Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 8 November 2011

Wajah Mu Di Mata Ku - Melissa


Pengorbanan mu waktu bersamaku..membuktikan kesetiaan dirimu...Begitulah yang kuharapkan selama-lamanya..!!!

Panggilan Mesyuarat HEM PPKI


succeed.gif
Maaflah ya..edaran surat panggilan mesyuarat ni dah terlewat.Apapun meting jangan tak meting ekk..



EDARAN DALAMAN



Kepada
Semua guru/PPM                                                                                      8 Nov 2011

___________________________________________________________________



MESYUARAT JAWATANKUASA  HAL EHWAL MURID (HEM) PPKI SMK DEMAK BARU  2011

Merujuk perkara di atas adalah  dimaklumkan bahawa  mesyuarat tersebut akan diadakan seperti diketetapan berikut:

Tarikh             : 8 Nov 2011
Hari                 : Selasa
Masa              : 10.00 pagi
Tempat           : Bilik Mesyuarat PPKI

2. Agenda mesyuarat:

2.1       Kata Aluan Pengerusi
2.2       Perlantikan AJK
2.3       Takwim Pengurusan HEM 2012
2.4       Hal-hal Lain.

Semua guru dan PPM diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

“ PPKI Cemerlang Demak Baru Gemilang ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 


……………………………………………
(NORZITA BINTI MOHAMED)
Setiausaha HEM
PPKI SMK Demak Baru.

Takwim HEM PPKI 2012


PERANCANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
PPKI SMK DEMAK BARU
2012



PERKARA
BULAN
TINDAKAN
1.
Mesyuarat pengurusan HEM
Jan,Jun,Okt
SU
2.
Orientasi pelajar baru
Peraturan sekolah /perdedahan awal tentang pengurusan kelas dan persekitaran

Jan
AJK Pendaftaran /Guru Kelas
3.
Gotong royong
Membersihkan kelas,bilik khas dan kawasan persekitaran PPKI
Jan,Mei,Ogos,
Nov
AJK Keceriaan /Kebersihan
4.
Pengurusan Buku Kedatangan murid
Data dan maklumat murid yang lengkap
Setiap bulan
Penyelaras Tingkatan
5.
Pertandingan kebersihan dan pengurusan  kelas
Papan kenyataan,jadual kelas,jadual bertugas,
Hiasan dan keceriaan
Sudut NILAM
Carta organisasi
Sepanjang tahun
AJK Kecerian/kebersihan
6.
Sambutan Hari Guru
Sambutan peringkat PPKI
        Sukaneka
        Jamuan ringan
         Anugerah guru
         Persembahan pelajar dan guru
         Pertukaran hadiah
Sambutan peringkat sekolah
         Persembahan pelajar PPKI

Mei
AJK Kebajikan
AJK HEM
7.
Sambutan Hari Jadi pelajar
April,Ogos,Nov
AJK Kebajikan
8.
Program Nilai murni
Bacaan Yasin/Nilai-nilai murni
Setiap hari Khamis

9.
Sambutan bulan kemerdekaan
Pertandingan mengibar Jalur Gemilang setiap kelas
Pertandingan mewarna
Pertandingan  nyayian lagu Patriotik
Ogos

10.
Pengurusan Disiplin PPKI
Kekemasan Pelajar(rambut,pakaian dan sebagainya).
Perhimpunan Bulanan


Sepanjang Tahun


Setiap hari Isnin
AJK HEM

11.
Lawatan ke rumah pelajar dan guru
Kematian
Kelahiran
Setiap perayaan
Rumah-rumah pelajar yang dikenalpasti
Sepanjang Tahun

12.
Pengemaskinian biasiswa
Kemas kini buku bank
Daftar pelajar baru
Sepanjang  Tahun
AJK Biasiswa
13.
Program Kesihatan
Mengenal pasti murid yang bermasalah dengan pemakanan,alergi,berpenyakit berisiko tinggi
Suntikan
Pergigian
Ceramah yang berkaitan
Sepanjang Tahun
AJK Kesihatan
14.
Pengemaskinian Fail Hem
  • Minit mesyuarat,
  • Takwim Tahunan Pengurusan HEM,
  • Kertas Kerja Aktiviti
  • Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek yang berkaitan pengurusan HEM
  • Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas,
-          Fail peribadi pelajar -dokumen yang perlu ada seperti:
  • Surat Penempatan Murid ke Program Pendidikan Khas dari Unit Pendidikan Khas,
  • Salinan Lampiran A,
  • Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas ( 0 - 18 Tahun ),
  • Salinan Borang Pertukaran Sekolah - (jika ada),
  • Salinan Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan,
  • 3 keping gambar murid berukuran pasport,
  • Salinan permohonan Kad Orang Kurang Upaya,
  • Salinan Kad Orang Kurang Upaya,
  • Kad atau Buku Kesihatan Murid,
  • Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid,
  • Rekod Prestasi Murid.
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Jan,Jun ,Oktober
SU HEM/PPM
15.
Program NILAM
Pertandingan Membaca Buku
Pertandingan pinjaman buku paling banyak
Pertandigan Buku Skrap
Sepanjang Tahun
AJK Pusat Sumber



Disediakan oleh:                                                        Disemak oleh:

.........................................                                           ...........................................................
(NORZITA MOHAMED)                                         (JAMAL SHUKURI BOLHASSAN)
Setiusaha HEM PPKI                                                 Penolong Kanan PPKI
SMK Demak Baru                                                      SMK Demak Baru.

(Akhirnya siap juga perancangan HEM PPKI untuk meting esok hari...kenapa boleh aku terlupa nak buat ini dengan lebih awal.Tak pasal-pasal malam ni berjaga lagi.)