Benarlah kata punjangga,pengalaman adalah guru terbaik yang tidak pernah ternilai biarpun segunung emas permata mendatang,pengalaman mematangkan dan mendewasakan untuk teguh berdiri dan lebih berhati-hati agar tidak jatuh sekali lagi.Hidup ini tidak bermakna tanpa cabaran bukan?

Blog ini tercatat segala rahsia hati.Catatan yang sarat dengan pengalaman,kasih sayang,suka duka kehidupan ,pengetahuan dan erti kehidupan seorang guru.

Cerita suka dukaku ku kongsikan ...


Nie Lagi Citernya

Sesekali kita renung,hamparan dunia ,melalui bijaksana,mewahnya pemberian-Nya,hanya kita sering lupa,mengucap rasa syukur pada-Nya. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Tak kira sepanjang atau sependek mana catatan ini pun, yang penting isi di dalamnya..dibaca, difahami dan diambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya
Ilham dan ilmu itu milik Allah,seolah-olah dipinjamkan sahaja insan kerdil seperti saya. Saya bagaika bermimpi kerana dapat meninggalkan catatan ini kepada kalian yang membaca ...

Nak Royak Sikit

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE darihttp://kenangansilam-ita.blogspot.com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih dari http://kenangansilam-ita.blogspot.com

Terima Kasih seharum kasturi...semoga berkunjung lagi..


Selasa, 18 November 2014

TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.

TEKS PENGACARA MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.

DEWAN HOTEL PEN VIEW ,KUCHING.
18 NOV 2014

1st announcement
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

SEIRING BERMADAH PANTU BERSAMBUT
DALAM SENYUM PENGHIDANG TAMU
MESRA BERDAKAP KASIH TERPAUT
PERSILAKA TAMU SAMBUT DI PINTU.

PARA TETAMU DIMINTA UNTUK MENGAMBIL TEMPAT MASING-MASING KERANA MAJLIS AKAN DIMULAKAN SEBENTAR LAGI,


HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN
DI SINI ADA BEBERAPA PENGUMUMAN PENTING

KEPADA SEMUA IBU BAPA DI DALAM FAIL YANG DIBERIKAN TERDAPAT SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN,BUKU BANK, SURAT PENDAFTARAN,BUKU KOKURIKULUM DA PAKEJ KOPERASI

IBU BAPA HANYA BOLEH MENGEMASKINI  BUKU HANYA PADA PETANG JUMAAT DI BSN ASTANA.

KERJASAMA PARA TETAMU ADALAH DIPOHON UNTUK MEMATIKAN ATAU MENUKAR TELEFON BIMBIT KEPADA SILENT MODE,SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG .

HADIRIN SEKALIAN JUGA DIINGATKAN AGAR BERDIRI APABILA DIUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT .DAN KETIKA LAGU NEGARAKU DA IBU PERTIWIKU DI NYANYIKAN

PALING KAMI HARAPKAN AGAR TUAN PUAN  TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEBELUM TETAMU  KEHORMAT BEREDAR MENINGGALKAN MAJLIS.

1.PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

SIDANG  HADIRIN SEKALIAN MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA CIKGU  VENDERY MILAH NATA.
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS .KE MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.


2. NYAYIAN LAGU NEGARAKU/IBU PERTIWIKU

 YANG BERBAHAGIA  DAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN,  ATURCARA MAJLIS KITA MULAKA DENGAN   NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN IBU PERTIWIKU .MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYANYIKANYA DENGAN PENUH SEMANGAT.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN. YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA DAN HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.




3.ALUAN PENGACARA MAJLIS.

HOTEL PENVIEW MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN IBU BAPA BERSERI-SERI
MAJLIS MOTIVASI SAMA DIRAI
MENJADI PENUTUP AKTIVITI PPKI  TAHUN INI.

PPKI SMK DEMAK BARU tersohor indah
Tempat berteduh pelajar-pelajar istimewa
Selamat datang kata bermadah
Terukir kata buat semua.



BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…DAN SALAM TERUS MENJULANG SARAWAK

YANG BERBAHAGIA
CIKGU  VENDERY MILAH NATA
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH  HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG BERBAHAGIA TETAMU KEHORMAT
DATIN JOSEPHINE JOHN
PENGARAH NEGERI SARAWAK
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

YANG BERUSAHA
EN SAIBUN SALAM
PENGARAH CAWANGAN KUCHING
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA


YANG BERUSAHA
EN BUSMAN RAMLI
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI
EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN
PENOLONG KANAN PPKI SMK DEMAK BARU


YANG BERUSAHA
____________________________
 WAKIL GURU BESAR SK ASTANA

YANG BERUSAHA

____________________________
 WAKIL GURU BESAR SK MATU BARU

YANG BERUSAHA
EN________________________________________________ DAN EN___________________________________________________
WAKIL PENGARAH  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
NEGERI SARAWAK

YANG DIHORMATI..
BARISAN PENOLONG KANAN .
DIF-DIF JEMPUTAN
BARISAN KETUA BIDANG,KAUNSELOR
IBU BAPA , GURU-GURU  ,PPM  DAN STAF SMK DEMAK BARU
SERTA PARA PELAJAR PPKI  YANG DIKASIHI SEKALIAN

Songket direntang bersulam intan
Tenunan hiasan kilauan keemasan
Selamat datang ke Majlis Motivasi dan Kecemerlangan
Mengiktiraf pelajar menjulang kejayaaan


MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG SERTA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PARA HADIRIN SEKALIAN KE MAJLIS  MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN  PPKI  SMK DEMAK BARU 2014 YANG BERTEMAKAN HITAM DAN  PUTIH.






4.BACAAN DOA

Dalamnya muara Sungai Samarahan
Ramai nelayan menangkap ikan
Majlis diadakan merapatkan persaudaraan
Semoga ianya berakhir dengan kebaikan


 SIDANG HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
ATURCARA MAJLIS DIDAHULUI DENGAN BACAAN DOA.UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN
AL FADZIL USTAZ  BADROL HISHAM BIN MAJID UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA. DIPERSILAKAN.
HADIRIN YANG DIHORMATI

AAMIN,AAMIN YA  RABBAL ALAMIN.
 TERIMA KASIH DIUCAPKA  KEPADA USTAZ BADROL HISHAM BIN MAJID DI  ATAS   BACAAN DOA ITU TADI.


5.UCAPAN ALUAN

 HADIRIN  SEKALIAN,

MENERUSKAN ACARA PADA  MALAM INI, 
MAJLIS DEGAN SEGALA SUKACITANYA   MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA  CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK TAMPIL KE PENTAS BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN.
MAJLIS DENGAN  SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
 untaian madah kata aluan
 untaian ingatan sepanjang zaman
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH  DI ATAS UCAPAN ALUAN SEBENTAR TADI.  



6.UCAPAN PERASMIAN

HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIHORMATI,

SAMPAI JUGA HAJAT DIHATI
MEJEMPUT PUAN DATANG KE MARI
UCAPAN KETUA SEKTOR MEMANG DINANTI
BERILMU TINGGI BIJAK BESTARI
.
MAJLIS DENGAN RASA BANGGA DAN PENUH HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA  CIKGU  VENDERY MILAH NATA.
KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI  SARAWAK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
DAN
SETERUSNYA MERASMIKAN  MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI, SMK DEMAK BARU BAGI TAHUN 2014.
.
YANG BERBAHGIA
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA .
MOHON YANG BERBAHAGIA CIKGU  VENDERY MILAH NATA  KEKAL DIPENTAS BAGI ACARA
SETERUSNYA.

SIMBOLIK PERASMIAN
HADIRIN SEKALIAN,
SEBAGAI SIMBOLIK KEPADA ACARA PERASMIAN PADA MALAM  INI,MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID DAN  YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE PENTAS  UNTUK BERSAMA  YANG BERBAHAGIA  CIKGU VENDERY BAGI ACARA  TERSEBUT.

DIPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA  CIKGU VENDERY MILLAH NATA UNTUK ACARA PEMOTONGAN PULUT KUNING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
DENGAN POTONGAN  ITU TADI MAKA RASMI SUDAH  MAJLIS MOTIVASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI SMK DEMAK BARU 2014.


7. PERSEMBAHAN PELAJAR
HADIRI SEKALIAN
 berucap sudah bermadah sudah
 eloklah pula ditambah seri
SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN TARIAN RAMPAIAN OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI .UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TARIAN RAMPAIAN INI TELAH MEMENANGI TEMPAT KETIGA KATEGORI TARIAN RAMPAIAN DAN TEMPAT KETIGA KESELURUHAN.
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN BERIKAN SATU TEPUKAN YANG GEMURUH UNTUK PENARI-PENARI YANG AMAT BERBAKAT INI.





