Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 20 Februari 2015

Senja di hari ini

Senja selalunya akan mengundang rasa pilu
Betapa hebatnya sentuhan senja
Bisa menyentuh hati yang keras menjadi lembut
Bisa membuat airmata menitis bila rindu datang menyentuh kamar hati
Sungguh bisanya bila tibanya senjakala
Hati pasti berbisik pada kenangan lama
Indahnya waktu itu walau kemiskinan melingkari kerana tika itu diri masih ada dirimu ...mak..ayah serta darah sedagingku yang aku sayangi...tetapi indahnya hanya aku yang tahu
Tika ini senja menyentuh hati membuai rasa pilu
Bila diri kalian tiada lagi di depan mata...
Peritnya sebuah perjalanan mencari rezeki
Nikmat terbesar sudah tidak lagi aku nikmati
Sabarlah wahai hati...moga Allah memberkati usia ini dan insan-insan yang aku sayangi
Agar pertemuan terulang kembali...

-Anak Pantai-

Teman SeMKO 86-90

Teman sekalian
Masa begitu pantas beredar
Sedar tak sedar kita semakin menginjak tua rupanya
Rupanya ada lagi pertemuan kita
Bila berjumpa banyak cerita kita kongsikan
Rupanya kita semua ada cerita yang menarik untuk dikongsi
Bila berjumpa kita imbas balik kenangan zaman sekolah dulu
Dan aku pastinya insan yang paling sedikit berkongsi cerita kerana diri ini tidak punya banyak kenangan manis
Apakan daya
Inilah takdirku

Resepi Pais Ikan Tenggiri

Pais ikan Tenggiri

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
Ikan tenggiri
2 helai daun kunyit
Asam jawa
Garam.gula
2 sudu rempah bunga ros
Sedikit belacan
2 sudu cili boh.
3 sudu kelapa parut

Caranya

Ikan dibersihkan.
Blender bawang merah.putih dan serai
Daun kunyit dihiris halus
Gaul semua bahan tadi dan letakkan ke dalam daun pisang yang telah dilayur
Kalau nak cepat kukus sebentar atau bakar terus di atas kuali tanpa minyak.

Di sebalik Senyum Ini

Wàlau seringkali aku tersenyum...pernah kah cuba memahami senyum ku
Walau seringkali aku ketawa..
Pernah kau mengerti disebalik tawaku
Cuba membuatkan dirimu bahagia
Walau disebalik itu aku sebenarnya terluka
Cuba menghiburkan dirimu dengan lawak jenaka
Walau dihatiku tersembunyi cerita duka
Pernah kau cuba untuk memahami aku
Sepertimana seringkali aku cuba memahami mu
Pernahkah kau cuba meyakinkan aku
Aku jua insan yang pastinya punya perasaan

Malam yang sepi

Pagi yang hening....tidak bisa melelapkan mata... mencari damai yang semakin hilang...mencari kekuatan dalam kesakitan.melupakan sesuatu yang lama terpahat diingatan.walaupun payah kan diri ini usahakan.di waktu ini walau dalam pencarian...kepastian telah tertanam luka dalam hati ini.. terima kasih...
Biarlah ianya berlalu bersama putaran masa..andai ada sesuatu yang menyentuh nalurimu...abaikan saja....