Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 14 September 2013

CARA BERKASIH SAYANG MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH



1. Tidur satu selimut bersama isteri


2. Memakai wangi-wangian


3. Mandi bersama isteri


4. Menyikat rambut suami


5. Membantu isteri di dapur


6. Minum bergantian pada tempat yang sama


7. Membelai isteri


8. Tidur dipangkuan isteri


9. Memanggil dengan kata-kata mesra


10. Berjalan berpegangan tangan

Petua Mendapat anak soleh

PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH :
Pasti Hamil dalam 90 Hari

 
Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,


Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisikl
ah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.


Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

(Al-furqan : 74)

20 Amalan Romantik Suami Isteri

20 Amalan Romantik Suami Isteri 
Sumber:Pasti Hamil dalam 90 Hari's photo.


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Amalan Murah Rezeki

20 Amalan Murah Rezeki.

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyakkan istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak Berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik selesai solat subuh)
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan Zikir dan Bacaan ayat Quran tertentu (zikir @ asma'ul husna)
18. Berdoa
19. Berikhtiar Sehabisnya
20. Bertawakal

Peringatan Untuk Kita Sebagai Ibubapa

Photo: JOM KONGSI PENGETAHUAN;-)..SEMOGA BERMAANFAAT..

LIKE Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Amalan Sebelum Tidur


Sebelum kita tidur ,jangan lupa kita baca

Semoga kita sentiasa di bawah perlindunganNya..

Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

Kemahuan Isteri pada Suami



Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita – wanita lain.

Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan – rakan.

Seorang isteri mahukan komitmen dari suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.

Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu di puji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya di manja dan di belai suaminya.

Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan – angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.

Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam berbagai hal.

Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.

Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.

Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud di hargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.

Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.

Enam Kesalahan Dalam Mendidik Anak

6 Kesalahan Dalam Mendidik Anak

1. Terlalu lemah.

Ibu bapa memenuhi hampir seluruh permintaan dan tuntutan anak; anak tidak diajarkan mengenal hak dan kewajiban. Hasilnya, anak terlalu menuntut, marah dan merungut bila tuntutan tidak dipenuhi dan tidak memperhatikan kepentingan orang lain.

2. Terlalu menekan.

Ibu bapa mengatur dan mengarahkan aktiviti anak-anak tanpa memperhatikan hak anak untuk mengajukan inisiatif atau untuk mengembangkan minat dan aktiviti yang diinginkan anak. Hasilnya, anak bekerja dengan berpandukan petunjuk orang lain, perlahan, senang menunda-nunda pekerjaan, senang berkhayal, pelupa, senang melawan baik secara aktif maupun pasif.

3. Kesempurnaan / Perfeksionis.

Ibu bapa menolak bila anak tidak menunjukkan kematangan sikap yang jauh lebih tinggi dibanding taraf yang wajar sesuai tingkat perkembangan. Hasilnya, anak terobsesi untuk mencapai prestasi intelektual dan sosial, terlalu keras dan kritis pada diri sendiri, juga terobsesi pada penampilan fizikal.

4. Tidak memberi perhatian.

Ibu bapa hanya menyediakan sedikit waktu untuk memperhatikan setiap perkembangan anak dan membantu anak menempuh tahap demi tahap kehidupan. Hasilnya, anak tidak mampu membangun hubungan yang hangat dan bererti dengan orang lain, tidak pula boleh menikmati hubungan yang sihat. Boleh juga tumbuh jadi orang yang impulsif, akibat tak dididik untuk mengawal diri.

5. Terlalu memanjakan.

Ibu bapa terus-menerus menyirami anak dengan barang dan pelayanan istimewa tanpa mempertimbangkan keperluan anak yang sebenarnya. Hasilnya, anak jadi pembosan, kurang inisiatif, dan tak punya daya juang.

6. Tidak memberikan kepercayaan.

Ibu bapa seolah-olah mengagak kegagalan anak, kekurangan fizikal, dan meramalkan keburukan pencapaian dan karakter anak. Hasilnya, anak cenderung jadi pesimis dan mengembangkan sifat-sifat yang diejekkan orangtua.

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak

Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pa
da anak-anak.

Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!


Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudah boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.


Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.


Promotelah Isteri Depan Anak-anak


Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.


Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!


Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

******************************
*************

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.


  sumber :Diary Ibu Mengandung & Si Comel

Doa untuk mengacarakan majlis

Doa

Baca doa Nabi Musa untuk memudahkan bicara dan melancarkan tuturkata:


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي


Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku,..” {Surah Thaahaa: 25-28}

Panggilan Hormat


 
Panggilan Hormat

Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda

(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda

(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku

(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan

(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku

(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan

(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan

(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan

(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan

(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah

(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan

(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu

(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku

(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku

(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan

(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah

(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan

(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan

(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama

(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat

(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia

(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat

(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia

(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat

(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia

(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia

(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia

(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia

(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat

(m) Raja/Tengku - Yang Mulia

(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia

(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia

(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia

(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif

(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia

(s) Hakim Besar - Yang Arif

(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia

(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif

(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia

(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia

(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia

(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia

(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Ahli Jawatankuasa yang perlu ada dalam sesuatu majlis

Susunan Bendera Terkini


SUSUNAN BENDERA KETIKA SESUATU MAJLIS BERLANGSUNG     


1.Malaysia
2.Kedah
3.Negeri Sembilan
4.Pahang
5.Kelantan
6.Johor
7.Perak
8.Terengganu
9.Selangor
10.Perlis



SEMOGA MENDAPAT MANFAAT KITA BERSAMA



11.Melaka
12.Sarawak
13.Pulau Pinang
14.Sabah
15.W.P K. Lumpur
16.W.P Labuan
17.W.P P. Jaya
18.Bendera 
  Institusi/Perba-danan

 

Tindakan yang perlu dibuat Sebelum Majlis (pre-event)

Sebelum Majlis (pre-event)
Tindakan yang perlu dibuat Sebelum Majlis (pre-event) ialah
penyediaan:


1. Kertas Cadangan dan Objektif
2. Peruntukan Kewangan
3. Kenalpasti tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
4. Timeline
5. Pelan Pemasaran Majlis (Event Marketing Plan)
6. Senarai Semak (Checklist)


Keberkesanan pelaksanaan sesuatu majlis adalah bergantung kepada keupayaan menghasilkan perancangan yang baik, fungsi setiap ahli jawatankuasa yang jelas dan tepat serta mempunyai senarai semak (checklist) yang lengkap. Bentuk atau cara
pelaksanaan sesuatu majlis juga banyak bergantung kepada kehendak jawatankuasa yang dibentuk, taraf majlis, jenis majlis, atur cara majlis, taraf tetamu kehormat, tempat dan saiz sesuatu majlis. 


Di antara contoh tindakan PTJ semasa proses pelaksanaan
ialah: 

  • mesyuarat jawatankuasa penganjur,
  • penyediaan senarai jemputan,
  • kad jemputan
  • tempahan menu jamuan, 
  • pelan susunatur tetamu
  • pelantikan juruacara majlis
  •  pelantikan pembaca doa
  •  penyediaan buku program
  • aktiviti promosi, back drop
  • penyediaan atur cara pentadbiran,
  •  teks ucapan tetamu kenamaan, penyambut tetamu dan lain-lain.
PTJ perlu memberi perhatian kepada aspek pemantauan (dengan menggunakan senarai semak) supaya semua perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Aktiviti pemantauan termasuklah urusan perbelanjaan, mematuhi tarikh
akhir (deadline), menepati objektif majlis, protokol, sumber dan
lain-lain yang berkaitan.