8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL BAGI PENCAPAIAN TERBAIK SETIAP KELAS.

DENGAN ITU MAJLIS DENGAN  SUKACITANYA MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI PN KAMARIAH KUGGI UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA   ENCIK JAMAL SHUKURI BOLHASSAN  ,PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SMK DEMAK BARU KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

KEDUDUKAN DALAM KELAS

KITA MULAKAN DENGAN PENCAPAIAN KADEMIK TERBAIK SETIAP KELAS.
PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK DIMULAKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS PPKI 2
TEMPAT KETIGA               : DAYANGKU VAZILAH BT AWANG IBRAHIM

TEMPAT KEDUA                :HAMZAH BIN RAHMAT

TEMPAT PERTAMA          :MOHD NAZMEER YUSUF


PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK  DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 3
TEMPAT KETIGA               :MUHAMMAD AZRI BI ABDUL TALIB

TEMPAT KEDUA                :MOHD HANAFI BI ZAIDI

TEMPAT PERTAMA          :DAYANG MAJIDAH BITI AWANG MAJIDI

PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 4
TEMPAT KETIGA               :NAZRI BI ABDUL RAHMAN

TEMPAT KEDUA                :MOHAMAD SHAHRIZAM BI JAMADI

TEMPAT PERTAMA          :MOHAMMAD FARID BIN ABD RAHMAN

PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK  DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 5
TEMPAT KETIGA               :NURUL FAKHIRA BINTI ISMAIL

TEMPAT KEDUA                :PETRUS AK ACAKE

TEMPAT PERTAMA          : MOHD SAHRUL BI AZEMAN

PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK  DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 6
TEMPAT KETIGA               :MOHD NAJIB BI SALMI

TEMPAT KEDUA                :ROSMAWATI SIMON @ ABD RAHMAN

TEMPAT PERTAMA          :MUHD ADDINUL KHALID BIN ZAINUDDIN





PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 7
TEMPAT KETIGA               :JACKY AK JERERY

TEMPAT KEDUA                :HAMDAN BIN YUSUF

TEMPAT PERTAMA          :HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK

PENYAMPAIAN AKADEMIK  TERBAIK  DITERUSKAN DENGAN MENJEMPUT KE PENTAS DARI KELAS
PPKI 8
TEMPAT KETIGA               :ASYIKIN FARHANA BINTI ISMAIL

TEMPAT KEDUA                :MOHD FARIZ BIN ABDUL RAHMAN

TEMPAT PERTAMA          :MUHD ARIF BIN AZMI


KELAS INKLUSIF                TING 2  :ABG ADAM MUHAIMIN BIN ABG SULAIMAN

KELAS INKLUSIF                TING 4  :MUHD ZUL ADLY BI MAJENI

DAN TERAKHIR

KELAS INKLUSIF                                TING 5  :NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM




TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERUSAHA EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN,PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH DAN SIJIL.




9. JAMUAN MAKAN

apa diharap padi seberang
entah berbuah entah tidak
entah dimakan pipit melayag
sedia sudah aneka hidangan
di depan mata jauhnya tidak
sudilah kira tuan mulakan


HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN DENGAN JAMUAN MAKAN MALAM


UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PELAJAR  YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN

·         NYANYIAN ADIK MUHD NUR HAZIQ BI RAZALI
MALAM INI KITA AKAN DIHIBURKAN  NYAYIAN LAGU ADIK MUHD NUR HAZIQ BIN RAZALI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA MUHD NUR HAZIQ RAZALI  KERANA MENGHIBURKAN KITA SEMUA.

SETERUSNYA DIPERSILA EN SAIEE BISUNI,KETUA BIDANG BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SAIEE BISUNI ATAS NYAYIAN SEBENTAR TADI.

·          SETERUSNYA PULA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG DIHORMATI  EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN KE PENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN SATU LAGU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG DIHORMATI EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN






10.   PERSEMBAHAN PELAJAR  (HORAY-HORAY)

HADIRIN SEKALIAN,

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN SATU PERSEMBAHAN HORAY-HORAY OLEH PELAJAR-PELAJAR PPKI ..
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN CIKGU LINA BITI MILI,CIK KHUZAIMAH DAN CIK FIFI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN



11.CABUTAN BERTUAH ( 1)

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG PERTAMA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI PERTAMA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BIN RAMLI KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA USTAZ BUSMAN BIN RAMLI  KERANA SUDI MENYAMPAIAN  HADIAH CABUTAN  KEPADA YANG BERTUAH. 






