MENGGUNAKAN KAKI. DAN PERJALANAN ADIK NURUL SHAFIKA MASIH LAGI JAUH..

UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA DIJEMPUT YANG DIHORMATI PN NORMALA BINTI MISMAN PENOLONG KANAN PPKI MENGIRINGI YANG BERUSAHA  TUAN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGANG PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN MEDAL DAN PLAK KEPADA PARA PELAJAR YANG TERLIBAT.

DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT PEMENANG TEMPAT KETIGA KEJOHANAN PETANQUE KATEGORI INDIVIDU PEREMPUAN,SHARMILLA A/P VEERAPAN.

SETERUSNYA

NURUL SHAFIKA  BINTI SAFRISAL .PENERIMA ANUGERAH KHAS SELURUH NEGERI DI SUKAN PARALIMPIK 2016.



TAHNIAH DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH JUGA UNTUK TN PENGETUA KERANA KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH ITU TADI.



3.PELANCARAN  SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN SMK KAMPONG JAWA 2016


GURU-GURU DAN PARA PELAJAR SEKALIAN




KITA BERALIH KE ACARA SETERUSNYA IAITU PELANCARAN SAMBUTAN  BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SMK KAMPONG JAWA 2016.

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN ATAU SEBELUM INI DIKENALI SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN MERUPAKAN ACARA TAHUNAN DI SMKKJ INI.ANTARA MATLAMATNYA MENERAPKAN SEMANGAT CINTAKAN TANAH AIR TANPA MENGIRA KAUM DAN BATASAN AGAMA DEMI MELIHAT KEJAYAAN NEGARA TERCINTA.

ANTARA OBJEKTIFNYA PULA
1.MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DAN INTERGRASI KAUM DALAM KALANGAN MURID

2.MELAHIRKAN PERASAAN CINTA AKAN NEGARA DAN BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

3.MENANAM SIFAT BERDIKARI DAN SEMANGAT BERKUMPULAN DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH.


BERIKUT DISAMPAIKAN BEBERAPA PROGRAM SEPANJANG SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN INI.

ANTARANYA

1.PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK DAN KELAS TERCANTIK  TERBUKA UNTUK SEMUA KELAS DAN TARIKH PERTANDIGAN INI BERMULA PADA 22 0GOS 2016  HINGGA 9 SEPTEMBER 2016.

SETERUSNYA PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK  TERBUKA UNTUK SEMUA MURID DAN TARIKH PERLAKSANANNYA BERMULA 18 OGOS HINGGA 21 OGOS DIBAWAH PENGEDALIAN EN ZAIDI BIN BIDIN.

SETERUSNYA PULA PERTANDINGAN KUIZ KEBANGSAAN DI ADAKAN DALAM KELAS SEMASA PdP  UNTUK SEMUA PELAJAR MENGIKUT KELAS .

DAN JUGA LAGU-LAGU  PATRIOTIK AKAN DIMAINKAN SETIAP HARI BERMULA 22 OGOS HINGGA 9 OGOS INI PADA WAKTU PAGI SEBELUM 7.30 PAGI.


MANAKALA PPKI JUGA TURUT MENYEDIAKAN AKTIVITI ANTARANYA
.KELAS PALING PATRIOTIK,PERTANDIGAN MEWARNA INDIVIDU, PERTANDINGAN MENGHASILKAN KOLAJ ,TEKA SILANG KATA DAN AKTIVITI KARFTANGAN MENGHASILKAN TOPI .

DEMIKIANLAH BEBERAPA PROGRAM YANG DIRANCANGKAN DAN YANG AKAN BERLANGSUNG SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN INI.

OLEH ITU , MEWAKILI PIHAK PENGANJUR ,MENYERU KEPADA MURID-MURID SEKALIAN MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN DAN KERJASAMA DENGAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SEMUA PERTANDINGAN  YANG DIJALANKAN .MANFAATKANLAH SEGALA PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEH SEPANJANG PROGRAM INI BERLANGSUNG.

4.GIMIK PERASMIAN
GURU-GURU DAN MURID-MURID SEKALIAN.

SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN PADA PAGI  INI DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMED NASHAN BIN SINGGAN  DIIRINGI YANG DIHORMATI TN HJ MUZIKIR BIN MOHAMAD PENOLONG KANAN KO KURIKULUM  UNTUK ACARA MENERIMA JALUR GEMILANG DARIPADA KADET REMAJA SEKOLAH DAN SETERUSNYA MENGIBARKAN JALUR GEMILANG .

DIPERSILAKAN. KADET REMAJA SEKOLAH.

DENGAN KIBARAN JALUR GEMILANG ITU TADI MAKA  RASMI SUDAH SAMBUTAN  KEBANGSAAN PERINGKAT  SMK KAMPONG JAWA  2016


TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.

5.UCAPAN PENGETUA

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA TN HAJI MOHAMAD NASHAN BIN SINGGANG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN AMANAT PADA PAGI INI.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DI PERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.DENGAN BERAKHIRNYA UCAPAN TUAN  PENGETUA  TADI MAKA BERAKHIRLAH SUDAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI.



SEKIAN TERIMA KASIH.