Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 20 Jun 2015

Kategori KAWAN

Saje nak menulis...lama dah tak cara blog seperti yang aku jaga dulu-dulu..
Tapi kalau di tanya blog inilah yang paling aku sayang...luahkan segala di sini terapi diri terapi minda dari segala tekanan...

Orang kata...manusia ni pelbagai ragam.betullah dah pelbagai ragam manusia yang aku temu sejak diberi peluang bernafas di dunia fana ni.

1. Ada yang datang pada kita semata-mata hanya ikhlas untuk berkawan.sama-sama kongsi cerita suka mahupun duka tanpa ada udang di sebalik batu atau niat yang tertentu.tapi pasti sangat jarang ditemui..kalau ada hargailah dirinya.orang macam ini yang pasti buat kita bahagia.

2.ada yang datang pada kita konon ikhlas berkawan dengan kita.hakikatnya ada niat yang tersembunyi.pancing kita dengan hanya satu dua kata.sekejap ada sekejap hilang.bila susah kitalah yang dicari.kawan yang macam ni hanya sekadar untuk dia gunakan kita sebagai pelepas masalah kita.semua orang yang dia buat kawan akan jadi mangsa dia.hati-hatilah kalau berjumpa kawan srperti ini. Kalau dia tak beredar fari hidup kita .biarlah kita sendiri yang angkat kaki.

3.ada juga kawan yang berpura-pura.di depan kita dia burukkan orang tu.sedangkan hakikatnya dia terlalu rapat dengan orang yang diburukkan.ini namanya talam dua muka.semoga kita tak tergolong dalam golongan ni

4.ada juga kawan sekejap baik sekejap sombong dengan kita.hari ni bergelak ketawa esok macam tak kenal langsung dengan kita.bila dengan kita kata kitalah sahaja insan yang boleh kongsi suka duka.hakikatnya semua orang dia cerita perkara yang sama...alahai...

5.ada kawan yang dulu susah senang bersama..tapi kini ibarat anjing dan kucing kerana wujudnya prasangka...nak buatnya macam mana kawan tetap kawan kalau adik beradik pastinya air yang dicincang tak akan putus..

Apapun telahpun kutemui kawan sejati yang begitu memahami diri ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!