Alhamdulillah masih diberi kesempatan ruang dan masa untuk menyambut Hari Guru pada hari ini..sedar tak sedar sudah masuk 18 tahun menjadi pendidik kepada anak- anak istimewa ini.syukur tak terhingga kerana menjadi insan terpilih untuk merasa dan berkongsi suka duka dalam dunia anak- anak istimewa.rupanya dunia bersama mereka cukup indah,walau sesekali ada duka terpalit tapi duka itu cepat tersembuh dengan gelak tawa,gurau senda ,serta doa yang selalu mereka iringkan buat cikgu- cikgu mereka..
Sememangnya tidak menyangka. Berada dalam dunia pendidikan tapi itu semua takdir Allah yang merencanakan segala kehidupan hamba-Nya.
Sempena hari guru ini ingin dititipkan rasa terima kasih tidak terhingga buat semua guru- guru dari Sekolah rendah hingga Sekolah menengah dan juga di UKM yang menjadikan diri ini seperti hari ini.tanpa cikgu saya tak mungkin jadi cikgu juga??terima kasih jua buat guru- guru yang mengajar mengaji dan paling istimewa buat mak tercinta dan arwah ayah yang pertama mendidik diri ini...
Terima kasih atas jasa dan pergorbananmu akan sentiasa dikenang selalu...hanya Allah sahaja yang membalas segala budi dan pergorbananmu selama ini..
Pada rakan - rakan guru di SMK Ibrahim Fikri,SMK Pandan Jaya,SMK SUltan Abdul Samad,Kelang,SMK Demak Baru...selamat hari guru buat kalian juga
Pada abang Mohd Termizi dan kakak ipar,Norzita Ismail,adik Noorkumala Mohamed dan adik ipar mohd Nazree Samsudin ,semoga kita terus menjadi guru yang disayangi oleh anak- anak murid kita.