12.PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH (2)

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN ,MAJLIS PADA MALAM INI DITERUSKAN LAGI DENGAN ATURCARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL KEPADA PELAJAR YANG AKTIF KOKURIKULUM ,SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN.

DENGAN ITU MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN   YANG BERUSAHA   ENCIK JAMAL SHUKURI BOLHASSAN  ,PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS SMK DEMAK BARU MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.


 DI PERSILAKAN KE PENTAS PENERIMA SIJIL BAGI PENGLIBATAN PERINGKAT ANTARABANGSA

1.DIPERSILAKAN  ADIK MUHD.ARIF BIN AZMI  TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA PINGGAT PERAT BAGI ACARA  LARIAN 200 METER DAN PINGAT GANGSA BAGI ACARA LOMPAT JAUH.

2.DIPERSILAKAN  ADIK HAMDAM  BIN YUSUF  TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLMPICS MACAU INTERCITIES INVITATION GAMES DAN TELAH MENERIMA PINGGAT PERAT BAGI ACARA MELONTAR PELURU  DAN PINGAT GANGSA   LARIAN 200
BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN BARAT DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.

SETERUSNYA
DI PERSILAKAN KE PENTAS PENERIMA SIJIL BAGI PENGLIBATAN PERINGKAT KEBANGSAAN


3. DIPERSILAKAN ADIK MUHD ZUL ADLY MAJENI
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.

JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

4.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK NAJMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN JABATAN KEBAJIKA MASYARAKAT DI KUALA TERENGGANU

MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 4X 400 METER,PERAK BAGI ACARA LARIAN 200 METER DAN GANGSA DALAM ACARA LONTAR PELURU.

5.SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK NADZZALRUDDIN BI MOHD SYAWAL TELAH MEGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS DALAM ACARA MELEMPAR CAKERA,MELONTAR PELURU DAN MEREJAM LEMBING.

6. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK AZMAN SABRI TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PENANG.

7. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK MUHD.FADHILAH YAKUB BELIAU JUGA TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MENGUKIR BUAH  DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA.

8.DIPERSILAKAN JUGA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK .MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN  4X 400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI ACARA 4 X 100M DAN LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

9.DIPERSILAKAN JUGA ADIK FARAH DAMIA BINTI SAMSUDDIN . MEMPEROLEHI EMAS   4X 100 METER DAN PERAK BAGI ACARA 200 METER  DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.

10. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK SAPARINA DAUD BELIAU  TELAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN TRADISIONAL DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN DI MELAKA

11. SETERUSNYA DIPERSILAKAN ADIK ROSMAWATI SIMO @ ABD RAHMAN TELAH MEMENANGI JOHAN BAGI ACARA INDIVIDU DAN NAIB JOHAN BAGI ACARA BEREGU BOWLING DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.


12.DIPERSILAKAN ADIK NUR NADHIRAH SYAMSOL .TELAH BERJAYA LAYAK KE SUKU AKHIR PETANQUE  BEREGU PEREMPUAN DI KARNIVAL PERMAINAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI BUTTERWORTH,PULAU PINANG.

13. DIPERSILAKAN ADIK NURUL FAKIRA BT ISMAIL.  JOHAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK   TELAH MEWAKILI NEGERI SARAWAK DALAM TILAWAH DAN HAFAZAN DI  FESTIVAL NASYID DAN TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS DI PAHANG

DAN AKHIR SEKALI

14. DI PERSILAKAN ADLY ZUL HUSNI . JOHAN PERTANDINGAN AZAN PERIGKAT NEGERI SARAWAK DAN TELAH MEWAKILI NEGERI SARAWAK DALAM PERATANDINGAN AZAN DI  FESTIVAL NASYID DAN TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS DI PAHANG



SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
SETERUSNYA  ADALAH ACARA PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN .PADA TAHUN INI SERAMAI 16 ORANG PELAJAR BAKAL MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI, SMK DEMAK BARU.

