Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Selasa, 2 Oktober 2018
KERTAS CADANGAN PEMBBELIAN KABIN UNTUK PROGRAM TRANSISI KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPONG JAWA
JALAN RAJA NONG
KLANG
KERTAS CADANGAN PEMBBELIAN KABIN UNTUK PROGRAM TRANSISI KERJAYA
MURID BERKEPERLUAN KHAS
MEMACU KEHIDUPAN KE ARAH BERDIKARI
DISEDIAKAN OLEH
PN NORZITA MOHAMED
1.0 PENGENALAN
Program Transisi Kerjaya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa telah dimulakan pada awal Januari 2016. Program transisi kerjaya mempunyai matlamat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas, iaitu melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif .
Bermula Januari hingga kini pelbagai aktiviti seperti jualan ,masakan dan kraftangan telahpun dilaksanakan dan aktiviti ini pastinya menjurus ke arah membimbing murid PPKI mendalami ilmu keusahawanan. Usaha membudayakan keusahawanan di kalangan murid telah mula disemai sejak dibangku sekolah rendah lagi .Pembudayaan ini diteruskan lagi di sekolah menengah melalui mata pelajaran vokasional.
2.0 RASIONAL
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan kebenaran daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Jawa untuk mengutip sumbangan bagi membeli kabin untuk murid-murid berkeperluan khas menjalankan aktiviti keusahawanan.Masalah kekurangan tempat dan ruang yang sempit adalah salah satu faktor utama yang menyekat aktiviti keusahawanan berjalan lancar.
Berdasarkan keadaan tersebut ,adalah wajar dipertimbangkan agar pembelian kabin bagi memantapkan dan memperkasakan lagi aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa
3.0 SASARAN
Bilangan guru dan murid yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan di PPKI SMK Kampong Jawa adalah:
3.1- 2 orang guru PPKI
3.2- 8 orang murid Kelas F
3.3- 4 orang murid Kelas G
4.0 OBJEKTIF
Cadangan perlaksanaan projek pembelian kabin sebagai usaha untuk :
4.1 Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan.
4.2 Membekalkan kemahiran asas vokasional terutamanya kepada murid pendidikan khas yang berpotensi untuk bekerja.
4.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid disamping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program Pendidikan Khas.
4.4 Membolehkan guru merancang dan mengurus proses pengajaran-pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dengan lebih mantap bagi mencapai matlamat dan objektif program transisi ke kerjaya PPKI SMK Kampong Jawa.
4.5 Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana ,masyarakat dan sebagainya
5.0 TEMPAT/KEDUDUKAN KABIN
Tempat yang paling sesuai dan strategik adalah di tapak pondok bersebelahan bangunan baru PPKI.
6.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Tuan Haji Mohaad Kamaludin Taib
(Pengetua SMK Kampong Jawa)
Timbalan Pengerusi : Puan Normala binti Misman
( Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 1 : Pn Noraizah bt Mohd Noor
( Penolong Kanan Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : Pn Puziah bt Tuban
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa)
Naib Pengerusi 3 : Tn Hj Muzikir bin Mohamad
( Penolong Kanan Kokurikulum )
Naib Pengerusi 4 : En Amir Saifuddin bin Abdul Majid
( Penolong Kanan Petang )
Penyelaras Program : En Hairudin Md Zain
AJK : Pn Azwin Fairuz bt Ajidan
: En Shokri bin Hashim
: Pn Faridah bt Mokhtar
: Pn Ter Bee Ser
6.1 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn Normala bt Misman
(PK Pendidikan Khas SMK Kampong Jawa)
Setiausaha : Pn Norzita bt Mohamed
:
AJK Guru : 1. Pn Nurul Hazwani Bt Nik Cik
AJK PPM : 1.Pn Noraizah Bt Salip
AJK Murid : 1. Muhammad Ikhwan Zul Qayyun bin
Mohd Saat.