Struktur Pengurusan Majlis

Struktur Pengurusan Majlis

  • Perancangan
  • Persiapan
  • Raptai & Pelaksanaan
  • Penilaian (Post Mortem)
  • Penghargaan
Perancangan Pemilihan tarikh
Masa dan tempat
Penubuhan Jawatankuasa dan agihan tugas
Tetamu Kehormat
Bajet
Program
Persiapan Senarai jemputan dan kad
Buku program dan atur cara pentadbiran
Kod pakaian
Peralatan dan kemudahan lain
Pengangkutan dan penginapan
Permaidani merah
Liputan media
Alat siar raya
Sambutan
Pengacara majlis
Bacaan doa
Cenderamata
Jamuan
Penyambut tetamu
Raptai & Pelaksanaan Raptai
  • Biasanya diadakan sekali atau dua kali sebelum acara sebenar berlangsung
  • Tujuan utama ialah bagi memastikan majlis sebenar akan berlangsung dengan lancar sebagaimana dirancang
  • Semasa raptai diadakan, senarai semak perlu disediakan bersama atur cara majlis sebagai panduan semasa mengadakan raptai agar kelemahan dapat dikenalpasti segera
  • Seorang atau lebih pegawai dilantik bagi mengendalikan perjalanan keseluruhan majlis
  • Semua Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa perlu hadir semasa raptai
Pelaksanaan Susunan Tempat DudukPrinsip 1i) STD hendaklah disusun mengikut kekananan. Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat sama ada bersebelahan, beriringan atau bersetentangan
ii) Dif yang paling hampir sekali dengan Tetamu Kehormat ialah dif yang terkanan & STD bermula dari sebelah kanan TK
iii) Isteri duduk di sebelah kiri
iv) Jumlah Dif di atas pentas dihadkan kepada 3,5,7 (jemputan seorang) atau 4,6,8 (jemputam dengan isteri)

Prinsip 2i) Jumlah dif-dif atas pentas khas hendaklah dihadkan, tujuannya ialah untuk memberi tumpuan kepada mereka yang berkenaan sahaja
ii) Hos akan duduk di sebelah kanan Tetamu Kehormat
iii) Cara Susunan Keutamaan hendaklah dimulakan dari kanan ke kiri
STD di atas pentas hendaklah ditentukan dengan peranan dan tugas yang dimainkan oleh VIP

Prinsip 3i) Dalam majlis menggunakan meja panjang tetamu wanita tidak duduk mengetuai kecuali susunan keutamaan itu adalah susunan keutamaan wanita itu sendiri
ii) Wanita tidak duduk di hujung meja khas/panjang
iii) STD di meja bulat hendaklah dipenuhi dalam satu bulatan 360 darjah kecuali dalam keadaan di mana meja Di Raja hendaklah kerusi yang membelakangkan meja Di Raja dikosongkan
Penilaian
(Post Mortem)
i) Dibuat selepas selesai sesuatu majlis
ii) Bertujuan mengenalpasti kelemahan dan kejayaan sesuatu majlis
iii) Pemerhatian dan komen akan direkod untuk rujukan masa depan
Penghargaan i) Sebagai tanda menghargai penglibatan semua yang terlibat dalam menjayakan sesuatu majlis
ii) Boleh dibuat dalam pelbagai betuk :
  • Sijil Penghargaan
  • Majlis Penghargaan

Pengurusan Majlis Rasmi

Jenis Majlis
  •  Majlis Penuh Istiadat
  •  Majlis Rasmi dan Formal
  •  Majlis Rasmi tetapi Tidak
  • Formal Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal
  • Majlis Tidak Rasmi dan Tidak
Formal

  • Majlis Rasmi Kerajaan Istiadat atau majlis yang
       dipertanggungjawabkan kepada kementerian, jabatan, agensi
  • Persekutuan Perbelanjaan bagi membiayainya   dikenakan kepadavot anggaran
       persekutuan

Protokol
         Peraturan yang diterima oleh semua
  • pihak dalam: Hubungan antarabangsa
  • Hubungan harian dalam masyarakat
  •  Istiadat atau majlis
 Elemen-elemen Protokol
  •  Susunan Keutamaan
  •  Darjah Kebesaran
  •  Panggilan Hormat
  •  Susunan Tempat Duduk
  • Susunan Bendera
 Susunan Keutamaan 

  • Senarai yang disusun mengikut kedudukan kekananan antara pelbagai golongan masyarakat termasuk pegawai kerajaan, bukan pegawai kerajaan dan orang awam
Susunan Keutamaan Persekutuan
  •  Susunan Keutamaan Persekutuan masa kini ~ Warta Kerajaan P.U. (B) –22 Januari   1998
  • Kedudukan Datuk Bandar dalam Susunan Keutamaan Persekutuan ialah ke ? 
 Kepentingan Susunan Keutamaan

  •  Menyusun tempat duduk
  •  Menyusun atur cara majlis
  •  Tertib ketibaan tetamu kenamaan
  •  Tertib kepulangan tetamu
  •  Penyampaian ucapan
  •  Pengacaraan majlis
  •  Susunan bendera
 Asas Menentukan Susunan Keutamaan
  • Pegawai Kerajaan
  •  Jenis jawatan yang disandang
  •  Gred jawatan
  • Anugerah kebesaran
  •  Bukan Pegawai Kerajaan
  •  Anugerah kebesaran
  •  Kedudukan dalam masyarakat
 

