Lama juga jari jemari ini tidak menitipkan bicara bisu disini..Kesibukan membatasi diri ini untuk berkongsi suka duka sepanjang beberapa minggu yang lalu.Bukan tak de cerita ,hakikatnya banyak yang ingin dikongsikan cuma kesibukan dengan memenuhi tempahan kraf yang tidak pernah putus menyebabkan tiada ruang masa yang kosong.Masa siang malam hanya dengan kraf sahaja.
Alhamdulillah dari satu segi ,bersyukur sangat Allah berikan saya rezeki melimpah ruah tapi dalam masa yang sama kehidupan sedikit terganggu,kesihatan terjejas lantaran masa tidur telah tiada.Malam dan siang sama sahaja.Dalam hati mesti siapkan hajat orang..Kegembiraan mereka kebahagiaan saya.Satu kepuasan yang susah nak cerita apabila melihat orang lain mengukir senyuman .
Ada juga yang terkecil hati tanpa disedari.Ialah biasa yang rutin sudah tiada lagi..
Maafkan diri ini..seboleh-bolehnya cuba meluangkan masa sebaik mungkin.Namun keadaan sentiasa menguji kesabaran kita.
Nasib kesabaran masih ditahap yang memuncak..Kalau tidak akan berlakulah pengakhiran cerita dalam kehidupan..Mana mungkin ia akan berakhir..Selagi hayat dikandung badan kata orang...
Pada teman-teman..
Terima kasih kerana memahami diri ini..!!
Dua hari yang lepas lansung tak tidur,kesannya semalam kepala berpusing laju..Sengaja mencari penyakit .Kalau tidak kerana lawatan dari SMK Kajang Utama,pastinya ambil cuti sakit.Namun bila memikirkan tanggungjawab yang diberikan,terpaksalah gagahkan juga..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Mood:*
Dunia ini bulat !kerana itulah ia berpusing.Disebabkan setiap masa ia bergerak,tidak hairanlah manusia di dalamnya juga tidak dapat lari daripada putaran kehidupan.
Hari ini kita di atas ,jangan terlalu seronok atau berlapang dada kerana esok mungkin di bawah pula.Begitu juga sebaliknya.