Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 8 Oktober 2011

Terima kasih

thanksfortheadd77.gif 
Terima kasih
kerana budimu
kerana jasamu
kerana ingatanmu
kerana kasih sayangmu

Terima kasih
kerana menjadi teman setiaku
ke kiri dan kanan kutuju
kau tetap bersamaku
dalam apa jua waktu
dirimu ada bila ku perlu

 Terima kasih
kerana sabar dengan sikapku
kerana membuang egomu
demi seorang aku
yang hanya tahu satu
Aku Sayang Padamu.
.http://www.desicomments.com/dc1/08/134796/134796.jpg

~Anak Pantai~



Nostalgia Milik Kita

Memori yang indah
masih tersimpan diingatan
walau diseberang mata dan perasaan kita
hakikatnya tersembunyi satu nostalgia
Yang bersemi itu adalah milik kita
kutahu kau masih menghargai cinta suci
rindu yang terbuku di hati
kekal abadi
kekuatan cintaku tak luntur walau seketika
biar ditelan mentari namun ku masih tetap menanti
dibuangku terasa sayang
kau umpama bintang menyinar
lautan api sanggup direnangi asalkan kita dapat bersama.....
(Lirik lagu nie tak habis nak tulis..kalau nak tahu cubalah dengar sampai habis..for you)
Best jugak bila dengar lagu ni..macam dah lama dengar.padahal baru kali pertama dengar...yang penting lirik lagu tu memang best sangat..


Sementara masih ada

Red Roses 
Sementara masih ada
Gunakan peluang jangan persiakan
waktu dan kesempatan
kerana belum pasti 
esok dan hari mendatang 
belum pasti dalam
genggaman.
Sementara masih ada
rasa rindu yang mendalam
rasa cinta dan kasih
jua sayang..
perliharalah agar tidak pudar dan hilang..
dalam kesuraman
perjalanan perhubungan..
Sementara masih ada
akal dan fikiran
gunakan akal yang waras tanpa
mengikut hati dan perasaan
pasti segalanya akan berjalan dengan
penuh ketenangan
A Rose For you

~Anak Pantai~












Sabtu..kesejahteraan kuharapkan....

Saturday Graphic 
Hari Sabtu yang penuh hening. Ada kesuraman pagi ini kerana mentari masih malu untuk menampakan diri..Apapun syukur pada ilahi kerana hari ini bertambah sihat dibandingkan pada hari semalam .Pening dan mata yang berpinar-pinar secara tiba-tiba semalam bisa mengundang kebimbangan di hati.Mana tidaknya sedang elok bermain dengan Aimy dan Azib tertiba rumah bagaikan berpusing dengan ligatnya.nasiblah tangan sempat tercapai pintu bilik kalau tidak tak tahu apa nak jadi.Selepas itu disusuli pula dengan muntah -muntah.di fikiran terus mencari jawapan pada persoalan kenapa jadi macam ni..nak kata salah makan rasanya tidak sebab belum sempat lagi bersarapan mengalas perut..Atau mungkin tekanan darah yang tidak stabil.Yelah pertambahan usia segalanya berubah termasuk kesihatan kalau tidak dijaga bertambah parahlah jawabnya.Seminggu ini memang diakui kesihatan sedikit terganggu.Kalau sebelum ini saban hari diserang migrain semalam pulak pening yang melampau..rungsing jugak bila memikirkan apakah sebenarnya masalah.begitu juga dengan keguguran rambut yang melampau setiap hari buat hati berdebar-debar..Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat diri ini..
Get Well Soon Graphic #48 
apabila dengar lagu ni teringat suasana kat kg bt rakit...teringat pada kak jan..kerana ketika remaja lagu ini antara lagu yang kak jan dan diri ini suka.. Kenapa suka lagu ni antara kami ada alasan yang tersendiri..Rindu jugak untuk kembali ke alam remaja..Mengulangi segala keindahan ,menambahbaikkan apa yang kurang.
rindu jugak nak dengan leteran mak kerana kenakalan dan kedegilan mengusik mak ....rindu jugak pada teman-teman...