 







































Rujukan on Aug 17, 2010


  Panggilan Hormat

Panggilan sewajarnya terhadap tetamu kehormat dan dif
  •  Diguna pada kad jemputan, kad nama,sampul surat, teks juruacara dan teks
  • ucapan Panggilan hormat meliputi panggilan turun-temurun diraja, jawatan,
      anugerah dan keagamaan

 Panggilan Hormat
  •  Perdana Menteri
  •  Timbalan Perdana Menteri
  •  Ketua Menteri
  •  Menteri Besar
 Seharusnya menggunakan panggilan Yang Amat Berhormat

Panggilan Hormat
  •  Menteri
  •  Timbalan Menteri
  •  Ahli Dewan Rakyat
  •  Ahli Dewan Negara
  •  Ahli Dewan Undangan Negeri
  Seharusnya menggunakan panggilan Yang Berhormat

 Panggilan Hormat
  •  Pengerusi Majlis
  •  Ketua Jabatan
  •  Ketua Bahagian
Seharusnya menggunakan panggilan Yang Berusaha,Yang Berbahagia,Yang Mulia

Susunan Tempat Duduk
  •  Bilangan Ganjil
  •  Bilangan terhad kepada bilangan yang kecil ~ 3, 5, 7 dan 9
  •  Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau
  •  kekananan Pengukuran kekananan dikira dari tengah-tengah 
Susunan Tempat Duduk
  •  Bilangan Genap
  •  Bilangan yang ideal ~ 6, 10, 14, 16
  •  Susunan tempat duduk atas pentas mengikut susunan keutamaan atau
  •  kekanan Pengukuran kekananan di kira secara dibahagi dua 
Tindakan-tindakan bagi penganjuran majlis

  • Mengadakan mesyuarat dengan menjemput pihak-pihak yang terlibat 
  • Menubuhkan jawatankuasa kecil dan melantik petugas
  •  Menetapkan tarikh, masa dan tempat
  •  Menetapkan aturcara/program
  •  Menentukan tetamu kehormat
  •  Menentukan senarai jemputan 
 Tindakan-tindakan bagi penganjuran majlis

 Menyediakan senarai semak
  •  Melawat tapak atau tempat majlis
  •  Menyediakan anggaran perbelanjaan dan menentukan sumber peruntukan
  •  Memohon kelulusan pihak Pengurusan
  •  Melaksanakan raptai
  • Taklimat kepada tetamu kehormat

Jawatankuasa Kecil
  •  Pengagihan tugas mengikut
       bidang tanggung jawab/ kepakaran
  •  Bidang tugas jawatankuasa berdasarkan keperluan dan aturcara majlis
  •  Pengerusi Jawatankuasa kecil akan melantik ahli-ahli bagi melaksanakan tugasan/tanggungjawab 
Senarai Semak

  •  Dokumen disediakan oleh setiausahaatau sekretariat mengandungi perkara perkara yang perlu diambil tindakan
  •  Panduan di dalam mesyuarat untuk meneliti tahap persiapan atau kemajuan
  •  sesuatu tugasan Mengelak tertinggalnya perkara-perkara penting yang perlu diambil tindakan

Senarai Jemputan
  •  Senarai Ringkas (mengikut kumpulan jemputan)
  •  Senarai Penuh (mengikut Susunan Keutamaan)
  •  Senarai Susunan Abjad (mengikut abjad)

 Jenis Jemputan
  • Seorang
  • Berpasangan
  •  Campuran (seorang dan berpasangan)

Kad Jemputan
  • Kad jemputan
  •  Logo organisasi
  •  Jawatan tuan rumah
  •  Nama Majlis
  • Tarikh, Tempat, Masa
  •  Pakaian
  •  Aturcara
  •  No. telefon dan nama pegawai untuk memaklumkan kehadiran
  •  Pelan lokasi dan pelekat letak kenderaan

