Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 5 November 2016

Kunjungan Mantan Pengetua SMK Demak Baru

Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan gembira dan bersyukur kerana menerima kunjungan antara insan yang sangat saya hormati Pn Hajah Fatimah Hamid...tak sangka beliau datang melawat saya di Alam Impian ni..
Terima kasih cikgu..segala budi dan jasa cikgu saya akan kenang hingga akhir hayat saya
Segala ilmu yang cikgu berikan hingga kini menjadi panduan saya di sekolah yang baharu.tiada perkataan yang sesuai untuk saya gambarkan bagaimana saya menghargai segala jasa cgu..
Semoga Allah temukan kita lagi
terima kasih kerana bawakan kek hati parik dan nata de coco

Majlis Perpisahan Dan Jamuan Akhir Tahun Guru /PPM PPKI SMK KAMPONG JAWA

Tema makanan ala kampung..terbaik uools...
Happening gituw

Pantun kasih sayang

cantik sungguh bulan purnama
menyinari malam menceriakan suasana
biarpun kita tak lagi bersama
namun ingatan tetap padamu di sana.

Anak Pantai
5 Nov 2016



Dari hati Ini

hari demi hari
aku sentiasa menanti
walau musim berganti
walau masa berlalu pergi
dirimu yang aku rindui

resah ditika malam sunyi
aku pasrah menanti
sepi disiang hari
aku menangis dalam hati
tanpa kusedari airmata basah di pipi

kasih...
jujurku kuakui
kau tetap ku rindui
walau bibir mengucapkan kata benci
kerana hati tak dapat kubohongi...
doaku disuatu hari
kau dan aku bertemu lagi


untuk sekian kali
kunyatakan disini
kau tetap kusayangi
biarpun kini diriku
taklagi kau peduli

Nukilan rasa : Anak Pantai
5 Nov 2016
SALAM dlm kenangan