Jalinan Persahabatan Kita

Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Ahad, 25 Mac 2012

Contoh Teks Ucapan Pengacara Majlis Sempena Sambutan Hari Guru 2012

Good Day 

CONTOH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK DEMAK BARU
2012

( Teks ucapan dibawah adalah sekadar contoh  yang saya sediakan untuk rakan –rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru ..Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK Demak Baru.Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)




PENGENALAN


PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH
.
 PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DATARAN SMK DEMAK BARU.

PERARAKAN GURU

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU

MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA  DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.


Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YANG BERUSAHA
 EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU


YANG DIHORMATI

EN BUSMAN BIN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI,
PN MISIA BINTI HJ ZAIN
PENOLONG KANAN AKADEMIK

YANG DIHORMATI,
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
 PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
.
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
PENOLONG KANAN  PENDIDIKAN KHAS,

BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA  SMK DEMAK BAR.
AJK-AJK  PIBG SMK DEMAK BARU.
 BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI.DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2012..”GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMAS PENDIDIKAN  NEGARA” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.


NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.
BACAAN BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati


BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu



UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
 
DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .

RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.


UCAPAN MENTERI PELAJARAN
SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .



UCAPAN WAKIL PELAJAR.
Dapat banyk BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN  tanda guru sentiasa diingatan.


PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.
Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.



UCAPAN YDP PIBG

PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA USTAZ BUSMAN RAMLI YG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS UCAPAN ITU TADI.


 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA

TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HAJI HASBI PENGETUA SMK DEMAK BARU BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN HARI GURU SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN .

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI

ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA  BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DIATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.

BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU


BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN  MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN SAEII BISUNI .MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS …DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.


PERSEMBAHAN MURID PPKI
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEBAGAI KENANGAN DIHALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN NYAYIAN YANG BERTAJUK ……………………………………...

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGI .
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.
PERSEMBAHAN TARIAN

SETERUSNYA PULA MARLAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARIPADA KELAB KEBUDAYAAN DI BAWAH PIMPINAN CIKGU SAIEE.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..

CABUTAN BERTUAH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KITA HENTIKAN SEKETIKA ACARA PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA UNTUK MEMBERI LALUAN CABUTAN BERTUAH PULA.DENGAN SEGALANYA HORMATNYA MENJEMPUT PN MISIA HJ ZAIN,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK MENCABUT LIMA NOMBOR BERTUAH.DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU………………………….


PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS

MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI
.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU


MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN LAGU PUISI
Guru…
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..

PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.


PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.



WARGA PENDIDIK,WARGA KERJA SERTA RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN..
ACARA PADA PAGI  YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA BADAN BERUNIFORM  KELAB DAN PERSATUAN KEPADA  INSAN YANG KITA SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU EN RAMBLI BIN HJ HASBI.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT  PENOLONG-PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA  KE PENTAS BAGI MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.

 PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI PELAJAR-PELAJAR SMK DEMAK BARU.UNTUK MAKLUMAN ,TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU.SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN .UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG
DIMULAKAN DENGAN
   * Anugerah Guru Paling Rajin.
    * Anugerah Guru Paling Berdedikasi
    * Anugerah Guru Paling Berketrampilan
    * Anugerah Guru Paling Periang
    * Anugerah Guru Paling Prihatin
    *Anugerah Guru Paling Penyayang
    *Anugerah Guru Paling Popular

PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF

BERSENJATAKAN PENA KERAMAT
BERBEKALKAN ILMU DI DADA PENUH SARAT
MELANGKAH SANG GURU PENUH SEMANGAT
KE GELANGGANG PENDIDIKAN UNTUK BERKHIDMAT
DENGAN SATU MISI DAN MATLAMAT
SEMOGA  JASA GURU MENDAPAT RAHMAT
DEMIKIAN SIFAT GURU BERKUALITI
KERANA SEMEMANGNYA..
GURU   INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI  PENDIDIKAN NEGARA.

ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI GURU PADA TAHUN INI IAITU “Guru Inovatif  Melonjakkan  Tranformasi  Pendidikan N egara”.PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA ………………………………………………………………….KERANA KEPRIHATINAN SERTA SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK DEMAK BARU DENGAN MENCETUSKAN IDEA-IDEA ,KREATIVITI SERTA TENAGA DEMI MEMPERTINGKAT MARTABAT PELAJAR-PELAJAR  DI SMK DEMAK BARU.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA……………………………………………
ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi


SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS DISEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terimakasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang berarti tuk hari depan
Terimakasih cikgu yang telah membantukami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terimakasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan
Terimakasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terimakasih cikgu yang tak pernah menyerah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguh
Terimakasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan


kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA Guru,

 SEMUA SAYANGI INI.

NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “IBU PERTIWKU”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK.MUDAH MUDAHAN…

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI  SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI

SEKIAN.SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…


( ” Selamat Hari Guru ” buat semua warga pendidik tanahair. Andalah GURU inovatif yang bisa melonjakkan tranformasi pendidikan negara . Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.)




39 ulasan:

  1. SEmoga kawan2 tak lupa tinggalkan pesanan sepatah du kata kat sini ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu, mohon izin untuk menggunakan contoh teks ini di Majlis Sambutan Hari Guru 2014. Terima kasih, semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

      Padam
    2. Sama2 ..saya doakan agar segalanya berjalan lancar

      Padam
    3. terimakasih daun keladi semoga murah rezeki

      Padam
    4. Sama.2 semoga kita sentiasa dirahmati

      Padam
  2. terima kasih bnyak2 cg...
    sy memang tengah cri teks utk mc tuh hari guru....
    alhamdulillah,,
    cg menyenangkan kerja sy...
    arigato gozaimas!