DIPERSILAKAN KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL DAN CENDERAMATA. DIMULAKAN DENGAN
1.SAPARINA BT DAUD

SETERUSNYA

2.  HEIDI ARIANA BT ABU ISHAK

DIPERSILAKA KE PENTAS

3.  JACKY AK JEFFERY

SETERUSNYA

4. FARAH DAMIA BT SHAMSUDIN

DIIKUTI
5.  DEBRA SOFIA AK KENEDY

SETERUSNYA PULA

6.PETRUS AK ACAKE

TIDAK KETINGGALAN DIPERSILAKAN

7.MUHAMMAD SHAMIZUL BIN MUHAMMAD SHAZ

SETERUSNYA PULA

8.NAJMI FAKRULLAH BIN MOHD NAIM
DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA

9.NAZMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM

10.NALIZA BT SAHARI

SETERUSNYA

11.NURUL HIDAYAH BT ZULKIFLI

12.MOHD RIDZUAN BIN NORAZALAN

DIPERSILAKAN KE PENTAS PELAJAR SETERUSNYA

13.NOOR RIZAL BIN BAHAR

14. NUR AZIELA BT ARIFFIN

DIPERSILAKAN

15.ZARHARI BIN APANDI

DAN AKHIR SEKALI

16.MUHD NUR AZAM BIN ABDURAHMAN


MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA  KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU  ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN SIJIL .

KEPADA SEMUA YANG TELAH MENAMATKAN PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU,DOA DAN HARAPAN KAMI AGAR KALIAN TERUS MENCIPTA KECEMERLANGAN DIRI DI MANA SAHAJA BERADA.INTAILAH KAMI JIKA RINDU DATANG BERTAMU.MAAFKAN KAMI WARGA PENDIDIK YANG SEMEMANGNYA ADA KELEMAHAN KETIKA MEMBERI ILMU DAN DIDIKAN PADA KALIAN. JAGALAH DIRI HIASI PERIBADI KEBANGGAAN AYAH DAN IBU.

13.PERSEMBAHAN ALL ABOUT THE BEST.

SETERUSNYA KITA AKAN DIHIBURKAN DENGAN GELAGAT-GELAGAT PELAJAR PPKI MELALUI SATU PERSEMBAHAN DENGAN TAJUK ALL ABOUT THE BEST.


DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN YANG MERIAH DIBAWAH PIMPINAN PENGARAH BERBAKAT CIKGU SITI HAIDA BINTI MOHD NANEK.MAJLIS BERHARAP AGAR PARA HADIRIN TERHIBUR










14.CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KEDUA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA _________________________________________________________________________ KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA_____________________________________________  KERANA SUDI MENYAMPAIKAN  HADIAH CABUTAN  BERTUAH  KEPADA PEMENANG.. 







15.PEYAMPAIAN ANUGERAH KHAS (OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI /KEHADIRAN TERBAIK/JASAMU DI KENANG/IBU BAPA PRIHATIN /ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI
SETERUSNYA, KITA KE ACARA KEMUNCAK MAJLIS PADA TAHUN INI,BAGI MENYAKSIKAN YANG TERBAIK ANTARA YANG BAIK,YANG TERBILANG ANTARA YANG CEMERLANG.SESUGGUHNYA JUGA,
ADALAH BUKAN MUDAH UNTUK MEMBETUK PERIBADI,MENGUBAH KEBIASAAN TINGKAH LAKU,SETERUSNYA MENDIDIK ANAK-ANAK ISTIMEWA INI, MENJADI INSAN YANG MAMPU BERDIKARI DAN BERJAYA.NAMUN BEGITU BERKAT KESABARAN KITA SEBAGAI PENDIDIK DAN IBU BAPA TELAH MENAMPAKKAN HASIL YANG BOLEH DIBANGGAKAN.BUKTINYA KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN DIRAIH OLEH SEBAHAGIAN DARIPADA PELAJAR PPKI SMK DEMAK BARU.

SEBAGAI MENGENANG JASA MERAKA KEPADA KECEMERLANGAN PPKI SMK DEMAK BARU..BEBERAPA ANUGERAH KHAS DI BERIKAN KEPADA PELAJAR YANG TERPILIH.

