Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 20 Jun 2015

Rabun mula menguasai diri

Bila meningkat umur...satu persatu kenikmatan hilang.
Sungguh aku tak suka pakai ini...walaupun terkadang kabur yang cukup ketara...
Kata orang buat sahaja...sedaya upaya cuba membaca tanpa memakainya

Kari Ikan Belimbing Buluh

KARI IKAN BELIMBING BULUH

2 ekor ikan selayang - dibersihkan
5 biji belimbing buluh
5 ulas bawang merah - dikisaar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar kerisik
rempah tumis - 4 sekawan
3 tangkai daun kari
500 ml santan
80 ml minyak masak
garam secukup rasa

Tumis rempah tumis 4 sekawan bersama daun kari hingga harum. masukkan bahan kisar dan rempah kari dan masak hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan santan dan ikan. Biarkan seketika hingga mendidih.
Kemudian masukkan belimbing buluh dan garam  dan gula secukup rasa.

Ikan Selayang Goreng Berlada

Bahan bahan:
2 ekor ikan selayang- kelar & lumur garam kunyit
1/2 biji bawang besar - tumbuk
10 tangkai cili kering
1/2 helai daun kari
1 asam keping
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak mengikut jumlah yang sesuai supaya sambal tidak kering. masukkan cili kering yang dikisar bersama bawang. Masukkan juga daun kari

Tumis sehingga cili masak dan keluar minyak.
Tambah gula.garam .ajinomoto dan asam keping atau asam jawa..
Sesuaikan dengan rasa

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:
Beberapa keping ayam  - potong kecil
2 sudu butter
1 cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Hanya Aku

Hanya aku
Yang mengusung rindu
Hanya aku yang mengharapkan
Tali itu tidak terputus
Hanya aku
Cuba mengemgam bara api biarpun panas tapi masih kugapai jua
Hanya aku yang impikan
Kebahagian dan kesejahteraan kita
Hakikatnya semakin jauh dan jauh
Hambar ibarat tiada garam untuk kau rasa masinnya
Tiada lagi kemanisan seperti madu
Suatu ketika yang kita kecapi dulu.
Prasangka dan egois
Menjadi milik kita kini..

Kategori KAWAN

Saje nak menulis...lama dah tak cara blog seperti yang aku jaga dulu-dulu..
Tapi kalau di tanya blog inilah yang paling aku sayang...luahkan segala di sini terapi diri terapi minda dari segala tekanan...

Orang kata...manusia ni pelbagai ragam.betullah dah pelbagai ragam manusia yang aku temu sejak diberi peluang bernafas di dunia fana ni.

1. Ada yang datang pada kita semata-mata hanya ikhlas untuk berkawan.sama-sama kongsi cerita suka mahupun duka tanpa ada udang di sebalik batu atau niat yang tertentu.tapi pasti sangat jarang ditemui..kalau ada hargailah dirinya.orang macam ini yang pasti buat kita bahagia.

2.ada yang datang pada kita konon ikhlas berkawan dengan kita.hakikatnya ada niat yang tersembunyi.pancing kita dengan hanya satu dua kata.sekejap ada sekejap hilang.bila susah kitalah yang dicari.kawan yang macam ni hanya sekadar untuk dia gunakan kita sebagai pelepas masalah kita.semua orang yang dia buat kawan akan jadi mangsa dia.hati-hatilah kalau berjumpa kawan srperti ini. Kalau dia tak beredar fari hidup kita .biarlah kita sendiri yang angkat kaki.

3.ada juga kawan yang berpura-pura.di depan kita dia burukkan orang tu.sedangkan hakikatnya dia terlalu rapat dengan orang yang diburukkan.ini namanya talam dua muka.semoga kita tak tergolong dalam golongan ni

4.ada juga kawan sekejap baik sekejap sombong dengan kita.hari ni bergelak ketawa esok macam tak kenal langsung dengan kita.bila dengan kita kata kitalah sahaja insan yang boleh kongsi suka duka.hakikatnya semua orang dia cerita perkara yang sama...alahai...

5.ada kawan yang dulu susah senang bersama..tapi kini ibarat anjing dan kucing kerana wujudnya prasangka...nak buatnya macam mana kawan tetap kawan kalau adik beradik pastinya air yang dicincang tak akan putus..

Apapun telahpun kutemui kawan sejati yang begitu memahami diri ini..

Beberapa Amalan Rasulullah

Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:*
jangan makan SUSU bersama DAGING* jangan makan DAGING bersama IKAN* jangan makan IKAN bersama SUSU*
jangan makan AYAM bersama SUSU*
jangan makan IKAN bersama TELUR* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD* jangan makan SUSU bersama CUKA*
jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel*
jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu*
jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda
Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

FAKTA: Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Balik Kg Tanpa gajet lebih indah rupanya

Seronok melihat gelagat anak-anak bermain permainan kampung..permainan mak ayah dia dulu-dulu.
Terbukti kan zaman kanak-kanak pada masa dulu lebih indah untuk dihayati