Terima Kasih Atas Kunjungan

Ahad, 10 November 2013

Buat Dia yang aku sayangi...

Buat ibu dan ayah yang ku kasihi....


Ya ALLAH....
atas nama nikmat demi nikmat yang kukecapi...,atas segala pengorbanan yang terpaksa mereka tempuhi..dan atas segala kesusahan yang mereka tanggung kerana membesarkanku ,aku mohon agar insan pertama yang aku sayangi ini ENGKAU redhai.
Aku merayu agar engkau bekalkan mereka kekuatan dan ketabahan hati..

Kasihilah mereka seperti mereka mengasihi Ya Rabbul Izzati kerana diri ini sejujurnya benar-benar kasih dan sayang kepada kedua-duanya.

Semoga mereka sentiasa berada dalam ketenangan juga dalam lindunganMU semasa aku masih hidup dan mampu mendoakan mereka.atau meskipun sesudah aku menutup mata dan pergi untuk selama-lamanya.

Buat MR BUDU...

Ya ALLAH..
Peliharakanlah insan yang kau jodohkan untukku ini dari segala bala bencana.Lindungilah dirinya walau dimana dia berada.Panjangkanlah umurnya..berkatilah segala usaha yang dia curahkan baik padaku,pada anak-anak,juga keluarga serta pada segala kebaikan yang dilakukan olehnya.Sesungguhnya diri ini terlalu menyayanginya....

Memang terlalu bahagia dengannya,diberikan peluang berkongsi zuriat dengannya.Walaupun diri ini BUKAN ISTERI SEMPURNA..tapi menerima diri ini seadanya.Tiada kata yang menggambarkan perasaan ini."Im sorry for what i did to you long ago"...sesekali cuba mat sallehlah pulak..kih2..

ni 11 ciri yang ada pada awak MR BUDU....
  1. Beriman
  2. baik hati
  3. romantik
  4. sensitif
  5. kelakar
  6. pandai masak nasi goreng
  7. hormati /sayang mak ayah saya,adik beradik saya
  8. pandai memujuk
  9. Protokol
  10. Paling penting terlalu sabar....
  11. Lembut hati....mata awak selalu bocor sebab tu airmata awak mudah mengalir kan...
Cukup 11 ciri yang awak ada buat kehidupan saya HAAAPY SOKMO..

TERIMA KASIH MR BUDU...kalau saya dah takde nanti ...simpanlah baju saya tu ya...jangan awak kongsikan pada yang lain...atau bagilah pada rumah anak-anak yatim itu lebih bermakna pada saya..
TOUCHING tak....saje je nak tengok awak nangis je..hahaha//