Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 5 Julai 2011

Kedai Usahawan PPKI- Sumbangan Pertama untuk Pelajar.

 Awang Mohd Izuddin menerima sumbangan daripada Cikgu Khatijah ,Bendahari Kedai Keusahawanan PPKI
 Fadihilah turut sama merasa sumbangannya
 Naamah,murid PPKI yang paling rajin membantu

Nazira juga murid PPKI yang paling rajin membantu dan sangat boleh diharap.
Semoga Kedai keusahawanan kita akan terus maju dan mantap.
Terima Kasih pada yang sentiasa memberikan sokongan dan pada suami tercinta yang sentiasa menyokong apa yang saya lakukan.


Cucur Pisang sumbangan Ibu bapa Jadi P&P Hari Ini

 PPM Melissa dan Cikgu Khatijah bersungguh mengajar dia orang.P&P hari ini saya dan Cikgu Khatijah berkongsi pengajaran yang sama.



 Dalam yang lain sibuk membuat cucur pisang, Nazirul dan Affan sibuk membuat aiskrim..Rajin sungguh dia orang ni.
 Cucur pisang yang telah dimasak


 Gelagat lucu Azhar..sesekali menghiburkan









Sinar Mentari Pagi...mengiringi perjalanan saya

Memandu pagi tadi amat menenangkan jiwa saya disaat mata saya tertumpah pada sinar mentari yang baru menyapa.Sayang ketika itu saya tidak dapat memberhentikan kereta kalau tidak ingin rasanya saya menikmati seketika damainya disaat itu.Suasana ini sebenarnya tidak begitu jauh dengan sekolah saya.Hanya 200meter sahaja .Setiap pagi pasti mata saya akan menikmati satu suasana yang begitu cantik..harapan saya sinar mentari hari ini juga mebuatkan perjalanan hidup saya tidak mengalami kesukaran baik di sekolah mahupun di mana sahaja saya dan insan-insan tersayang saya berada..
 



Mesyuarat Lembaga Disiplin Bersama YDP PIBG

 PK HEM,YDP dan Cikgu Safwan meneliti surat Aku Janji
 Pengetua dan Cikgu Jamal pun dah stress tu..Sabar-sabar!!
 Pn Natrah.guru Bimbingan dan Kaunseling tetap mantain tenang dalam gundah.Hihi..
Keputusan yang diambil semalam.Surat panggil ibubapa untuk bersidang pada hari Jumaat ni..Sementara dua orang pelajar tu diberikan rehat yang aman di rumah.mudah-mudahan.






Belajar Buat Gelang Kristal- Menuntut Kesabaran..

 Cikgu Lina mengajar saya membuat gelang..Dah banyak kali saya gagal.

 Dah boleh tersenyum sikit..sebab dah nampak jalan yang bagaimana nak buat.
 Tengoklah saya ,orang sibuk dengan majlis penutupan ,saya sibuk mencucuk manik..
 Dah nampak sedikit hasilkan..
 Saya dengan Cikgu Khatijah senasib masih meraba-meraba nak buat gelang ni..Sebenarnya kita orang semangat nak buat sampai pandai sebab kami nak bawa pengalaman membuat manik ke semenanjung.Nanti bolehlah ajar murid-murid PPKI kat Semenanjung pulak.
Bila siap saya buat gelang nie..Saya akan tunjukkan ok..








Majlis Penutupan Hari Koperasi..

 Membuat persiapan pentas sebelum majlis dimulakan..Pentas ni terpaksa dikemaskan balik hari Sabtu lepas sebab bunga-bunga ada yang hilang diambil pelajar..
 Inilah pentas Majlis Penutupan.Saya cuma menambahkan sedikit bunga merah untuk memberikan kelainan dengan pentas Majlis Perasmian
 Saya bersyukur mendapat AJK Persiapan Pentas yang begitu kominted.
 Bersama Kak Kamariah.Setiausaha Koperasi yang bertukus lumus untuk memastikan segalanya berjalan lancar dan tabah kerana dalam masa yang sama kehilangan ibu mertua.

 Bersama Cikgu Khatijah..sama-sama merantau di bumi kenyalang ni..

 Suasana dimajlis penutupan
 Sebahagian murid PPKI.Mereka juga tidak lupa mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang dianjurkan.