Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 3 April 2012

Cuti Sakit 2 Hari

Hari ini saya masih bercuti sakit.
Semalam pergi ke hospital dan doktor memberikan cuti selama dua hari iaitu semalam dan hari ini.
Kesihatan semakin beransur pulih.
Harap esok dapat kembali ke sekolah jumpa dengan anak-anak murid.
Paling utama tidak menyusah orang lain untuk mengantikan kelas kita.
Kalau boleh tak mahu orang susah kerana kita,biarlah orang selalu menyusahkan kita.
Doakan saya sembuh sepenuhnya ya..

Sekitar Lawatan Guru dan Pelajar PPKI SMK Felda Jelai,Negeri Sembilan

































Contoh Pantun Bacaan Doa

Flowers
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon Rahmat
Moga majlis mendapat berkat.

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana ditinting kias ibarat
Angkat tangan  jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat.

Flowers

Garam ada kicap pun ada
Sayang lada terlupa bagi
Pantun ada ucapan ada
Sayang tiada berdoa lagi

Flowers
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Flowers
Tetak buluh kajang sepuluh
Mari jolok sarang penyegat
Angkat tangan jemari sepuluh
Doa dipohon biar selamat. 
 

Contoh Pantun Di Akhir Majlis

Blue Roses 
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawahlah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Blue Roses 
Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Blue Roses 
Pohon beragan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah tuan membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Blue Roses 
 Di atas dahan burung tempua 
Melihatrusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi
Blue Roses 
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Blue Roses 
Dari Rokan ke Indragiri
Membawa tinta ke Kuala Linggi
Baliklah tuan rehatkan diri
Esok kita bersua lagi

Blue Roses 
Dari Kedah ke pekan sari
Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi


 

Sekitar Majlis Pertunangan Anak Kak Diah



 Cincin langkah bendul dan cincin pertunangan

 Majlis menyarungkan cincin
 Tersenyum manis selepas sah menjadi tunangan orang
 Perbincangan di antara pihak lelaki dan perempuan
 Ibu pihak perempuan Kak Diah berselendang hitam
 Semua tu hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki
 Tetamu
 Antara wakil dari pihak lelaki
 Tak sangka jumpa bekas anak murid kat majlis ni.Atiqah namanya.
 Alya bersama Kak Diah

 Liza salah seorang anak Kak Diah







 Rombongan pulang pihak lelaki