2. Nurul Syafiqah bt Saprisal
3. Chia Xing Qian
4. Muhammad Zafri Kusyairi bin Sylvester
5. Chugenthiran a/l Logathasan
7.0 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS
Anggaran perbelanjaan bagi pembelian kabin adalah seperti butiran berikut :
BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH(RM)
1. Khemah berukuran 10x10 2 buah
RM 2,400.00
2. Meja dan Kerusi Meja (2 buah)
Kerusi (8 buah) RM 120.00
80.00
3. Almari 1 RM 180.00
4. Apron dan Topi Apron (8)
Topi (8) RM 360.00
RM 160.00
5. Banner RM 150.00
6. Balang Air 2 RM 400.00
7. Mesin ABC 1 RM 300.00
8. Sealer 1 RM 100.00
9. Mesin Kira 1 RM 300.00
10. Agen Pencuci RM 50.00
11. Plastik RM 100.00
12. Stiker RM 100.00
JUMLAH RM 5.500.00
8.0 PENUTUP
Pembelian kabin murid Pendidikan Khas ini amat diperlukan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid PPKI mencungkil dan mengasah minat mereka dalam bidang keusahawanan. Dengan latihan kemahiran pekerjaan yang disediakan, kami berharap murid-murid PPKI akan meningkatkan pengetahuan demi kemajuan kerjaya mereka dan akan memperoleh kerjaya apabila tamat persekolahan nanti.Semoga dengan adanya satu kabin ini dapat membantu pihak sekolah dan PPKI SMK Kampong Jawa bagi memacu insan istimewa kea rah kecemerlangan pendidikan dan kemahiran kendiri yang tinggi setara dengan tahap keupayaan sedia ada murid Pendidikan Khas.
Disediakan oleh,
_________________
(Pn NORZITA MOHAMED)
Guru Projek Transisi Kerjaya
PPKI SMK Kampung Jawa
Disokong / Tidak Disokong oleh,
_______________________________
(PN NORMALA MISMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas
PPKI SMK Kampung Jawa
Dilulus / Tidak Lulus oleh,
_______________________________
(TUAN HJ MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB)
Pengetua
SMK Kampong Jawa
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI KETIGA SMK KAMPONG JAWA 2018
TEKS PENGACARA MAJLIS PROGRAM LADAP KALI KETIGA SMK KAMPONG JAWA 2018
29 SEPTEMBER 2018
ALUAN PENGERUSI MAJLIS
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..SALAM SEJAHTERA
Yang Berusaha,
Tuan Haji Mohamad Kamaludin bin Taib ,Pengetua SMK Kampong Jawa
Pn Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran ,SMK Kampong Jawa.
Pn Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tuan Hj. Muzikir B. Muhammad, Penolong Kanan Ko kurikulum
En Amir Saifuddin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang
{Pn Normala Bt. Misman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Barisan guru kanan mata pelajaran
Dan
Rakan- rakan guru dihormati sekalian..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita diberikan kelapangan waktu, digerakkan minda dan deria serta dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama- sama berkumpul bagi menjayakan program LADAP kali ke 3 bagi tahun 2018`
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Mohon semua berdiri untuk kita bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan LAGU NEGARAKU.
Dipersilakan.
Terima kasih atas nyanyian itu tadi.
BACAAN DOA
INDAH BUSANA PAKAIAN MENANTU
SERASI DI PADAN KAIN PELIKAT
MOHON DOA PADA YANG SATU
AGAR MAJLIS MENDAPAT BERKAT.
Rakan-rakan guru sekalian.
Yang mengerakkan kita hadir ke sini adalah DIA Yang Maha Kuasa
Tahniah dan bersyukurlah kerana Dia memilih kita menambah ilmu yang sedia ada
Usah difikir apa yang menghantui minda.
.lapang kan seketika ,ikhlaskan diri kita untuk kita sama-sama menambah ilmu demi anak bangsa kita..
