Rasanya lama juga tangan ini tidak menari-nari menitipkan cerita di bloq nie...Bermula di bulan Ramadsn dahulu hinggalah kini...Bukannya apa terkadang perasaan yang bermain dilubuk hati terlalu sukar untuf ditafsirkan dengan kata-kata..
Bermula Aidilfitri suka duka mula silih berganti..Raya kedua saat gembira di kala melihat adik tercinta mengikat tali pertunangan dan di hari yang sama ulangtahun perkahwinan aku dan suami..Pejam celik rupanya sudah 12 tahun pengkongsian hidup aku dan dia.Bahagia dengan kehadiran 4 cahayamata dan bakal menimbang cahayamata kelima Aprill 2011.Terasa begitu singkat pengkongsian hidup ini lantaran kasih sayang yang dilontarkan padaku tak terbelah bahagi..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku terlalu bersyukur dengan jodoh yang ditetapkan untukku ini..Buat suami tercinta..terima kasih atas segala pengorbananmu..
Aidilfitri juga mata ini diberi peluang menatap wajah ceria ayah kerana dapat kutunaikan hajatnya beraya dengan motosikal baru..Andai kata antara kita umur tak panjang...mungkin perasaan terkilan ini pada ayah dapat kukurangkan...Tapi ada satu perkara lagi yang tak dapat ayah penuhi untukku ....Semoga Allah akan membuka pintu hatimu..
Raya kedua jua pulang menziarahi mertua di KB....Perasaan terkejut melihat Ma yang terlantar di sofa usang ..Rupanya sudah dua minggu Ma menderita sakit berpunca jatuh di bilik air ditambah lagi dengan kerosakan paru-paru yang dihadapinya sekian lama.Rasa berdosa sangat pada Ma..seolah ak u mementingkan diri .kerana kalau ikutkan giliran tahun ini aku dan keluarga sepatutnya beraya di Kota Bharu selepas itu barulah di Terengganu..
Melihat keuzuran Ma...seakan gerak hati ini mengetahui Ma akan pergi..Lantas aku mengambil keputusan untuk membuat gotong royong membersihkan rumah besar-besaran sambil dibantu oleh adik-adik ipar dan ipar dua yang lain..Sempat jua Ma menggunakan katil dan tilam yang kubelikan untukknya...Masih kuingat ketika tanganku ligat membersihkan dinding rumah serta membersihkan segala yang ada dirumah tu...aku cukup perasaan Ma memerhati apa yang kulakukan..Sesuatu yang kuperasan perubahan Ma...ketika aku mengelap tangan,muka dan badannya,Ma seolah-olah tidak ingin aku berhenti ..Sempat jua kusisirkan rambutnya,sempat jua ku buat bubur untukknya..Tapi satu yang dapat kutunaikan Ma menyuruhku mengunting rambutnya tapi ku menolak kerana aku tiada kepandaian dalam kepakaran mengunting rambut..Akhirnya saat aku dan keluarga akan pergi jua meninggalkan Ma..Airmata suamiku mengalir laju sambil memeluk erat Ma..Kesedihan terus menghuni pintu hatiku..Lantas aku jua mengambil kesempatan memeluk Ma dan sempat jua kucium pipinya kiri dan kanan.Rasanya itulah pertama kali dalam hidup aku sejak bergelar menantunya kulakukan sedemikian rupa,seolah-olah mengetahui itulah ciuman pertam dan terakhir buatku pada insan yangkupanggil Ma..Kerana selepas 3 hari kepulanganku ke Kuching ,satu berita yang sememangnya tidak sanggup kudengar terpaksa jua ku terima..Ma pergi tak kembali pada tepat pukul 10.00 pagi di hari Selasa. pada 21 September 2010.Air mata terus mengalir laju tanpa kuhiraukan anak-anak murid dan guru yang lain.Terbayang terus kesedihan suami kerana kehilangan ibu tersayang..Dalam masa yang sama terpaksa kami terima hakikat untuk tidak dapat menatap wajah Ma kali terakhir hanya kiriman Al-Fatihah dari kejauhan dikirimkan..
Sampai di KB jam dah menunjukkan 7.45 malam..Sampai dirumah hanya airmata yang tak mampu ku tahan apa tah lagi pada kesedihan yang dialami suami ketika itu..
Airmata mengalir laju takkala mendengar cerita Ma pergi de ngan memakai baju yang kuberikan padanya ,di atas katil dan tilam yang ku betikan..Sebelum kucuci dan bersihkan baju dan segala yang digunakan oleh Ma...hati begitu sayu lantas ku cium berkali-kali mencari bau yang Ma tinggalkan untuk melepaskan rindu...Benarlah kata orang bila dia pergi barulah kita tahu kebaikannya...Sememangnya aku tidak dapat nafikan Ma..ibu mertua yang begitu baik..Mungkin aku yang selalu berprasangka padanya..Maaf aku Ma....Doaku Ma..sentiasa tenang di alam sana Semoga ALLah sentiasa merahmatimu...
Kembali ke Kuching semula mengambil masa juga pada suamiku untuk pulih dari kesedihannya.Dalam masa yang sama rupanya mak pula berkecil hati apabila kepulangan ku ke Kb yang langsung tidak menghubunginya di Terengganu menimbulkan salah sangka..Kusangkakan mak faham dengan situasi ketika itu...Berdosanya rasa hati apabila membuat Mak rasa terkilan dengan anak-anak...Lantas aku terus menelefon menceritakan situasi yang berlaku.Nasiblah Mak ceria selepas itu....Untuk mengambil hati Mak..suami telah mengajak mak datang ke Kuching.Alasannya untuk menikmani diriku semasa ketiadaanya di Kuching.Tak sangka mak sanggup datang dengan Kak Jan dan Fatin yang sanggup tidak ke sekolah selama 2 minggu..Hari -hari yang kulalui semenjak mak dan kak jan di sisi amat membahagiakan..Telah lama saat dulu aku idamkan kembali berulang..Apatah lagi pada anak-anakku semuanya bahagia dengan kehadiran nenek dan mak teh nya..Tetapi masa begitu pantas berlalu,2 minggu terasa begitu sekejap..Akhirnya mak dan kak jan telah kembali ke kg..Semenjak Mak pulang rupanya hingga kini Mak tidak sihat...Akhirnya kesakitan Mak bertambah ketara apabila Mak di bawa oleh ambulan ke hospital. 5 hari mak di sana dan baru semalam mak pulang..Lega rasa hati bila dapat bercakap dengan mak...Semoga Mak akan kembali sembuh seperti sediakala..Doaku..semoga aku masih diberi kesempatan untuk bersua lagi dengan Mak..Detik masa yang beredar kini se4akan lambat berputar kerana aku tak sabar untuk menanti tarikh 1 Dec 2010 menjejakkan kaki di tanah tumpah darahku...Mak..semoga dirimu akan sentiasa menunggu kepulanganku...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 11 November 2010
Buat Layyinul Hariir
Buat Layyinul Hariir terima kasih atas kunjungan menziarahi blog Memori Seorang Guru...Semoga yang baik dapat dijadikan panduan dan yang sebaliknya jadikan iktibar dalam menempuhi liku-liku kehidupan..TQ.
Langgan:
Catatan (Atom)