DIMULAKAN DENGAN

i)ANUGERAH OLAHRAGAWAN PPKI 2014
 DIUMUMKAN  ANUGERAH OLAHRAGAWAN PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK MUHD ZUL ADLY BIN MAJENI

DIPERSILAKAN TAMPIL KE PENTAS .
BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH
DILAHIRKAN PADA 29.09.1995 DIKUCHING.ANAK KETIGA DARIPADA 5 ORANG ADIK BERADIK.TINGGAL DI KG TELAGA AIR.BERMULA ALAM PERSEKOLAHAN DI SK TELAGA AIR .SEBELUM KE PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU BERSEKOLAH DI SMK SANTUBONG .SEPANJANG BELIAU DI PPKI SMK DEMAK BARU BELIAU BEGITU AKTIF DIBIDANG SUKAN TARIAN DAN NASYID.PADA TAHUN INI PELBAGAI KEJOHANAN TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH BELIAU.ANTARANYA.
TELAH MENYERTAI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS DI KEDAH DAN BERJAYA MELAYAKKAN DIRI KE PERINGKAT AKHIR DALAM ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.

JUGA TELAH LAYAK KE PERINGKAT AKHIR ACARA 400 M,800M, 1500M, DAN 4 X 400 M.DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.
TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT EGERI SARAWAK DI SAREKEI,JUGA PENYERTAAN PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI EMAS BAGI ACARA 1500METER,DAN 800METER ,PERAK  ACARA 4X 100 METER DAN 4 X 400METER ,DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU

NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID NEGERI SARAWAK .

TEMPAT KETIGA TARIAN KESELURUHAN DAN TEMPAT KETIGA TARIAN RAMPAIAN  DI KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI IPG KAMPUS BATU LINTANG



ANUGERAH OLAHRAGAWATI PPKI 2014.

ANUGERAH OLAHRAWATI PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK.

BERIKUT DIBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG
DILAHIRKAN PADA 30.12.1995 DIKUCHING.BERMULA ALAM PERSEKOLAHAN DI SK RAMPAGI DAN MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN KE PPKI SMK DEMAK BARU .SEPANJANG BELIAU DI PPKI SMK DEMAK BARU PELBAGAI KEJOHANAN TELAH DISERTAI DAN DIMENANGI OLEH BELIAU.ANTARANYA.
ANUGERAH OLAHRAWATI PPKI 2014 DIANUGERAHKAN KEPADA ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK.

MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI SAREKEI.
JOHAN KATEGORI DOUBLE PEREMPUAN DI PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI PERAK BAGI ACARA LOMPAT JAUH, ACARA 4 X 400METER ,4 X 400METER ,GANGSA BAGI ACARA 100METER DI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SARAWAK DI SIBU.

MEMPEROLEHI EMAS 100 M DAN  4X 400 METER DI KEJOHANAN SPECIAL OLYMPICS PERINGKAT KEBANGSAAN  JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DI TERENGGANU.

MEMPEROLEHI PERAK DALAM ACARA 4 X4OOM ,GANGSA BAGI ACARA 4 X 100M DAN LAYAK KE FINAL DALAM ACARA 400 M DAN 800M DI KEJOHANAN SUKAN PARALIMPIAD KEBANGSAAN DI PERLIS.

ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK

SETERUSNYA IALAH ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK TERBAIK 2014 .
DIPERSILAKAN ADIK_MOHD NAJID BIN SALMI KE PENTAS .BELIAU BELAJAR DI KELAS PPKI 6.SEORANG YANG SANGAT BERBAKAT DI BIDANG TARIAN ,NASYID  DAN PETANQUE.DAN SERINGKALI TERPILIH MEWAKILI SEKOLAH DI PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN DALAM ACARA YANG DISEBUTKAN DI ATAS.BELIAU JUGA MEMPUNYAI POTENSI UNTUK TERUS MAJU DI DALAM BIDANG AKADEMIK DAN PADA TAHUN INI MENDAPAT TEMPAT KETIGA KEDUDUKAN DI DALAM KELAS.


ANUGERAH JASAMU DIKENANG
SETERUSNYA BERALIH KE ANUGERAH JASAMU DIKENANG. ANUGERAH INI DIBERIKAN KEPADA PELAJAR YANG BEGITU KOMITED DALAM MEMBANTU GURU DAN RAKAN DI SEKOLAH. AHLI JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH ADIK SAPARINA DAUD BAGI MENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG
PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG INI WANITA MELAYU TERAKHIR KERANA MERUPAKAN SEORANG YANG RAJIN. SERING MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA GURU WALAUPUN TANPA DIMINTA.MERUPAKAN SALAH SEORANG AHLI JAWATANKUASA KEUSAHAWANAN ,SEORANG YANG PANDAI MEMASAK DAN MENYERTAI PERTANDINGAN MEMASAK MASAKAN TRADISIONAL DI KARNIVAL KEMAHIRAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN DI MELAKA  DAN BELIAU JUARA BERKUMPULAN  PETANQUE KATEGORI PEREMPUAN DI PERTANDIGAN PETANQUE PEDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DAN SEORANG PENARI YANG BERBAKAT.

ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MAJLIS PADA MALAM INI TURUT MENYEDIAKAN SATU  KATEGORI KHAS IAITU ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN. PEMILIHAN PEMENANG UNTUK AUGERAH INI ADALAH BERDASARKAN BEBERAPA CIRI YANG TELAH DITETAPKAN.
SEBELUM ITU DIBACAKAN SEDIKIT LATAR BELAKANG PENERIMA ANUGERAH INI.DILAHIRKAN PADA 3 OKTOBER 1995 DI KUCHING.MULA BERSEKOLAH DI SK ASTANA DAN MEYAMBUNG PERSEKOLAHAN DI PPKI SMK DEMAK BARU.DI SEKOLAH BELIAU DIAMANAHKAN MENJADI PENGAWAS DAN SENTIASA MEMBANTU GURU-GURU . JAWATANKUASA SEBULAT SUARA MEMILIH  NAJMI FATHULLAH BIN MOHD NAIM BAGI MENERIMA ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN. DIPERSILAKAN KE PENTAS.


BELAJAR DIKELAS INKLUSIF  TINGKATAN 5 AMANAH DAN PADA TAHUN INI MENGAMBIL PEPERIKSAAN SPM.SELAIN TERLIBAT DI DALAM KURIKULUM,JUGA BERGIAT AKTIF DIDALAM KOKURIKULUM.PERNAH MEWAKILI MALAYSIA DI KEJOHANAN FLOOR HOKEY DI PHEONG CHANG,DAN MEMBAWA PULANG PINGAT GANGSA PADA TAHUN LEPAS.

PADA TAHUN INI BELIAU  MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA PARALIMPIK SIRKIT NEGERI SARAWAK DI SAREKEI.
TURUT TERLIBAT DALAM FUTSAL DI PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK DI KOTA SAMARAHAN.

MEMENANGI PERAK BAGI ACARA  4 X 100 METER ,4 X 400METER ,GANGSA BAGI ACARA 200METER


MERUPAKAN SALAH SEORANG PEYUMBANG NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID  PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK .



TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN
,BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH ,
 MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM DAN SUKACITANYA MENPERSILAKAN    YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA KE PENTAS  UNTUK  MENYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

DIPERSILAKAN KE PENTAS PENERIMA ANUGERAH OLAHRAGAWAN TERBAIK PPKI ADIK ZUL ADLY BI MAJENI.

SETERUSNYA DIJEMPUT PENERIMA OLAHRAWATI TERBAIK PPKI ADIK ADIK HEIDI ARIANA BINTI ABU ISHAK.


SETERUSNYA PULA DIPERSILAKAN ADIK MOHD NAJIB BIN SALMI UNTUK MENERIMA ANUGERAH KEHADIRAN TERBAIK.

SETERUSNYA PULA DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH JASAMU DIKENANG ADIK SAPARINABINTI DAUD KE PENTAS UNTUK MENERIMA ANUGERAH.

TUAN-PUAN HADIRIN SEKALIAN,

ANUGERAH SETERUSNYA IALAH ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN.TAHUN INI ANUGERAH IBU BAPA PRIHATIN DIBERIKAN KEPADA EN RAHMAT BIN MAN DAN P SAISAH BINTI KASIM IBU ,BAPA KEPADA  PELAJAR  YANG BERNAMA HAMZAH  RAHMAT
DIPERSILAKAN KE PENTAS EN RAHMAT BIN MAN DAN PN SAISAH BINTI KASSIM UNTUK MENERIMA ANUGERAH

DAN AKHIR SEKALI  ANUGERAH YANG TERTINGGI DIPERSILAKAN PENERIMA ANUGERAH PELAJAR TERBAIK KESELURUHAN 2014 PPKI SMK DEMAK BARU ADIK NAJMI FAKRULLAH BIN MOHD NAIM.

BERIKA TEPUKAN GEMURUH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH KITA PADA MALAM INI.