Pakaian Menghadiri Majlis


  •  Pakaian istiadat
  •  Pakaian Istiadat Siang/ Pakaian Kebangsaan Rasmi/ Morning coat Lelaki/Wanita)Baju Kurung/Kebaya Labuh (Wanita) Cth:- Pertabalan,Mengarak   Panji-panji
  • Pakaian Istiadat Malam/ Pakaian Kebangsaan Rasmi atau Pakaian Kebangsaan Hitam/Black Tie (Lelaki/Wanita)
  • Baju Kurung/Kebaya Labuh (Wanita) Cth:- Jamuan Negara/Negeri
  • Di Istana perlu berselendang jika tidak bertudung.
  • Pakaian Kebangsaan /Lounge Suit GelapBaju Kurung/Kebaya Labuh (Wanita) Cth:- Jamuan meraikan Ketua Kerajaan Asing/Maal Hijrah/Tahlil
  •  Pakaian Kebangsaan Hitam
  •  Pakaian Kebangsaan
  •  Lounge Suit
  •  Batik
  • Pakaian Pejabat

Aspek-aspek penting Jemputan
  •  Senarai tetamu jemputan
  •  Pengedaran kad jemputan
  •  Pengesahan kehadiran 
  •  Senarai kehadiran tetamu jemputan
 Sambutan
  •  Tetamu disambut oleh Penyambut Tetamu yang mudah dikenali
  •  Siap sedia dengan senarai kehadiran jemputan untuk semakan
  •  AJK Induk/Sambutan turut sama menyambut tetamu
  •  Tetamu kehormat disambut oleh tuan rumah
 Tugas Penyambut Tetamu
  • Menjemput tetamu masuk ke dewan majlis
  • Mengiringi dan menunjukkan tempat duduk tetamu
  • Melayan sebarang pertanyaan tetamu
  • Menyerahkan buku aturcara/program kepada tetamu
  • Sentiasa menunggu tetamu di pintumasuk dewan majlis

 Bilik Menunggu
  •  Memudahkan penyelarasan dan persediaan dewan
  •  Memperkenal dif yang akan berada dipentas
  •  Menunggu tetamu kehormat (VVIP)oleh tetamu jemputan (VIP)
  •  Menyampaikan cenderamata
  •  Taklimat kepada tetamu kehormat mengenai perjalanan majlis

 Pengacara Majlis (MC)
  •  Mengawal majlis
  •  Membuat pengumuman
  •  Memberi panduan kepada hadirin tentang majlis yang sedang dan akan berjalan
  • Teks disediakan/disemak oleh penganjur

 Aturcara Pentadbiran
  •  Dokumen panduan disediakan penganjur untuk AJK dan petugas
  •  Catatan terperinci termasuk masa,perkara, nama pegawai,pelan, pegawai penyelaras, aktiviti pergerakan dsb.
  •  Dokumen rujukan utama pengurus pentas (stage/floor manager) bagi mengendalikan majlis bersama-sama petugas-petugas lain
  • Disediakan bagi memastikan perjalanan majlis
  • Setiap pergerakan dan pegawai bertanggungjawab diputuskan dan dicatat di dalam atur cara pentadbiran.
  • Kegunaan :
i) Sebagai panduan kepada “floor manage”/ Urus setia.
ii)Memudahkan tindakan pembetulan dilakukan jika berlaku
kesilapan.
iii) Sumber rujukan pada masa hadapan.
33
RAPTAI

  • 1 atau 2 hari sebelum hari sebenar
  • Raptai biasa dan raptai penuh
  • Ikut waktu sebenar & aturan sebenar

PENENTUAN SUSUNAN TEMPAT DUDUK
 
ARAHAN BERTUGAS

  • Mengikut keperluan
  • Dikeluarkan 1 minggu sebelum majlis atau mengikut kesesuaian
  • Dapatkan pengganti jika tidak dapat bertugas.

 Aturcara Majlis
  •  Panduan kasar kepada tetamu
  •  Ringkas
  •  Makluman kepada tetamu ~ waktu ketibaan tetamu kehormat, acara utama dimulakan, majlis dijangka tamat
  • Dimasukkan dalam buku cenderamata dan kad jemputan

Buku Cenderamata
  •  Mengandungi ~ butiran mengenai  majlis, kata-kata aluan, aturcara,
         penghargaan
  •  Diletak lebih awal di meja bagi tetamu kehormat
  •  Bagi tetamu jemputan biasa diserahkan oleh penyambut tetamu semasa memasuki dewan majlis