HADIRIN SEKALIAN,BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKANAl Fadzil Ustaz Mohamad Rashid bin Mohammad Salleh UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. PADA YANG BUKAN ISLAM SAMA-SAMALAH KITA BERDOA MENGIKUT KEPERCAYAAN MASING-MASING.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA Al Fadzil Ustaz Mohamad Rashid bin Mohammad Salleh ATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.SEMOGA USAHA KITA PADA PAGI INI DIPELIHARA DILIMPAHKAN SEPENUH KEBERKATAN.
SLOT -SESI BERSAMA PENGETUA
UCAPAN PENGETUA
CANTIK SUNGGUH SONGKET TENUNAN
MENJADI KEBANGGAAN ZAMAN BERZAMAN
MARILAH KITA DENGARKAN PESANAN
PESANAN TUAN PENGETUA JADIKAN PEDOMAN.
HADIRIN SEKALIAN,KELANGSUNGAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI UCAPAN TUAN PENGETUA . DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
HADIRIN SEKALIAN,KELANGSUNGAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI UCAPAN TUAN PENGETUA . DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA, TUAN HAJI MOHAMAD KAMALUDIN BIN TAIB PENGETUA SMK KAMPONG JAWA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN…
TUMBUH SELIRAT BUNGA MELATI
TUMBUH PULA DICELAH ROTAN
UCAPAN TERSIRAT BERIBU ERTI
DALAM SENYUMAN TERSELIT INGATAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA TUAN PENGETUA.
REHAT
Para guru sekalian,
Majlis akan berhenti rehat sebentar selama 30 minit.
Tuan-tuan dan puan-puan diminta masuk semula ke dewan pada pukul 10.45 untuk meneruskan Slot Ladap yang kedua.
Mohon rakan-rakan guru untuk berada di dalam dewan kerana kita akan memulakan LADAP kita yang seterusnya.
SLOT KEDUA –CUTI DAN TATATERTIB
Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini
.Bagi pihak majlis, mengalu-alukan kedatangan penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SMK KAMPONG JAWA, Sekolah Amanah . Terima kasih atas kesudian puan untuk bersama-sama berkongsi ilmu kepada warga pendidik di SMKKJ dijadikan panduan dan pembaharuan dalam kehidupan kami. In Syaa Allah.
Para guru sekalian,
Alhamdulillah, kita akan menyambung kembali program LADAP kita pada pagi ini.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan Cuti Dan Tatatertib.
Melihat teruna terkelu lidah
Menjadi sejarah satu kenangan
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan
Sesungguhnya warga pendidik SMKKJ pada hari ini sungguh bertuah kerana dipertemukan dengan seorang yang cukup istimewa yang banyak membantu kita dalam proses pengurusan berkaitan cuti dan tatatertib .
Ingin rasa memakan kari
Kari cendawan batang keladi
Girang rasa tidak terperi
Bertemu puan yang baik budi.
Sebentar lagi kita akan mendengar satu taklimat berkaitan dengan cuti dan tatatertib .
Tanpa membuang masa majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha . Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangor untuk menyampaikan satu ceramah bertajuk Cuti dan Tatatertib
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada . Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangor atas taklimat dan ceramah yang sungguh jelas berkaitan dengan Cuti dan Tatatertib.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sidang hadirin sekalian
Atur cara seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda kenangan sekalung budi seutai kasih,majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn Noraizah bt Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik ,SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah kepada penceramah kita pada hari ini.
Dipersilakan Yang berusaha Puan Hami Erina binti Rusli Penolong Pengarah, Unit Perkhidmatan dan Penjawatan ,Jabatan Pendidikan Selangorri Selangor untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Pn Noraizah binti Mohd Nor dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.
Terima kasih daun keladi
Kalau dijemput datanglah lagi
PENUTUP
Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan ada sesuatu yang telahpun kita perolehi pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Langgan:
Catatan (Atom)