 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH .SEMOGA PENGANUGERAHAN INI MENJADI PEMANGKIN KEPADA SEMUA PELAJAR PPKI UNTUK TERUS CEMERLANG DI MASA AKAN DATANG.


16.PENYAMPAIAN CENDERAMATA

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN ,SEKALUNG BUDI SEUNTAI KASIH , MAJLIS MEMPERSILAKAN  YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA  CIKGU PN VENDERY MILAH NATA.KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI  SARAWAK

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILAH NATA DAN ATAS PENYEMPURNAAN MENYAMPAIKAN ANUGERAH-ANUGERAH SEBENTAR



17.PERSEMBAHAN PELAJAR (NYAYIAN ADIK ERY AFIZI)

HADIRIN SEKALIAN ,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH JUARA NYAYIAN KARAOKE DI PERTANDINGAN KARIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI SARAWAK 2014.

DIPERSILAKAN KE PENTAS ADIK ERY AFIZI BI MOHD ZIN DENGAN TAJUK LAGUNYA KEHILANGAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK ERY AFIZI YANG MENYANYIKAN LAGU DENGAN PEUH PERASAAN.






18.CABUTAN BERTUAH SESI KETIGA

HADIRIN SEKALIAN

KINI TIBALAH MASANYA KE ACARA CABUTAN BERTUAH YANG KETIGA.UNTUK MEMBUAT CABUTAN BERTUAH SESI KEDUA DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA _________________________________________________________________________ KE PENTAS UNTUK MEMYEMPURNAKAN ACARA TERSEBUT.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA_____________________________________________  KERANA SUDI MENYAMPAIKAN  HADIAH CABUTAN  BERTUAH  KEPADA YANG BERTUAH. 

19.PENGUMUMAN PAKAIAN TERBAIK IBU BAPA DAN PELAJAR.

HADIRIN SEKALIAN,TERIMA KASIH KERANA MASIH  SETIA BERSAMA-SAMA KITA DALAM MAJLIS INI.KESPOTINAN DAN KERJASAMA TUAN PUAN PADA MALAM INI DIHADIAHKAN SATU KEJUTAN SESUAI DENGAN JULUNG KALINYA MAJLIS INI BERTEMAKA WARA HITAM DAN PUTIH.  PADA MALAM INI MAJLIS TELAH MELANTIK BEBERAPA AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN BAJU TERBAIK KATEGORI IBU BAPA DAN BAJU TERBAIK  KATEGORI PELAJAR.
BAGI MEMBUAT PENGUMUMAN ,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT EN SAIEE BIN BISUNI,KETUA BIDANG BAHASA UNTUK MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN






20.NYAYIAN BERAMAI-RAMAI

HADIRIN SEKALIAN
TERIMALAH PERSEMBAHAN TERAKHIR DARIPADA SEMUA PELAJAR-    PELAJAR PPKI .SEMUA PELAJAR DIMINTA NAIK KE PENTAS UNTUK MENYANYIKAN  DUA BUAH LAGU  YANG BERTAJUK “KENANGAN TERINDAH” DAN “DOA PERPISAHAN” .DENGAN KAN LONTARAN SUARA TERAKHIR   PARA PELAJAR YANG MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN DI MAJLIS MOTIVASI PADA TAHUN INI.

DIPERSILAKAN
DIMINTA SEMUA PELAJAR MENUNGGU DI ATAS PENTAS UNTUK SESI BERGAMBAR.






20.SESI BERGAMBAR

SEBAGAI TANDA KENANGAN MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY DAN TETAMU KEHORMAT YANG LAIN KE PENTAS UNTUK SESI BERGAMBAR.








22. PENUTUP

HADIRI DAN HADIRAT SEKALIAN

Pantai damai indah berseri
Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Terima kasih daun keladi.

Dari mana hendak ke mana
Panjang rumput darilah padi
Tempat sama bulan yang sama
Tahun depan berjumpa lagi


SEBELUM KITA BERSURAI,PIHAK MAJLIS INGIN MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
SEGALA KELEMAHAN YANG BERLAKU SEMASA MAJLIS INI BERLANGSUNG ,KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF .

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI ,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA PADA MALAM INI.
TERIMA KASIH,SELAMAT MALAM DA JUMPA LAGI

DIPERSILAKAN YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID MENJEMPUT DAN MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA CIKGU VENDERY MILLAH NATA SERTA TETAMU JEMPUTAN YANG LAIN UNTUK MEINGGALKAN MAJLIS.