Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 18 Januari 2011

Contoh Pantun Perasmian,Penutupan dan Sebagainya


 Bukan rumput sebarang rumput
 Rumput penghias tepi halaman
 Bukan jemput sebarang jemput
 Jemput memohon kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan 
Jakan berlapan di malam kelam
sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri
Busana Indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan.

Duduk sekawan si burung unta
Tepi keramat di waktu malam 
Padamu tuan kami meminta
Kata azimat penutup kalam

Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Jangan tertawan alpa duniawi
hanya indah serupa mimpi
Duhai pahloawan ksatria pertiwi
Hulurkan madah kata perasmi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
mesra kenangan sepanjang zaman.

Terbang sekawan siburung merbuk
Batang selasih di Tanjung Jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra.

Sunggtuh indah bunga kemboja
di bawah aaatap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan budiman.

Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para 
Jatuh ditimpa  buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Kedah ke pekan Sari
Beli suasa di Kota Tinggi
selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi.

Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan. 

Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Ingin rasa memakan kari
Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi 
Bertemu tuan yang baik budi.  



 

 

Koleksi Diri

Gaya Aimy..

pic81g.gif 

Merah itu Semangatku...Menyala

 
Hari ini cuaca medung je panas tak hujanpun tak...Tapi perjalanan hari-hari ku sebagai seorang guru berjalan dengan lancar pagi ini..Melihat reaksi anak-anak murid dan tindakbalas dengan pengajaranku menjadikan dir ini ceria..
Saje hari nie pakai baju warna merah sebagai terapi supaya jiwa aku nie kuat menghadapi segala cabaran pada hari ini...
paling aku seronok ramai juga yang sudi mengunjungi blogku yang tak seberapa ini..Terima kasih Ya...
SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT PENGIKUT BARU MRMNJ kerana sudi mengikuti blog ini ..Khas juga semua rakan-rakan lain yang mengikuti blog ini...
thanks-for-add80.gif