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat. Terima Kasih, cikgu..

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu... minta izin utk copy n edit ckit.. thanks...

    BalasPadam
  5. salam...saya Rohani dr Besut,Trg...Terima kasih atas niat murni cikgu berkongsi teks pengacara majlis ini...setiap tahun di sekolah saya, pd hari guru, cikgu yg jd mc...sbg org yg berpengalaman dlm penyediaan teks..adakah teks di atas sesuai untuk di baca oleh cikgu atau lebih sesuai untuk pelajar yg menjadi mc...? terima kasih...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Cikgu Rohani...biasanya teks untuk di atas sy buat kan untuk pengawas yg jadi Mc pada hari guru..Selama saya mengajar dan sambut hari guru ,pengawas yg mengacarakan majlis...Saya tak tahu pulak di sek pantai timur..Kalau untuk guru..teks saya tu kenalah ubah suai sikit.Rasa nya cikgu blh beri cadangan gunakan pengawas untuk jadi emcee..baru nampak pelajarmenghargai guru...

      Padam
  6. THANKS BEBANYAK CIKGU...SAYA SUKA DGN KATA-KATA CIKGU..CUMA SAYA KENA EDIT SKIT JER SBB SAYA YG AKAN MENGELOLAKANNYER DI SKOLAH NANTI..BUKAN PELAJAR.....ANYWAYS..THANKS A LOTS...N SLAMAT HARI GURU BUAT CIKGU..PENGORBANANMU RASANYER LEBIH BERMAKNA SEBAGAI SEORANG GURU KERNA TUGAS YANG DIPIKUL HANYA DIUTUSKAN UTK ORG2 YANG PENYABAR SEPERTI CIKGU MENDIDIK ANAK2 ISTIMEWA...SAYA SANJUNGI JASA BAKTI CIKGU UTK MEREKA..TERUSKAN USAHA MURNIMU..PAHALAMU TERLALU BESAR DI SISI-NYA N JIWAMU TERLALU KENTAL MELAYARI HIDUP SEBAGAI SEORG INSAN BERGELAR GURU... SLAMAT HARI GURU CIKGU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Mama@twins...Kita ni ditakdirkan mendidik anak2 org kan..Selamat Hari guru jugak saya ucapkan semoga kita sentiasa menjadi guru yg disayangi oleh anak2 murid serta menjadi guru yg dedikasi,saya doakan segalanya berjalan lancar ya Cikgu :)

      Padam
  7. salam cikgu..mohon tuk copy teks pengacara majlis ini..terima kasih banyak2 cikgu..di sekolah saya juga, guru yang jadi mc..
    anyway, thanks cikgu n selamat hari guru juga !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Guru :) saya ucapakan pada cikgu jgk..

      Padam
  8. Thanks a lot!

    BalasPadam
  9. salam...terima kasih yer cikgu sebab telah menyelamatkan saya dgn teks ucapan utk hari guru ni..sy mintak izin yer cikgu copy teks mc ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2...semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  10. Tq cikgu. First time jd MC Hari Guru ni, tak ada idea. Tp cikgu dah meringankan kelapa saya utk memikirkan skrip . TQVM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi..kesian..tp bagus tu cari pengalaman..buat yang terbaik ya.

      Padam
  11. Terima kasih cikgu. Syukur saya dipertemukan dengan blog cikgu kerana ianya menjadi sumber ilmu selaku gpk koko sek.mohon izin untuk share dan copy. Semoga menjadi amal jariah yang berkekalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kalau blog saya dapat membantu kawan2 di luar sana..ini sahaja yg dapat saya bantu..Selamat Maju Jaya Untuk cikgu

      Padam
  12. TYVM CKGU.MINTA COPY YEA...

    BalasPadam
  13. trm ksh....sye copy....moga usaha dberkati...amin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cikgu...buat yg terbaik dan semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  14. Alhamdullillah, terjumpa teks yang sesungguhnya sangat menarik dan istimewa ini. Dapatlah digunakan Khamis ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  15. TQ, DAPAT TEKS PENGACARA MAJLIS INI....BOLEH DAPAT IDEA...NAK GUNA KHAMIS NI...UBAH SUAI SIKIT JE. SAMA2 RAIKAN HARI GURU.....JASAMU DIKENANG

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga segalanya berjalan lancar..Selamat hari Guru untuk cikgu jugak

      Padam
  16. TQ. BANYAKNYA MANAFAT TEKS PENGACARA MAJLIS INI.....DOA SAYA MOGA-MOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU, TERIMA KASIH DAUN SEMALU, KALAU BOLEH NAK MCM INI SELALU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2..semoga segalanya berjalan lancar ya...terima kasih kerana sudi berkunjung di blog memori seorang guru

      Padam
  17. terima kasih atas perkongsian ilmu..sgt brmanfaat..terima kasih banyak2...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2..terima kasih kerana menghargai...

      Padam
  18. salam,..cikgulah yang terbaik. moga cikgu dirahmati dan dianugerahkan dengan ilmu yang bermanfaat. terima kasih dengan perkongsian yang amat membantu semua. terima kasih banyak-banyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semga kita sentiasa dibawah rahmatnya ya...terima kasih cikgu..kita saling bantu membantu

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!

Copyright© All http://kenangansilam-ita.blogspot.com